Advertorial
Home » Tag Archives: barah Rahim (page 13)

Tag Archives: barah Rahim

Clomid untuk hamil kembar

CLOMID UNTUK HAMIL KEMBAR   “Salam. Saya hendak bertanya, adakah doctor membuat rawatan untuk mendapat anak kembar? Saya tidak ada masalah untuk hamil dan kiataran haid saya tetap dan normal. Umur anak saya yang terakhir adalah  3 tahun lebih dan tidak lama lagi saya akan membuang IUCD. Bolehkah saya mengambil pil clomid untuk mendapatkan anak kembar. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ada wanita yang beranggapan bahawa dengan mengamalkan clomid, seorang wanita itu mungkin hamil kembar.   Ini tidak benar. Secara umumnya, Clomid hanya menyebabkan 10% kehamilan kembar dua, dan kurang daripada 1% menyebabkan kehamilan kembar tiga atau lebih banyak lagi.   Tidak semua pengambilan clomid boleh menyebabkan kehamilan kembar. Beberapa factor seperti  mempunyai kitaran haid yang normal, masih muda (kurang 25 tahun), bertubuh tinggi dan ... Read More »

Penyakit Kelamin

PENYAKIT KELAMIN     “Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan dengan penyakit kelamin. Adakah penyakit kelamin boleh terjadi  jika kebersihan alat sulit tidak djaga dengan rapi eg keputihan?  Dan bolehkah ia menjangkiti suami jika melakukan hubungan seks ?. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Penyakit kelamin hanya disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea.   Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut) sama ada suami/isteri atau individu lain yang telah dijangkiti.   Ia tidak dpata disebarkan selain dari itu. Walaupun seorang wanita mengalami alat kelamin yang tidak bersih dan banyak keputihan, selagi dia tidak dijangkiti kuman penyakit kelamin, dia tidak dapat menjangkiti orang lain.     Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari ... Read More »

Psoriasis

PSORIASIS     Psoriasis adalah penyakit radang kulit yang kronik yang disebabkan oleh faktor genetik (keturunan). Ia bermula dengan ruam merah, dan mempunyai sisik, yang apabila digaru akan menyebabkan habuk putih. Ia biasanya berlaku terutama pada kulit kepala, siku, dan lutut. Psoriasis tidak boleh disembuh kerana punca kerosakan terhadap kulit ini bermula dalam genetik seseorang. Selalunya ia boleh dikawal dengan baik, boleh datang dan pergi dengan sendirinya. Terdapat pelbagai jenis rawatan bergantung kepada betapa teruknya penyakit itu. Ia boleh dikawal dengan krim topikal dan rawatan cahaya ultraungu. Bagi masalah psoriasis yang teruk, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang ditelan atau suntikan. Dalam beberapa kajian, pesakit psoriasis yang tidak terkawal, bakal mengalami penyakit kardiovaskular, yang boleh merosakkan jantung.   wallahu a’lam   Bagi mempercepatkan kesembuhan dan meningkatkan kelembapan kulit, saya mencadangkan ... Read More »

Herpes Zoster

HERPES ZOSTER     Herpes zoster, juga dikenali sebagai kayap, adalah disebabkan oleh virus yang menyebabkan penyakit chickenpox menjangkiti semula akibat daya tahan seseorang individu itu menjadi lemah. Kali ini ia akan merosakkan saraf pada kulit, dan jika tidak dirawati akan menular ke dalam saraf tunjang atau otak. Ia bermula apabila seorang individu mengalami rasa sakit badan, dan menyangkakan ia hanya disebabkan oleh sakit otot. Selepas dua hari ia akan menyebabkan ruam dan lepuhan pada sebelah badan pada kawasan yang dikendalikan oleh saraf yang terlibat (dermatome). Virus Zoster ini selalunya menjangkiti warga tua, terutama daya tahannya lemah, dan bertambah teruk jika mengalami penyakit diabetes, kanser atau menggunakan ubat-ubat yang mengandungi steroid. Bagi mempercepatkan kesembuhan dan meningkatkan kelembapan kulit, saya mencadangkan menggunakan Labicea™ Revitalizing Moisturizer keluaran UTM . Info lanjut di https://www.facebook.com/pages/Labicea-Revitalizing-Moisturizer/486696818067490 ... Read More »

