Tag Archives: bahaya

Pemanis Tiruan dan Sintetik Menyebabkan Rasa Lapar

PEMANIS TIRUAN DAN SINTETIK MENYEBABKAN RASA CEPAT LAPAR Dalam satu kajian terbaru menunnjukkan bahawa pemanis tiruan akan menyebabkan kita akan berasa lebih lapar dan akan makan dengan lebih banyak.  Kajian yang diterbitkan dalam journal Cell Metabolism, menunjukkan kesan pemanis tiruan (sintetik) yang mengganggu bahagian otak yang mengawal rasa dan selera terhadap makanan. Kajian ini dijalankan di University of Sydney’s Charles Perkins Centre dan Garvan Institute of Medical Research. RUJUKAN : University of Sydney. “Why artificial sweeteners can increase appetite.” ScienceDaily. ScienceDaily, 12 July 2016. Kajian ini menunjukkan satu bahagian yang dikenali sebagai “reward centres” mempunyai intergrasi kesimbangan antara rasa manis …

Read More »

asam gelugur membantu mengurangkan berat badan

ASAM GELUGUR MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN       Asam gelugur (atau asam keping) mempunyai nama botani Garcinia Cambogia – juga dikenali sebagai Garcinia Atroviridis.   Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu. Ia dipotong nipis dan dikeringkan, selalu digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti laksa, dan masakan asam pedas. Ramai yang tidak mengetahui bahawa ia baik untuk mengurangkan berat badan.     Banyak kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasalah seperti: 1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar 2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan 3. Mereka yang terlalu gemuk   Bahan utama dalam asam gelugor ialah Acid Hydroxy …

Read More »

Suntikan IM Depo-provera Menyebabkan Kitaran Haid Tidak Menentu

SUNTIKAN IM DEPO-PROVERA MENYEBABKAN KITARAN HAID TIDAK MENENTU Salam doktor. Maaf menggangu, saya Puan N dari Selangor. Saya ada dua pertanyaan yang saya harap, doktor membantu saya.   1.Saya telah melahirkan anak yg pertama pd bln 6/16 tahun lepas. Kemudian sy mengambil IM depo utk menjarakkan kehamilan. Selepas mengambil 3x suntikan, saya tidak datang haid, sampai sekarang, lebih kurang 6 bulan. Saya ingin bertanya bertanya, adakah keadaan ini penyakit? Perlukah saya pergi berjumpa doktor?   2.Bolehkah saya hamil lagi kalau tidak didatangi haid? Itu saja, harap sgt dr dpt membantu sy, Terima kasih.   WAALAIKUM MUSALAM.   Suntikan perancang keluarga …

Read More »

BERAPA KALI SEMINGGU HARUS MENCUCI RAMBUT?

Saya mencadangkan mencuci rambut (bershampoo) dua kali seminggu, bergantung pada keadaan rambut dan aktiviti seharian.   Bagi orang yang mempunyai banyak aktiviti seharian, (terutama melakukan aktiviti fizikal seperti berolahraga, riadah dan bersukan) kulit mereka mengeluarkan lebih banyak peluh dan minyak.   Mungkin mereka memerlukan kadar membersihkan rambut lebih kerap, terutama apabila kuit kepala dan rambut mereka sudah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan atau terdapat banyak kupingan di kulit kepala.     Begitu juga jika berkerja di kawasan yang bersuhu agak kering dan panas, kuit kepala mungkin mengeluarkan lebih banyak peluh dan minyak.     Tetapi jangan terlalu kerap menshampoo rambut …

Read More »

Kulit Kepala Berminyak, Hujung Rambut Kering

KULIT KEPALA BERMINYAK, HUJUNG RAMBUT KERING   “Salam doktor. Saya mengalami masalah rambut berminyak, terutama pada kulit kepala.Yang menghairankan saya ialah di hujung rambut pula kering. Ini menyebabkan rambut saya bercabang dan kering di hujungnya. Apa nasihat doktor?”     Waalaikummussalam.     Kulit kepala dan rambut kita mengelurkan minyak secara semula jadi. Di anggarkan sebanyak 2-4 gram minyak (sebum) yang dikeluarkan setiap hari. Secara perbandingannya ia menyamai satu sudu teh minyak masak.   Masalah yang biasa berlaku ialah apabila minyak yang dihasilkan ini tidak disebarkan secara rata, sehinggakan minyak terkumpul di akar rambut sementara hujung rambut menjadi kering.   …

