Advertorial
Home » Tag Archives: bahaya

Tag Archives: bahaya

Jangan kopek kuping pada luka

JANGAN KOPEK KUPING PADA LUKA.     Apabila berlaku luka, tubuh kita akan mula melakukan proses penyembuhan. Kuping akan dibentuk bagi menutupi luka dari pencemaran kotoran dari luar.   Sel darah merah dan atibodi akan membunuh kuman yang berada pada luka tersebut. Sel darah merah, fibrin, dan platelets akan membentuki darah beku dan akhirnya darah beku ini membentuk kuping (scab).   Apabila kita membuang kuping pada luka ini, ia akan mendedahkan semula luka tersebut pada pencemaran luar. Mungkin akan berlaku jangkitan kuman semula. Luka juga mungkin akan bertambah besar.   Biar kuping tanggal sendiri, apabila kita mandi atau cuci luka dengan air suam yang bersih.   #DrZubaidiHealth   MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPAT SUPLEMEN NATURAL YANG TERBAIK DI http://needsvenue.com.my Read More »

Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki?

ADAKAH SOYA DAN PRODUKNYA MEMBERIKAN KESAN PADA KESUBURAN LELAKI? Soya dan hormone Estrogen.  Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita, estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagai isoflavones. Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser. Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ?  Tidak ada banyak kajian mengenai ini, namun ada yang memberikan pendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya dalam diet pemakanan amat banyak sekali, kadar kelahiran tidak berkurang dengan Negara lain yang tidak mengamalkan soya ... Read More »

Kembar seiras atau tidak

KEMBAR SEIRAS ATAU TIDAK SEIRAS     “Salam doktor, saya mempunyai dua pasangan orang kembar. Satu pasangan kembar, muka mereka seiras. Sementara satu lagi pasangan, muka mereka tidak seiras. Bagaimanakah kembar yang tidak seiras ini boleh berlaku?”   WA ALAIKUMMUS SALAM   KEMBAR tidak bermakna berpasang. Ada yang kembar tiga, empat dan seterusnya. Namun kebanyakan kembar adalah berpasangan.   Ini berlaku apabila satu ovum yang matang disenyawakan oleh dari satu sperma dan kemudian membahagi kepada dua janin (embrio). Ini akan menyebabkan muka mereka seiras. Ia berasal dari genetik yang sama. Mereka berkongsi satu uri.     Satu lagi kembar berlaku apabila dua telur dipersenyawakan oleh dua sperma yang berlainan. Ini akan menghasilkan dua embrio (janin) yang berbeza. Mereka mempunyai dua uri (setiap seorang satu uri).   Semoga bermanfaat. Bagi mereka ... Read More »

kadar degupan jantung janin

KADAR DEGUPAN JANTUNG JANIN Semasa memeriksa janin melalui pemeriksaan ultrasound, seorang suami yang menemani isterinya (yang hamil) menegur saya. “Doktor, kenapa degupan jantung bayi agak laju. Kalau kita selalunya 100 degupan perminit pun sudah dianggap laju. “ Saya senyum. “Betul tuan. Kalau orang dewasa ia dianggap laju, tetapi untuk janin yang masih berada dalam rahem, ia dianggap normal kerana struktur jantung yang belum matang” Dia mengangguk setuju dan faham. Kadar degupan jantung janin dan bayi dalam rahem laju dibandingkan dengan degupan jantung orang dewasa. Selalunya janin akan mula berdegup 3 minggu selepas berlakunya persenyawaan. Namun ia hanya dapat dilihat dengan jelas menggunakan teknik pemeriksaan ultrasound pada usia kehamilan 6 minggu. Secara amnya, degupan jantung janin dan bayi adalah seperti berikut: Pada usia 6 minggu : 100 -120/minit. Kemudian pada minggu ... Read More »