Punca migraine di kalangan kanak-kanak dan remaja

PUNCA MIGRAINE DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA       “Salam doctor. Saya mengalami sakit kepala migraine sejak remaja. Sakit kepala itu sesekali datang dan kali terakhir saya mengalaminya ialah pada 5 tahun yang lepas. Baru-baru ini anak perempuan saya berusia 12 tahun mengadu sakit kepala. Adakah ia berpunca dari masalah keturunan. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Terima kasih kasih atas pertanyaan puan. Ya sakit kepala migraine boleh dialami oleh kanak-kanak dan remaja, walaupun ia berumur kurang dari 15 tahun.   Dalam satu kajian, mendapati bahawa 40% dari kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah mengalami sakit kepala yang membimbangkan, dan 75% lagi pernah mengalami sakit kepala sebelum berumur 15 tahun.   (Acta Paediatr Suppl. 1962 May; 136():1-151.)   Namun begitu, punca migraine masih lagi tidak ... Read More »

Migraine di kalangan kanak-kanak

MIGRAINE DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA   “Salam doktor Anak saya berusia 11 tahun kena migrain. Saya sudah jumpa doktor pakar dan dia bagi macam-macam  ubat termasuk ubat tahan sakit. Benarkah migraine boleh berlaku pada kanak-kanak. Mohon pencerahan. Terima kasih” Sakit kepala pada kanak-kanak dan remaja sering berlaku dan masih kurang didiagnosis oleh doktor. Saya masih ingat ketika saya menderita sakit kepala yang teruk selama seminggu ketika belajar di matrikulasi UKM ketika saya berumur 18 tahun. Saya tidak boleh membaca buku, sering rasa loya dan muntah dan rasa mahu tidur saja. Ini sangat mengganggu pembelajaran saya dan akhirnya keputusan peperiksaan saya pada semester itu sangat teruk. Ketika berjumpa doktor, beliau tidak membuat apa-apa pemeriksaan ujian, hanya dibekalkan panadol. Badan saya menjadi lemah dan air kencing menjadi pekat kerana saya tidak ... Read More »

Mahu hamil semula selepas gugur

MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR “salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran  pada  dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang.  Saya  ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih.   Rasulullah S.A.W bersabda:  “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka Allah akan memberinya ganjaran dalam musibahnya dan menggantinya dengan yang lebih baik.”  (Muslim)   Jika puan amat bersedih, saya mencadangkan puan agar berehat dan berehat dahulu sehingga ... Read More »

Kesan tekanan darah tinggi pada memori

KESAN TEKANAN DARAH YANG TINGGI PADA INGATAN (MEMORI)     “Salam doctor, saya telah menghidap penyakit hypertension sudah 10 tahun. Agak sukar untuk mengawal bacaan tekanan darah saya. Selalunya bacaan tekanan sistolik antara 140-150 sementara tekanan diastolic antara 90-100. Doktor kata bacaan saya tidak boleh rendah lagi kerana saya telah menggunakan ubat yang terbaik, tetapi masih sukar untuk mendapat tekanan darah yang normal. Masalahnya saya mengalami sifat mudah lupa. Baru-baru ini saya kehilangan handfon, setelah puas mencarinya, rupanya saya tertinggal dalam kereta. Adakah masalah ingatan ini berkaitan dengan penyakit saya? Mohon pencerahan, doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Benar, penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, bukan saja menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mudah lupa, tetapi juga mengalami masalah membuat keputusan dan berfikir dengan baik. Kebolehan kognitif beliau akan ... Read More »

Kemurungan dan penyakit: Mana yang datang dulu?

KEMURUNGAN DAN PENYAKIT: MANA YANG DATANG DULU?  Apabila kemurungan menyerang, doktor biasanya memeriksa pesakit bagi menyiasat apa yang berlaku di dalam minda dan otak pesakit. Pada saya, apa juga yang penting juga ialah memeriksa apa yang sedang berlaku di dalam tubuh pesakit itu , kerana masalah kesihatan juga boleh menyebabkan gangguan fikiran. Malah, selain dari penyakit dalam tubuh, kesan sampingan ubat yang diberikan untuk merawat penyakit dalam tubuhnya juga boleh menyebabkan kemurungan. Banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit dalam tubuh boleh mencetuskan kemurungan. Sehingga ini, separuh daripada pesakit serangan sakit jantung dan pesakit kanser berasa sedih dan kecewa sehingga menyebabkan kemurungan. Ramai pesakit diabetes, Parkinson, dan penyakit kronik yang lain mengalami jiwa yang tertekan. Mereka sering mengalami rasa penat, tidak berupaya melakukan kerja fizikal dengan baik dan tidak dapat merasa keseronokan ... Read More »