Read More »

Bayi Berusia 2 bulan Sukar Buang Air Besar

BAYI BERUSIA 2 BULAN SUKAR MEMBUANG AIR BESAR   “Assalamualaikum Dr. Saya ada sedikit persoalan tentang diet ibu yang menyusukan bayi. Bayi tersebut berusia 2 bulan dan mempunyai masalah kerana sudah seminggu tidak membuang air besar dan sering keluar angin. Perut bayi juga agak kembung. Adakah hal ini disebabkan diet ibu? Apakah makanan yg sesuai untuk mengelakkan masalah tersebut? Selain itu, adakah benar bayi dibawah umur satu tahun tidak sesuai diberikan madu?” WA ALAIKUMMUSSALAM Bayi yang berusia dua bulan mengalami masalah sembelit (sukar membuang air besar) dan hanya boleh membuang angin saja, berkemungkinan ada beberapa sebab: 1. Jika dia menyusu …

Read More »

Anak Berusia 7 bulan Tidak Mahu Minum Susu Formula

ANAK BERUSIA 7 BULAN TIDAK MAHU MINUM SUSU FORMULA “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh anak saya berusia 7 bulan lebih. 1- Apakah kesan kepada bayi saya jika dia berhenti menyusu di usia 7bln lebih, dia lebih suka makan dri susu. Utk pngetahuan doktor bayi saya sepenuhnya mengguna susu formula. 2- Doktor boleh bagi cadangan tidak susu apa yang sesuai utk anak saya sebab anak saya memang tidak mahu susu. Sudah mcm2 susu saya bagi dia tetap tak nak. Sekarang ini saya bagi susu formula yang terkenal (dan mahal) dan memaksa anak saya namun dia masih …

Read More »

ELAKKAN KERAP MAKAN UNTUL LEBIH SIHAT

  Dulu kita diberitahu agar makan sekerap yang mungkin tetapi dalam jumlah yang sedikit. Tujuannya agar kita mendapat bekalan nutrisi dan gula yang tetap agar kita mempunyai kandungan gula boleh yang ditukarkan kepada kalori dengan serta merta.   Ia juga kononnya dapat mengekalkan tahap kandungan amino asid dan nitrogen yang mencukupi bagi mengelakkan kita mengalami catabolisme, iaitu tubuh menggunakan asid amino yang ada dalam otot sebagai sumber tenaga,   Tetapi sebenarnya itu tidak berlaku. Proses menukarkan otot (asid amino) kepada gula melalui proses glukoneogenesis yang mengambil asid amino sebagai sumber tenaga tidak berlaku dengan mudah. Ia sangat kompleks dan ia …

Read More »

Jangan kopek kuping pada luka

JANGAN KOPEK KUPING PADA LUKA.     Apabila berlaku luka, tubuh kita akan mula melakukan proses penyembuhan. Kuping akan dibentuk bagi menutupi luka dari pencemaran kotoran dari luar.   Sel darah merah dan atibodi akan membunuh kuman yang berada pada luka tersebut. Sel darah merah, fibrin, dan platelets akan membentuki darah beku dan akhirnya darah beku ini membentuk kuping (scab).   Apabila kita membuang kuping pada luka ini, ia akan mendedahkan semula luka tersebut pada pencemaran luar. Mungkin akan berlaku jangkitan kuman semula. Luka juga mungkin akan bertambah besar.   Biar kuping tanggal sendiri, apabila kita mandi atau cuci luka dengan …

Read More »

Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki?

ADAKAH SOYA DAN PRODUKNYA MEMBERIKAN KESAN PADA KESUBURAN LELAKI? Soya dan hormone Estrogen.  Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita, estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagai isoflavones. Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser. Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ?  Tidak ada banyak kajian mengenai ini, namun ada …

Read More »