sukarkah nak hamil

1. SUKARKAH NAK HAMIL?   Seorang wanita berusia 30an, agak putus asa dan bertanya kepada saya, “Susah sangat kah untuk saya hamil?”   Saya bertanya, “kenapa puan kata begitu?”   “Saya sudah berkahwin satu tahun enam bulan, doktor. Belum hamil. Adik saya baru berkahwin empat bulan, sudah pun hamil. Saya sedih”   Saya faham. Tiada satu peraturan yang sama untuk semua orang. Maknanya selepas berkahwin sekian lama, seorang wanita itu pasti hamil. Banyak faktor yang menentukan.   Namun bagaimana terdapat satu anggaran purata terhadap kebarangkalian seorang wanita akan hamil setelah berkahwin.   Jika 100 orang wanita berkahwin pada hari ini, kebarangkalian untuk mereka hamil secara natural (tanpa bantuan pil hormon atau bantuan doktor), adalah seperti berikut.     25 orang akan hamil selepas satu bulan 75 orang akan hamil selepas ... Read More »

janin saya tiada anggota tubuh

JANIN SAYA TIADA ANGGOTA TUBUH           “Salam doktor, ini kali pertama saya jalani pemeriksaan ultrasound selepas tidak datang haid 2 minggu. Doktor kata saya telah hamil. Tetapi saya tidak nampak pun anggota bayi saya. Mohon pencerahan, doktor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   Bagi wanita yang masih berada di usia awal kehamilan,tanda kehamilan apabila doktor dapat mengesan kantung janin.   Dalam kes puan, usia kehamilan 6 minggu (apabila dua minggu tidak datang haid dari tarikh sepatutnya) doktor akan mengesan   1. kantung janin di dalam rahem   2. degupan jantung janin yang kita panggil ‘fetal echo’.   3. doktor akan mengukur panjang janin, kita panggil ‘Crown-Rump Length’ (CRL). Ini akan memberikan tarikh dijangka lahir atau ‘Estimated Date of Delivery’ (EDD).   Jangan runsing ... Read More »

mengesahkan kehamilan selepas IVF

MENGESAHKAN KEHAMILAN SELEPAS IVF   Bagi wanita yang menjalani rawatan IVF dan menerima suntikan kesuburan, cara terbaik ialah bukan dengan pemeriksaan urine pregnancy test (UPT) atau menjalani pemeriksaan darah untuk hormon kehamilan B-hcG. Ini kerana suntikan kesuburan seperti Ovidrel dan Pregnyl juga mengandungi hormon B-hcG. Sudah tentu tahap hormon ini akan tinggi dalam darah dan ianya dikeluarkan melalui air kencing. Ini akan memberikan keputusan yang positif (walaupun wanita itu tidak hamil) jika menjalani pemeriksaan urine dan darah. Cara terbaik ialah pemeriksaan ultrasound melalui faraj bagi memastikan seorang wanita itu berjaya dalam rawatan IVF dan sedang hamil. Saya mencadangkan agar pemeriksaan dilakukan sebulan selepas pemindahan embrio. Semoga bermanfaat. Bagi mereka yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu, saya cadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah (setelah mendapat pemeriksaan doktor di samping pengambilan Vit C dan ... Read More »

bila masa sesuai buat ujian kehamilan

BILA MASA SESUAI BUAT UJIAN KEHAMILAN.     “Salam, doktor. Bila masa yang sesuai untuk membuat pemeriksaan kehamilan? Terima kasih” WA ALAIKUMMUS SALAM. Terdapat tiga cara yang biasa saya gunakan untuk mengesahkan kehamilan. Pertama, menggunakan kaedah ‘urine pregnancy test’ (UPT) di rumah. Ia boleh dilakukan pada minggu keenam dari tarikh hari pertama haid yang terahir, atau selepas dua minggu tidak datang haid pada tarikh yang sepatutnya. Kedua, melakukan pemeriksaan ultrasound dengan meletakkan alat pengesan (probe) pada abdomen. Ia boleh dilakukan pada minggu ke lima selepas dari tarikh hari pertama haid yang lepas. Kadang kala imej yang dilihat tidak jelas, bergantung pada jenis mesin ultrasound dan ketebalan lemak pada bawah kulit abdomen. Ketiga, melakukan pemeriksaan ultrasound dengan meletakkan alat pengesan (probe) ke dalam faraj. Ia lebih tetapmengesahkan kehamilan dengan membuat imbasan ... Read More »