wanita sukar hamil, dikesan apabila hormonnya tidak seimbang

WANITA SUKAR HAMIL, DIKESAN APABILA HORMONNYA TIDAK SEIMBANG   “Salam doktor. Saya sudah tiga tahun berkahwin tetapi belum mendapat anak. Baru-baru ini saya telah berjumpa doktor. Dari pemeriksaan ultrasound, doktor memberitahu semua folikel saya dalam ovari sangat kecil dan tidak matang. Pemeriksaan darah juga menunjukkan hormon FSH saya agak tinggi. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih     WA ALAIKUM MUS SALAM. Sepanjang kehidupan seorang wanita, satu kelenjar ovari mengandungi beribu-ribu folikel, dan folikel-folikel ini ibarat kelompang air yang mengandungi telur ovum. Bagaimana tubuh memberitahu kelenjar ovari untuk mematangkan dan mengeluarkan ovum dari ovari? Inilah yang dinamakan keseimbangan hormon. Kelenjar pituitari yang terdapat di otak akan mula melepaskan hormon FSH pada awal kitaran haid. Apabila hormon FSH ini semakin meningkat dan mencapai satu tahap, ia akan memberikan isyarat kepada folikel di ... Read More »

Menggunakan EPO ketika menyusukan anak

MENGGUNAKAN EPO KETIKA MENYUSUKAN ANAK   “Salam doctor, bolehkah ibu menyusu makan evening primrose oil? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai saintis berpendapat bahawa ibu yang menyusukan anak MUNGKIN selamat menggunakan minyak Evering Primerose.   Sungguh pun MUNGKIN selamat (kerana belum ada kajian dan laporan yang mengatakan EPO berbahaya diambil ketika menyusukan anak), namun saintis mencadangkan agar mengelakkan penggunaan buat sementara waktu sehingga selesai tempuh menyusukan anaknya.   Walau bagaimanapun, mereka juga mencadangkan agar tidak menggunakannya ketika hamil.   Saya sendiri berpendapat bahawa EPO boleh diamalkan sebagai suplemen ketika menyusukan anak kerana susu ibu sendiri mengandungi LA dan GLA, yang juga merupakan elemen utama minyak EPO.   Saya juga percaya bahawa Ekstrak Kacip fatimah juga boleh digunakan sebagai oleh wanita yang menyusukan anak, digunakan sebagai suplemen bagi ... Read More »

Lendiran faraj bercampur darah, sedikit dan hanya beberapa hari

LENDIRAN FARAJ BERCAMPUR DARAH, SEDIKIT DAN HANYA BEBERAPA HARI     “Salam doctor, baru-baru ini saya mengalami masalah haid. Saya baru saja habis haid dan beberapa hari kemudian, ada lendiran bercampur darah, berwarna coklat keluar dari kemaluan saya. Adakah ia normal. Mohon pencerahan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai wanita yang mengadu bahawa haid mereka telah habis minggu lepas dan kini terdapat terdapat pula sedikit lagi darah yang keluar.     Sudah tentu ini bukanlah kitaran haid yang normal. Pendarahan haid yang normal biasa berlangsung kira-kira empat hingga lima hari, dan wanita yang mengalami haid untuk seminggu hingga sepuluh hari.     Purata kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Namun begitu kitaran haid antara 21-35 hari masih dianggap normal. Kitaran haid pula dikira dari hari ... Read More »

D&C dapat membersihkan rahem dan meningkatkan kesuburan

D&C DAPAT MEMBERSIHKAN RAHEM DAN MENINGKATKAN KESUBURAN     “Salam doktor. Saya berumur 38 tahun dan mengalami kitaran haid yang tidak menentu. Saya telah mencuba rawatan pil hormon, namun kitaran haid saya masih tidak menentu dan saya belum dikurniakan zuriat lagi. Ada yang mencadangkan saya menjalani prosedur D&C. Bukankah D&C adalah untuk membersihkan rahem setelah keguguran. Mohon pencerahan. Terima kasih”   D&C adalah prosedur mengeluarkan tisu lapisan dalam rahem (endometrium) dengan menggunakan alatan tertentu dan pesakit diberikan ubat bius. Kebanyakan pesakit yang keguguran, D&C dilakukan untuk mengeluarkan janin yang telah meninggal dunia di dalam rahem. Dengan ini rahem dapat dibersihkan. Jika tidak rahem akan mengalami pendarahan yang sedikit-sedikit dan tidak berhenti. Selain itu D&C juga ada kalanya dilakukan sebagai rawatan untuk pesakit wanita berumur 40an yang mengalami pendarahan akibat ketidakseimbangan hormon. ... Read More »