KEMBAR SEIRAS ATAU TIDAK SEIRAS

  “Salam doktor, saya mempunyai dua pasangan orang kembar. Satu pasangan kembar, muka mereka seiras. Sementara satu lagi pasangan, muka mereka tidak seiras. Bagaimanakah kembar yang tidak seiras ini boleh berlaku?”   WA ALAIKUMMUS SALAM   KEMBAR tidak bermakna berpasang. Ada yang kembar tiga, empat dan seterusnya. Namun kebanyakan kembar adalah berpasangan.   Ini berlaku apabila satu ovum yang matang disenyawakan oleh dari satu sperma dan kemudian membahagi kepada dua janin (embrio). Ini akan menyebabkan muka mereka seiras. Ia berasal dari genetik yang sama. Mereka berkongsi satu uri.     Satu lagi kembar berlaku apabila dua telur dipersenyawakan oleh dua …

Read More »

KADAR DEGUPAN JANTUNG JANIN

Semasa memeriksa janin melalui pemeriksaan ultrasound, seorang suami yang menemani isterinya (yang hamil) menegur saya. “Doktor, kenapa degupan jantung bayi agak laju. Kalau kita selalunya 100 degupan perminit pun sudah dianggap laju. “ Saya senyum. “Betul tuan. Kalau orang dewasa ia dianggap laju, tetapi untuk janin yang masih berada dalam rahem, ia dianggap normal kerana struktur jantung yang belum matang” Dia mengangguk setuju dan faham.   Kadar degupan jantung janin dan bayi dalam rahem laju dibandingkan dengan degupan jantung orang dewasa. Selalunya janin akan mula berdegup 3 minggu selepas berlakunya persenyawaan. Namun ia hanya dapat dilihat dengan jelas menggunakan teknik …

Read More »

Sukarnya untuk hamil

1. SUKARKAH NAK HAMIL?   Seorang wanita berusia 30an, agak putus asa dan bertanya kepada saya, “Susah sangat kah untuk saya hamil?”   Saya bertanya, “kenapa puan kata begitu?”   “Saya sudah berkahwin satu tahun enam bulan, doktor. Belum hamil. Adik saya baru berkahwin empat bulan, sudah pun hamil. Saya sedih”   Saya faham. Tiada satu peraturan yang sama untuk semua orang. Maknanya selepas berkahwin sekian lama, seorang wanita itu pasti hamil. Banyak faktor yang menentukan.   Namun bagaimana terdapat satu anggaran purata terhadap kebarangkalian seorang wanita akan hamil setelah berkahwin.   Jika 100 orang wanita berkahwin pada hari ini, …

Read More »

Janin Saya Tiada Anggota Tubuh

JANIN SAYA TIADA ANGGOTA TUBUH           “Salam doktor, ini kali pertama saya jalani pemeriksaan ultrasound selepas tidak datang haid 2 minggu. Doktor kata saya telah hamil. Tetapi saya tidak nampak pun anggota bayi saya. Mohon pencerahan, doktor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   Bagi wanita yang masih berada di usia awal kehamilan,tanda kehamilan apabila doktor dapat mengesan kantung janin.   Dalam kes puan, usia kehamilan 6 minggu (apabila dua minggu tidak datang haid dari tarikh sepatutnya) doktor akan mengesan   1. kantung janin di dalam rahem   2. degupan jantung janin yang kita …

Read More »

Mengesahkan Kehamilan Selepas IVF

MENGESAHKAN KEHAMILAN SELEPAS IVF Bagi wanita yang menjalani rawatan IVF dan menerima suntikan kesuburan, cara terbaik ialah bukan dengan pemeriksaan urine pregnancy test (UPT) atau menjalani pemeriksaan darah untuk hormon kehamilan B-hcG. Ini kerana suntikan kesuburan seperti Ovidrel dan Pregnyl juga mengandungi hormon B-hcG. Sudah tentu tahap hormon ini akan tinggi dalam darah dan ianya dikeluarkan melalui air kencing. Ini akan memberikan keputusan yang positif (walaupun wanita itu tidak hamil) jika menjalani pemeriksaan urine dan darah. Cara terbaik ialah pemeriksaan ultrasound melalui faraj bagi memastikan seorang wanita itu berjaya dalam rawatan IVF dan sedang hamil. Saya mencadangkan agar pemeriksaan dilakukan sebulan selepas …

Read More »

bila masa sesuai buat ujian kehamilan

BILA MASA SESUAI BUAT UJIAN KEHAMILAN.     “Salam, doktor. Bila masa yang sesuai untuk membuat pemeriksaan kehamilan? Terima kasih” WA ALAIKUMMUS SALAM. Terdapat tiga cara yang biasa saya gunakan untuk mengesahkan kehamilan. Pertama, menggunakan kaedah ‘urine pregnancy test’ (UPT) di rumah. Ia boleh dilakukan pada minggu keenam dari tarikh hari pertama haid yang terahir, atau selepas dua minggu tidak datang haid pada tarikh yang sepatutnya. Kedua, melakukan pemeriksaan ultrasound dengan meletakkan alat pengesan (probe) pada abdomen. Ia boleh dilakukan pada minggu ke lima selepas dari tarikh hari pertama haid yang lepas. Kadang kala imej yang dilihat tidak jelas, bergantung …

Read More »

Punca Keguguran

    “Saya amat sedih dengan kehilangan kandungan saya. Saya tidak tahu apa puncanya. Secara tiba-tiba ada banyak darah yang keluar. Bila buat pemeriksaan,  doktor sahkan saya keguguran” Sebenarnya banyak punca keguguran. Ada faktor yang tidak dapat dielakkan. Ini yang dinamakan takdir. Jangan bersedih tentu ada kebaikannya. Antara punca keguguran ialah: a) Masalah kromosom yang tidak normal dalam janin.  b) Janin ditanam (implantasi) dengan tidak baik pada lapisan endometrium (lapisan dalam rahem).  c) Wanita yang hamil mengalami penyakit yang kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau autoimmune disease.  d) Jangkitan kuman pada faraj.  e) Jatuh atau mengalami kemalangan jalanraya.  f) …

Read More »

PUNCA KEGUGURAN

  “Saya amat sedih dengan kehilangan kandungan saya. Saya tidak tahu apa puncanya. Secara tiba-tiba ada banyak darah yang keluar. Bila buat pemeriksaan,  doktor sahkan saya keguguran” Sebenarnya banyak punca keguguran. Ada faktor yang tidak dapat dielakkan. Ini yang dinamakan takdir. Jangan bersedih tentu ada kebaikannya. Antara punca keguguran ialah: a) Masalah kromosom yang tidak normal dalam janin.  b) Janin ditanam (implantasi) dengan tidak baik pada lapisan endometrium (lapisan dalam rahem).  c) Wanita yang hamil mengalami penyakit yang kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau autoimmune disease.  d) Jangkitan kuman pada faraj.  e) Jatuh atau mengalami kemalangan jalanraya.  f) Struktur …

Read More »

Sedihnya keguguran

SEDIHNYA KEGUGURAN     Ramai yang mengalami keguguran terutama di awal kehamilan.  Keguguran sebenarnya kehilangan (tidak bernyawa) janin dalam rahem sebelum mencapai usia kehamilan 22 minggu.  Dianggarkan sebanyak 20% dari kehamilan akan mengalami keguguran, dan 80% keguguran itu berlaku sebelum mencapai usia kehamilan 12 minggu. Jadi maknanya setiap wanita yang hamil akan mempunyai risiko untuk keguguran. Bagi wanita yang pernah mengalami keguguran, risiko untuk mengalami keguguran seterusnya ialah 25%.  Risiko ini akan meningkat sekiranya jika pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali.    Bagi wanita yang hamil, saya cadangkan banyakkan berdoa semoga kehamilan mereka dipermudahkan. Jaga pemakanan, minum air dan tidur …

Read More »

Punca keguguran berulang

PUNCA KEGUGURAN BERULANG     “Salam dokter, saya mengalami keguguran setiap kali saya hamil. Saya keguguran selama 3 kali dan kali terakhir pada Jan 2014. Semua kehamilan saya semua pada awal kehamilan Antara 8-12 minggu. Apakah punca keguguran seperti ini ? Mohon pencerahan.”   WALALAIKUM MUS SALAM   Keguguran di awal kehamilan sering berlaku pada wanita yang hamil, dan ia bukanlah suatu hal yang merisaukan. Tetapi keguguran berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut, maka ia adalah suatu yang tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai ‘habitual miscarriage’.   Selalunya doctor akan melakukan pemeriksaa dan ujian yang detail bagi mengetahui punca keguguran berulang. …

Read More »