Risiko bius pengsan kepada ibu dan janin dalam rahem

RISIKO BIUS PENGSAN KEPADA IBU DAN JANIN DALAM RAHEM?       “Salam doctor. Saya akan menjalani pembedahan tidak lama lagi. Adakah pembedahan dan penggunaan ubat bius akan memberik kesan pada janin saya ? Saya baru hamil 12 minggu? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Secara amnya doktor akan untuk menunggu sehingga selepas kelahiran bayi sebelum menjalankan apa-apa pembedahan yang tidak mendesak.   Doktor pakar bedah akan melakukan pembedahan kepada wanita hamil hanya jika keadaan mereka keadaan mereka sangat serius dan boleh mengancam nyawa ibu, jika pembedahan tidak dilakukan pada masa itu. Contoh penyakit itu ialah appendicits, patah tulang akibat kemalangan jalan raya, atau kanser.   Kesan dan risiko kemudaratan ibu yang hamil dan bayi dalam rahem, yang melakukan pembedahan, sebenarnya adalah gabungan kesan anesthesia dan ... Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my Bagi lelaki ... Read More »

Adakah saya hamil dan bagaimana mengira hari subur?

ADAKAH SAYA HAMIL DAN BAGAIMANA MENGIRA HARI SUBUR?       “Salam doktor. Saya ingin bertanyakan hal yang berkaitan dgn kehamilan. Saya sudah berkahwin selama 6 bulan, kami suami isteri memang hendak zuriat secepat mungkin tetapi belum lagi ada rezeki dari Allah. Tetapi kami tetap mencuba. Saya ingatkan bulan ini saya akan hamil tetapi tidak. Saya kecewa doktor.   Sebelum ini saya memang makan asid folic tetapi lepas sudah mencuba tetapi tiada apa-apa, saya berhenti dari makan asid folic. Sebelum haid yang lepas saya ada rasa macam tanda-tanda hamil kerana selera makan pun bertambah tetapi saya telah datang haid sehari sebelum tarikh sebenar period saya. Haid saya kali ini sangat pelik.   Hanya tompokan coklat, tetapi tiada darah berketul atau macam darah haid tetapi tompokan itu selama 4 hari dan ... Read More »

Ujian tahap kesuburan suami isteri gempal

UJIAN TAHAP KESUBURAN SUAMI ISTERI GEMPAL   “ Salam doctor. Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Usia perkahwinan saya sudah mencecah empat tahun. Tetapi saya lagi hamil. Adakah disebabkan saya dan suami berbadan besar menyebabkan saya sukar hamil? Bagaimana saya boleh memeriksa tahap kesuburan saya dan suami. Mohon pencerahan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Lelaki dan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan selalunya mempunyai masalah kesuburan. Ini tidak bermakna puan dan suami tidak boleh mempunyai zuriat, tetapi proses untuk hamil akan memerlukan usaha yang lebih dari pasangan yang mempunyai berat badan yang normal.   Selalunya wanita dan lelaki yang mempunyai bacaan BMI yang melebihi 30kg/m2 akan mengalami kesukaran untuk menghasilkan benih perempuan (ovum) dan benih lelaki (sperma).   Ini kerana berat badan yang berlebihan akan ... Read More »

Clomid ubat penyubur

CLOMID UBAT PENYUBUR     “Salam doktor. Baru-baru ini saya ke klnik kerana masalah kitaran haid saya tidak menentu dan saya telah berkahwin selama 3 tahun tapi belum ada anak. Doktor memberikan saya ubat CLOMID. Bolehkah saya menggunakannya?  Mohon pencerahan”    WA ALAIKUM MUS SALAM Pada kebiasaannya penyebab utama sukar untuk hamil ialah apabila seorang wanita mengalami ANOVULATION , iaitu wanita itu gagal menghasilkan telur ovum dalam setiap kitaran haid mereka. Selalu masalah ini selalu dihadapi oleh wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Namun begitu sebilangan kecil wanita yang mempunytai kitaran haid yang normal mengalami masalah yang sama. Ubat subur yang biasa diberikan ialah CLOMIPHENE CITRATE atau CLOMID. Ia merupakan hormon anti-estrogen sintetik yang berfungsi untuk meningkatkan rembesan hormon perangsang folikel (FSH) daripada kelenjar pituitari yang seterusnya akan ... Read More »

Bolehkah Pesakit Jantung Yang Keguguran Dua Kali, Hamil Semula?

BOLEHKAH BAGI PESAKIT JANTUNG GUGUR DUA KALI, HAMIL SEMULA?   “Salam doktor. Saya berumur 23 tahun, telah berkahwin selama 3 tahun. Masalah saya ialah saya adalah pesakit jantung berlubang, malangnya saya telah keguguran sebanyak dua kali sepanjang perkahwinan itu. Menurut doctor, keguguran kali pertama keguguran disebabkan saya terlalu lemah untuk meneruskan kehamilan, sementara keguguran kedua berlaku dengan sendiri kerana saya jatuh di bilik air. Saya ingin sangat untuk mendapatkan zuriat. Adakah saya tidak lagi berpeluang untuk hamil semula? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya bersimpati dengan puan dan saya percaya apa yang telah ditakdirkan untuk kita, sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita.   Namun kita juga digalakkan untuk terus berusaha dan berdoa untuk mendapat apa yang kita hajatkan. Selalulah beroda semoga ALLAH menggantikan apa yang ... Read More »

Pendarahan selepas hubungan intim

PENDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN INTIM   “Selamat sejahtera Dr. Saya Puan XXX . Saya mengalami pendarahan selepas mengadakan hubungan intim. Saya tidak merasa sakit. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih” Mengenai pendarahan selepas hubungan intim saya ada menulis dalam blog. 1. http://drzubaidi.com/blog/pendarahan-selepas-persetubuhan/ 2. http://drzubaidi.com/blog/lendiran-bercampur-darah-selepas-hubungan-intim/ Semoga bermanfaat. Read More »

Kitaran Haid Tidak Menentu Selepas Menukar IUCD Baru

KITARAN HAID TIDAK MENENTU SELEPAS MENUKARKAN IUCD BARU     “Saya baru membuka IUCD dan telah menukarkannya dengan yang baru. Sebelum ini kitaran saya teratur, tetapi sekarang saya mengalami haid hanya sehari saja selepas memasang IUCD yang baru. Adakah ini kesan daripada IUCD yang menghalang pengeluaran darah haid? Saya risau darah kotor berkumpul dan muncul pula penyakit lain. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   IUCD adalah alat pencegah kehamilan, berbentu seperti “T”  yang dimasukkan ke dalam rongga rahem. Ia boleh bertahan kira-kira 3 tahun dan IUCD baru akan dipasang pada hari yang sama selepas IUD yang lama dikeluarkan.   Wanita yang menggunakan IUCD mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu pada awal waktu penggunaannya. Lama waktu gangguan terhadap kitaran haid bergantung kepada jenisnya.   Ia adalah ... Read More »

Tidak datang haid 2 tahun

TIDAK DATANG HAIDS 2 TAHUN   “Salam doctor. Saya berusia 20 tahun, belum berkahwin, berat saya 75kg dan ketinggian saya 155cm. Saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu.  Kali terakhir haid saya pada awal 2012. Saya pernah ke klinik kerajaan dan doctor hanyamemberitahu bahawa  hormon saya tidak stabil dan dia tidak berikan sebarang ubat.  Apa yang perlu saya lakukan? Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tidak mengalami darah haid selama dua tahun, bukanlah suatu yang normal bagi seorang gadis.   Saya berpendapat bahawa masalah ini adalah berpunca dari masalah ketidakseimbangan hormone yang yang dihasilkan dari ovari iaitu estrogen dan progesteron.   Hormon Estrogen berperanan membentuk lapisan haid dalam rahem (endometrium) manakala progesteron pula menyebabkan lapisan endometrium menjadi matang lapisan itu.   Apabila sudah cukup ... Read More »

Kerap keguguran

KERAP KEGUGURAN   “Salam doctor. Saya berumur 35 tahun dan sudah sepuluh tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan zuriat.Sebelum ini saya pernah hamil beberapa kali, malangnya setiap kali hamil, saya keguguran di awal kehamilan. Kali terakhir saya hamil dan keguguran ialah pada akhir tahun lepas. Sehingga kini, saya sudah lima kali keguguran. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun saya percaya setiap yang berlaku ini tentu ada kebaikannya. Saya doakan ALLAH menggantikan kehilangan puan dengan sesuatu yang lebih baik di akhirat nanti.   Keguguran di aal kehamilan adalah suatu yang normal. Namun jika ia melebihi tiga kali, saya mencadangkan agar puan dan suami melakukan pemeriksaan doctor yang lebih mendalam. Saya percaya tentu doctor yang merawat pernah mencadangkan beberapa pemeriksaan untuk ... Read More »

Mudahkah untuk hamil?