Berpuasa Memanjangkan Umur

BERPUASA DAN PANJANG UMUR         Kajian awal secara saintifik tentang puasa hanya dilakukan pada tahun 1945.  Itu pun menggunakan tikus dalam makmal sebagai sampel ujikaji. Ini menunjukkan bahawa sains barat agak lambat dalam membukti kebaikan amalan berpuasa, sedangkan amalan ini telah lama dilakukan dan memberikan manfaat berkurun-kurun lamanya.   Ini adalah suatu yang tidak dapat dielakkan kerana selama ini sains barat memisahkan antara agama dan kehidupan. Mereka menyanggah kebaikan amalan beragama, padahal mereka tidak melakukan kajian tentang amalan beragama ini yang banyak memberikan manfaat pada generasi sebelum mereka.   Kembali kepada kajian yang dilakukan pada tahun 1945 …

Read More »

Kenapa ubat selsema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak?

UBAT SELSEMA DAN BATUK UNTUK KANAK-KANAK   “Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur lingkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih selsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemberian ubat selsema bergantung kpd pemeriksaan doktor. Secara amnya memang ada garis panduan yang tidak membenarkan kanak-kanak …

Read More »

Kesan ubat turun darah pada bayi dalam rahem

KESAN UBAT TURUN DARAH PADA JANIN/BAYI YANG DALAMRAHEM “Salam doktor maaf saya bertanya, kalau saya ada makan ubat turun haid iaitu sunolut tetapi masih tidak datang haid. Bila saya cek UPT, rupanya saya hamil. Adakah merbahaya kepada kandungan saya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak pernah menggalakkan wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu untuk ambil Sunolut. Sonulut biasanya diberikan kepada wanita yang tidak datang haid, agar darah haid dapat dikeluarkan. Oleh itu ia dikenali sebagai “ubat turun haid”. Saya percaya sonolut menyebabkan kitaran haid menjadi lebih teruk kerana ‘gangguan’ hormon sintetik ini. Sunolut adalah adalah hormon progestrone sintetik …

Read More »

Onani tidak berbahaya?

ONANI ATAU MELANCAP TIDAK BERBAHAYA?   Saya membaca satu blog. Admin blog yang mengikuti satu seminar kesihatan, memetik jawapan dari sebuah soalan yang ditanya oleh peserta seminar. Peserta itu bertanyakan tentang kesan beronani secara berlebihan, adakah aktiviti yang dilakukan itu boleh menjejaskan kesihatan.   Pakar perubatan memberitahu bahawa beronani itu wajar dan normal kerana dalam satu kajian, didapati antara 70-90% orang lelaki melakukan onani.   Saya berpendapat bahawa beronani bukanlah amalan yang sihat dan bukannya amalan yang normal. Orang yang mengalami ketagihan onani harus mencuba menghentikan amalan ini kerana ia memberikan kesan jangkamasa panjang di mana kepuasan seksual HANYA didapati dari …

Read More »

Adakah Ultrasound Bahaya Pada Bayi Saya?

ADAKAH PEMERIKSAAN ULTRASOUND UNTUK KEHAMILAN SELAMAT? “Salam. Saya selalu ke klinik untuk membuat pemeriksaan untuk kehamilan saya. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound, setiap kali saya ke sana. Adakah pemeriksaan ultrasound itu bahaya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemeriksaan ultrasound telah digunakan dalam pemeriksaan ibu hamil beberapa dekad, dan sehingga tiada bukti yang mendapati pemeriksaan ini boleh menyebabkan kecacatan atau komplikasi kehamilan. Banyak kajian yang menunjukkan pemeriksaan ultrasound boleh menyebabkan pertambahan atau pengurang berat badan, kanser pada kanak-kanak, masalah disleksia atau pendengaran. Secara peribadi saya berpendapat pemeriksaan ultrasound harus dilakukan oleh seorang doktor yang berpengalaman dan menggunakan mesin ultrasound yang baik. Ini kerana …

Read More »

ADAKAH CYST SAYA BOLEH BERTUKAR MENJADI KANSER?

“Salam, doktor. Saya berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya telah menjalani pemeriksaan pada bahagian pelvis, ujian darah dan juga imbasan ultrabunyi (ultrasound) abdomen. Doktor memberitahu yang saya mempunyai ovarian cyst. Adakah cyst ini bahaya ? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Puan jangan terlalu bimbang. Ovarian cyst atau bahasa kita disebut sista pada ovari adalah gelembung yang mengandungi cecair pada kilang ovari. Ramai yang menyangka ia adalah kanser ovari. Sebenarnya tidak.Kebanyakan ovarian cyst ini bukanlah ketumbuhan kanser. Berita yang menggembirakan hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada ovarian cyst memerlukan …

Read More »

Adakah Normal Mengalami Keputihan Semasa Hamil?

KEPUTIHAN SEMASA HAMIL “Adakah normal mempunyai keputihan yang berlebihan semasa hamil?” WA ALAIKUM MUS SALAM Wanita yang hamil, apabila mengalami keputihan yang berlebihan, ia adalah suatu yang biasa dan normal. Selalunya sebelum hamil, wanita kerap mengalami lendiran yang berwarna jernih dan tidak berbau. Adakalanya akan kental seperti susu basi dan mempunyai sedikit bau. Ia adalah sesuatu yang biasa, selagi tidak menyebabkan kegatalan. Keputihan ini semakin banyak apabila mereka hamil, kerana semasa hamil terdapat peningkatan pengeluaran estrogen dan aliran darah ke kawasan faraj lebih banyak. Lendiran ini sebenarnya rembesan dari kelenjar di pangkal rahim dan faraj, dan terdiri juga dari sel-sel …

Read More »

Gemuk Akibat Antibiotik yang Berulang

ANTIBIOTIK MENYEBABKAN KEGEMUKAN PADA KANAK-KANAK   Kanak-kanak yang sering diberi ubat antibiotik yang berulang-ulang , mempunyai risiko  untuk menjadi gemuk, menurut saintis Amerika Syarikat.   Dalam penerbitan sebuah journal perubatan terkenal,  The JAMA Pediatrics melaporkan  kanak-kanak yang diberikan ubat antibiotic lebih empat kali pada usia 2 tahun mempunyai risiko 10% yang lebih lebih tinggi untuk menjadi gemuk.   Tetapi para saintis memberi tahu tidak semestinya kanak-kanak yang diberikan antibiotik akan menjadi gemuk. Hanya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Jadi tidak perlu risau memberikan kanak-kanak  yang sakit ubat antibiotic, jika keadaannya memerlukan ubat tersebut.   Pemberian ubat antibiotic yang berulang ini …

Read More »

Pendarahan Ketika 28 Minggu Kehamilan

PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam, doktor. Saya sedang hamil 28 minggu. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya perasan ada pendarahan dari faraj?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan sebaiknya buat pemeriksaan segera, walaupun pendarahan telah berhenti. Walaupun ia mungkin pendarahan yang sedikit, ia boleh menjadi tanda masalah yang serius.   Ramai wanita yang hamil agak keliru dengan pendarahan yang mereka alami, kerana menyangka bahawa mereka sedang mengalami haid. Darah yang keluar, sama seperti darah haid, sama ada berwarna merah jambu ke merah darah ke coklat. Perbezaannya ialah darah haid adalah darah yang normal keluar setiap bulan, akibat perubahan …

Read More »

Sel darah merah, Hb rendah

SEL DARAH MERAH YANG SEDIKIT, HB RENDAH “Salam, doktor saya ingin bertanya pendapat dr. mengenai HB sy..pe mknn & minumn yg perlu utk sy naikkn hb tu..nk tahu juga supplement apa yg perlu sy ambil. Dr.skrg sy berasa sukar bernafas,pening n krg selera mkn..bacaan camni biasa/serius…dr klinik bg sy ubt tmbh drh” WA ALAIKUM MUS SALAM Tanda sukar bernafas, pening dan kurang selera adalah tanda puan mengalami kekurangan sel darah merah yang serius. Selalunya doktor akan memasukkan darah bagi menampung kekurangan darah merah dan membekalkan ubat untuk puan. Walau bagaimana pun, apa yang penting, doktor akan menyiasat punca kekuarangan sel …

Read More »