MUDAHKAH UNTUK HAMIL?   “Salam doctor. Saya berumur 28 tahun dan sudah 3 tahun berkahwin. Masalah saya ialah saya belum lagi mempunyai zuriat. Saya juga perhatikan bahawa beberapa orang rakan saya juga mempunyai masalah yang sama walaupun telah berkahwin beberapa tahun. Adakah pada masa sekarang seorang wanita memang sukar untuk hamil? Mohon penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak menafikan bahawa pada masa sekarang ramai pasangan yang mempunyai masalah kesuburan. Dalam erti kata yang lain, mereka mengalami masalah untuk mendapat zuriat.   Ramai wanita muda yang baru berkahwin menyangka bahawa mereka akan hamil sebaik saja bernikah dan melakukan hubungan intim bersama suami.   Hakikatnya kehamilan bukanlah suatu yang mudah. Bagi mereka yang mudah hamil sebaik saja berkahwin, ia adalah suatu nikmat ALLAH yang kepada hambaNYA yang ... Read More »

Benarkah masalah kesuburan berpunca dari wanita?

BENARKAH MASALAH KESUBURAN BERPUNCA DARI WANITA?   “Salam doctor. Saya berumur 32 tahun dan telah berkahwin selama 3 tahun tetapi belum dikurniakan zuriat. Apabila balik beraya, saya sangat tertekan kerana saya selalu ditanya tentang anak. Mertua saya menuduh saya mandul dan tidak subur, sedangkan anaknya yang kuat merokok, tidak pula dipersalahkan. Saya mohon pandangan doctor, Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila sepasangan suami isteri masih tidak mempunyai zuriat, selalunya isteri yang dipersalahkan.  Seolah-olah di pihak suami tiada masalah langsung.   Fakta sebenar menunjukkan bahawa dakwaan ini tidak benar.  Yang sebenarnya, lelaki juga menyumbang kepada masalah ketidaksuburan pasangan ini.   Kajian menunjukkan 40% dari masalah ketidaksuburan adalah berpunca dari kaum lelaki dan 40% lagi adalah wanita. 10 % disebabkan oleh kedua-dua lelaki dan perempuan dan 10% lagi tidak ... Read More »

Keguguran Tanpa Disedari dan Kehamilan Kimia

KEGUGURAN TANPA DISEDARI AKIBAT KEHAMILAN KIMIA   “Salam doctor, saya baru berkahwin. Beberapa minggu yang lepas, saya tidak datang haid seperti biasa. Saya beli alat UPT dan hasilnya positif. Tidak lama kemudian, saya buat semula pemeriksaan UPT dan saya mendapati negative pula. Kemudian saya mengalami darah haid seperti biasa. Apakah saya keguguran kerana saya tidak perasaan ada tisu janin yang keluar. Mohon penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya berpendapat pada mulanya puan telah hamil dan pemeriksaan UPT menunjukkan keputusan positif.   Ini berlaku selepas telur perempuan (ovum) telah disenyawakan oleh benih lelaki (sperma) di fallopian tiub, dan bergerak ke rahem dan akhirnya tertanam pada dinding rahem.   Pada masa ini terbentu uri dan hormon hCG dikeluarkan dari uri tadi. Oleh itu UPT dapat mengesan hormone hCG ... Read More »

Tanda luka pembedahan Cesarean mengalami masalah

TANDA LUKA PEMBEDAHAN CESAREAN MENGALAMI MASALAH     “Salam. Saya telah menjalani pembedahan Ceserean dua minggu lepas. Saya mendapati ada cecair jernih yang keluar dari luka tersebut. Adakah ia tanda bahaya doctor. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Cecair yang keluar dari luka Cesarean adalah perkara yang normal, terutama terutama bagi wanita yang berbadan besar.   Namun terdapat banyak cecair itu, ia akan mengganggu penyembuhan kerana luka pembedahan seharusnya kering dan bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman.   Secara ringkasnya, saya berikan beberapa tanda yang menunjukkan luka Cesarean mengalami jangkitan kuman dan perlu dirawat segera.   1. Demam berterusan. 2. Sakit pada luka 3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj 4. Keluar nanah dari luka 5. Tanda kemerahan pada sekitar luka 6. Keluar air jernih ... Read More »