Bahaya Antibiotik dalam Daging Ayam

PENGGUNAAN ANTIBIOTIK DALAM INDUSTRI TERNAKAN   1.MENGAPA AMALAN ANTIBIOTIK DILAKUKAN OLEH PENTERNAK KEPADA HAIWAN TERNAKAN MEREKA.   Memang benar bahawa penternak memberikan ubat-ubatan terutamanya antibiotik pada haiwan ternakan mereka. Namun kita harus ingat yang amalan sebegini memberikan kesan sampingan kepada manusia yang memakan daging haiwan ternakan ini. Apatah lagi jika ia diberikan secara berterusan dalam makanan dan minuman haiwan ternakan itu.   Pemberian antibiotic ini dilakukan atas dua alasan:   Mencegah penyakit berjangkit. Oleh kerana haiwan ternakan sering hidup dalam kumpulan yang besar, maka serangan bakteria kepada seekor haiwan boleh menyebabkan keseluruhan kelompok haiwan tersebut terdedah kepada bahaya penyakit. Ini boleh …

Read More »

Risiko bius pengsan untuk pembedahan di kalangan kanak-kanak/bayi

RISIKO BIUS PENGSAN UNTUK PEMBEDAHAN DI KALANGAN KANAK-KANAK/BAYI   “Salam doctor. Anak saya berusia 8 tahun akan menjalani pembedahan pembuangan tonsil. Doktor beritahu anak saya akan diberikan bius pengsan. Adakah ia akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan anak saya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya memahami perasaan puan, kerana sebagai ibubapa tentu merasa resah apabila melihat anak mereka akan menjalani pembedahan.   Oleh kerana bayi dan kanak-kanak mempunyai tubuh yang kecil, maka ubat bius yang akan diberikan mengikut nisbah berat badan mereka.  Oleh itu sebelum melakukan apa-apa pembedahan, doctor akan memeriksa bayi dan kanak-kanak ini …

Read More »

Coca-cola pernah menyebabkan wabak gejala penyakit yang tidak diketahui

        “Apa yang sedapnya minum Coca-cola?”   Tanya saya kepada seorang rakan yang sering kali memesan air tersebut apabila kami berjumpa di kedai mamak.   “Entahlah, rasa seperti mendapat kelegaan apabila minum coke. Doc, you tak pernah minum ke?”   “Dulu pernah minum, tapi dah taubat. Nak jaga kesihatan.” Saya jawab selamba.   “Ala doc, ada Diet Coke.. tak ada kalori”   Saya hanya tersengih. Malas menerangkan pada orang yang tidak berminat.   Saya pernah membaca satu penulisan di hournal perubatan terkenal, British Medical Journal dan Lancet yang melaporkan pada 8 June 1999, seramai I26 remaja perempuan …

Read More »

Luka Pembedhan Ceserean Lebih Baik Dijahit Dari Dikokot (Staples)

“Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya berbincang dengan doctor sakit puan saya dan dia memberikan saya pilihan sama ada mahu menjahit luka Ceserean menggunakan jahitan biasa atau pun kokot staple. Mengikut pengetahuan dan pengalaman doctor, mana yang lebih baik. Mohon penverahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM, Di Malaysia, luka ceserean ketika mengeluarkan anak dari rahem selalunya ditutup dengan dua cara. Cara pertama menggunakan jahitan biasa dan satu lagi menggunakan kokot (staple). Penggunaan kokot semakin popular di kalangan doctor kerana ia lebih cepat dan kosnya lebih murah. Dianggarkan bahawa menutup luka menggunakan kokot, paling kurang lebih cepat 10 minit berbanding …

Read More »

Bahaya bayam menyebabkan batu dalam ginjal?

  Baru-baru tersebar dalam internet bahawa bayam (pinach) tidak boleh dimakan kerana memudaratkan. Mulanya saya ingatkan ianya hanya gurau, namun penulis blog itu beria-ia mengatakan ia sangat berbahaya kepada kesihatan, terutamanya boleh menyebabkan batu pada ginjal.   Saya pun cuba mencari profile penulis, manalah tahu penulis blog adalah seorang pakar pemakanan dan isu yang dibawa adalah penemuan terbaru yang diambil dari mana-mana journal pemakanan atau kesihatan.   Rupanya penulis hanya menggunakan samaran saja dan tiada rujukan sahih. Saya percaya ianya hanyalah kutipan sampah “copy and paste” saja.   Jika benar bayam sangat berbahaya, sudah tentu ia menjadi punca keracunan yang …

Read More »

Penjelasan Terhadap Keraguan Suntikan Vaksin (Imunisasi)

  KENYATAAN AKHBAR BERSAMA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya …

Read More »
error: Content is protected !!