Penjagaan luka pembedahan Cesarean

PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN CESAREAN     “Salam doctor. Isteri saya baru melahirkan anak melalui pembedahan Cesarean. Bolehkah saya mengamalkan petua-petua yang sama bagi wanita yang melahirkan anak secara normal? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Luka selepas pembedahan Cesarean ketika melahirkan anak, memerlukan penjagaan yang lebih teliti kerana luka yang dijahit itu lebih besar dan dalam berbanding luka episiotomy di faraj.   Bagi wanita yang dibenarkan pulang ke rumah, saya mencadangkan agar melakukan pergerakan lebih awal iaitu berjalan secara perlahan-lahan di sekeliling katil.   Jangan risau dengan luka tersebut akan terbuka atau sebagainya, kerana banyak kajian menunjukkan melakukan pergerakan selepas pembedahan Cesarean membantu proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.   Minta bantuan ahli keluarga yang menjaga untuk melakukan pergerakan ini jika rasa tidak selesa ... Read More »

Punca pendarahan ketika hamil

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut.   Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan.   Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya ke dinding dalam rahem.   Maka berlaku sedikit pendarahan, dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu dan berlaku selama  1-3 hari sahaja.   Selain itu, jika seorang ... Read More »

Jenis-jenis pendarahan yang tidak normal di kalangan wanita

JENIS-JENIS PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL DI KALANGAN WANITA     “Salam doctor. Selain dari pendarahan haid, bolehkan doctor menerangkan pendarahan yang tidak normal pada waniat. Sekian, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila seorang wanita mengalami masalah pendarahan yang tidak normal, iaitu pendarahan yang tidak menentu atau berlaku di luar waktu haid yang sepatutnya, berkemungkinan beliau mengalami masalah yang besar.   Oleh itu pemeriksaan perlu dijalankan kerana pendarahan sebegitu bermungkinan berlaku disebabkan masalah ketidak-seimbangan hormon, fibroid, PCOS atau masalah lain.   Wanita yang hamil juga boleh mengalami masalah pendarahan di luar waktu haid yang sepatutnya. Oleh itu jangan terperanjat jika doktor juga melakukan ujian kehamilan bagi pesakit ini, bagi memastikan bahawa ia bukan disebabkan oleh masalah kehamilan.     Jika pendarahan berlaku pada pertengahan kitaran haid (intermenstrual bleeding), ... Read More »

Pendarahan tidak berhenti-henti

PENDARAHAN TIDAK BERHENTI-HENTI     “Salam, saya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak. Selepas melahirkan anak pada Ogos 2013 saya dinasihatkan untuk mengambil pil perancang. Saya berhenti makan pil perancang tidak sampai setahun. Selepas itu, saya mengalami pendarahan haid yang banyak. Apabila dirujuk kepada pihak hospital, saya mempunyai fibroid dalam rahim sebesar diameter 3 cm. Dalam tempoh 6 bulan, fibroid saya menghilang tapi saya mengalami masalah pendarahan yang banyak ketika haid. Menurut doktor ia adalah DUB (Dysfunctional Uterine Bleeding).   Setiap bulan, darah yang keluar sangat banyak dan berketul-ketul dan banyak sehingga badan lemah dan pitam. Doktor membekalkan ubat tranexamic acid untuk mengurangkan pendarahan.   Adakah ia pendarahan biasa bagi pesakit DUB? Adakah cara lain bagi mengurangkan pendarahan tersebut? ada kemungkinan saya mengalami keguguran sedangkan saya rasa ia adalah ... Read More »

Darah keluar dari dubur

DARAH KELUAR DARI DUBUR.     “Salam Dr, saya hendak bertanya, kalau keluar darah dari dubur kita, adakah ia buasir? Tapi masa buang air besar tidak rasa sakit pun. Darah pun keluar bukan pada masa buang air besar. Darah hanya keluar hanya sesekali. Mohon pencerahan doktor, terima kasih doktor atas masa diluangkan”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya banyak punca pendarahan dari dubur. Ada yang berbahaya dan ada yang tidak berbahaya. Antaranya luka di lubang dubur, buasir (haemoroid) ketumbuhan tidak berbahaya seperti polyps dan yang ketumbuhan yang berbahya ialah kanser rectum.   Jangan ambil mudah. Saya banyak pengalaman di mana pesakit yang mulanya didiagnosa sebagai buasir, (kebetulan memang terdapat buasir di lubang dubur) rupanya ada kanser di bahagian lebih dalam (di dalam rectum), terutama pesakit yang berusia lebih 50an. ... Read More »

Mudah hamil pada usia 35 tahun ke atas

MUDAH HAMIL PADA USIA 35 TAHUN KE ATAS         “Salam doctor. Saya telah berusia 35 tahun dan suami pula 40 tahun. Kami telah berkahwin selama setahun dan belum lagi dikurniakan zuriat. Mohon penjelasan doctor mengenai masalah saya. Bolehkah doctor berikan tips agar saya mudah hamil? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita berumur 35 tahun yang ingin hamil, bukanlah suatu perkara yang sukar. Yang paling utama ialah usaha dengan cara yang betul, banyakkan berdoa dan bersedkah. Insha ALLAH ia bukan menjadi satu yang mustahi.   Antara tips yang mungkin boleh saya kongsikan ialah:   1. KETAHUI WAKTU SUBUR   Ramai yang menyangka bahawa seorang wanita itu sentiasa subur kerana mempunyai kitaran haid yang teratur setiap bulan. Namun apa yang perlu diketahui iaitu seorang wanita ... Read More »

Bolehkah saya hamil walaupun tidak datang haid?

  BOLEHKAH SAYA HAMIL WALAUPUN TIDAK DATANG HAID?   “Assalamualaikum doctor, saya ingin tanya, adakah saya berpontensi untuk hamil walaupun saya tidak  datang haid? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ia bergantung pada punca tidak datang haid. Jika dari awal tidak pernah mengalami haid, memang terlalu sukar dan hampir mustahil untuk hamil kerana terdapat masalah dalam sistem reproduktif puan.   Tetapi jika pernah mengalami haid, tetapi kitaran haid puan sekarang tidak teratur puan masih lagi boleh hamil walaupun agak sukar sedikit.   Semakin panjang masa untuk puan tidak mengalami haid, semakin sukar peluang puan untuk hamil kerana masalah kitaran haid yang tidak teratur selalunya berkaitan dengan tidak mengalami ovulasi.   Tidada ovulasi bermakna puan tidak mengeluarkan benih perempuan, ovum setiap bulan, dan sudah tentu persenyawaan tidak ... Read More »

Pendarahan akibat ketumbuhan polyps semasa hamil

PENDARAHAN AKIBAT KETUMBUHAN POLYPS SEMASA HAMIL   “Salam doctor, saya berumur 37 tahun, hamil kali pertama. Sewaktu saya umur kehamilan saya 19 minggu saya mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan memberitahu saya bahawa uri saya berada di bahagian atas. Jadi pendarahan saya alami bukanlah disebabkan oleh masalah uri di bahagian bawah.   Semenjak itu saya kerap mengalami pendarahan dan ketika usia kehamilan saya berusia 21 minggu, doctor mendapati ada  ketumbuhan polyp yang bertangkai.   Adakah ketumbuhan polyp ini bahaya, doctor? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah yang puan alami sebenarnya jarang berlaku. Namun ia bukanlah suatu yang berbahaya pada diri dan bayi dalam rahem.   Namun begitu ia sangat merunsingkan kebanyakan ibu yang hamil kerana ia menyebabkan pendarahan ketika hamil.   Ketumbuhan polyp ... Read More »

Jangkitan Hepatitis B ketika hamil

JANGKITAN  HEPATITIS  B  KETIKA  HAMIL     “Salam, doctor. Saya hamil anak pertama dan doctor telah mengesahkan bahawa saya telah mengalami jangkitan Hepatitis B. Saya agak risau dan bingung kerana sepanjang pengetahuan saya, penyakit Hepatitis B hanya berjangkit melalui hubungan kelamin. Bagaimana saya boleh dijangkiti penyakit ini sedangkan suami saya telah melakukan pemeriksaan darah dan disahkan negative. Bagaimana pula dengan anak saya dalam kandungan? Adakah ia boleh diubati dengan ubat-ubatan tradisional? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya bersimpati dengan puan. Namun puan bukanlah berseorangan. Menurut statistic, dianggarkan seramai 1.3 juta penduduk Malaysia dijangkiti kuman Hepatitis B. Ramai pesakit pulih setelah diberikan rawatan dan tubuh pesakit membentuk antibodi bagi untuk melawan jangkitan virus hepatitis B.   Tidak semua virus Hepatitis B yang dapat dibunuh dan sebahagiannya ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!