Punca keguguran

    “Saya amat sedih dengan kehilangan kandungan saya. Saya tidak tahu apa puncanya. Secara tiba-tiba ada banyak darah yang keluar. Bila buat pemeriksaan,  doktor sahkan saya keguguran” Sebenarnya banyak punca keguguran. Ada faktor yang tidak dapat dielakkan. Ini yang dinamakan takdir. Jangan bersedih tentu ada kebaikannya. Antara punca keguguran ialah: a) Masalah kromosom yang tidak normal dalam janin.  b) Janin ditanam (implantasi) dengan tidak baik pada lapisan endometrium (lapisan dalam rahem).  c) Wanita yang hamil mengalami penyakit yang kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau autoimmune disease.  d) Jangkitan kuman pada faraj.  e) Jatuh atau mengalami kemalangan jalanraya.  f) Struktur pangkal rahem yang lemah (cervical incompetence). Bagi mereka yang keguguran, saya cadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah (setelah mendapat pemeriksaan doktor bagi memastikan rahem telah kosong-tiada baki janin yang tertinggal) ... Read More »

Punca keguguran

“Saya amat sedih dengan kehilangan kandungan saya. Saya tidak tahu apa puncanya. Secara tiba-tiba ada banyak darah yang keluar. Bila buat pemeriksaan,  doktor sahkan saya keguguran” Sebenarnya banyak punca keguguran. Ada faktor yang tidak dapat dielakkan. Ini yang dinamakan takdir. Jangan bersedih tentu ada kebaikannya. Antara punca keguguran ialah: a) Masalah kromosom yang tidak normal dalam janin.  b) Janin ditanam (implantasi) dengan tidak baik pada lapisan endometrium (lapisan dalam rahem).  c) Wanita yang hamil mengalami penyakit yang kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau autoimmune disease.  d) Jangkitan kuman pada faraj.  e) Jatuh atau mengalami kemalangan jalanraya.  f) Struktur pangkal rahem yang lemah (cervical incompetence).   Bagi mereka yang keguguran, saya cadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah (setelah mendapat pemeriksaan doktor bagi memastikan rahem telah kosong-tiada baki janin yang tertinggal) di ... Read More »

Sedihnya keguguran

SEDIHNYA KEGUGURAN       Ramai yang mengalami keguguran terutama di awal kehamilan.  Keguguran sebenarnya kehilangan (tidak bernyawa) janin dalam rahem sebelum mencapai usia kehamilan 22 minggu.  Dianggarkan sebanyak 20% dari kehamilan akan mengalami keguguran, dan 80% keguguran itu berlaku sebelum mencapai usia kehamilan 12 minggu. Jadi maknanya setiap wanita yang hamil akan mempunyai risiko untuk keguguran. Bagi wanita yang pernah mengalami keguguran, risiko untuk mengalami keguguran seterusnya ialah 25%.  Risiko ini akan meningkat sekiranya jika pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali.  Bagi wanita yang hamil, saya cadangkan banyakkan berdoa semoga kehamilan mereka dipermudahkan. Jaga pemakanan, minum air dan tidur secukupnya, lakukan amalan agama (dapat membantu mendapatkan ketenangan jiwa) dan lakukan pemeriksaan doktor mengikut tarikh yang ditetapkan. Bagi mereka yang keguguran, saya cadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah (setelah mendapat pemeriksaan ... Read More »

punca keguguran berulang

PUNCA KEGUGURAN BERULANG   “Salam dokter, saya mengalami keguguran setiap kali saya hamil. Saya keguguran selama 3 kali dan kali terakhir pada Jan 2014. Semua kehamilan saya semua pada awal kehamilan Antara 8-12 minggu. Apakah punca keguguran seperti ini ? Mohon pencerahan.”   WALALAIKUM MUS SALAM   Keguguran di awal kehamilan sering berlaku pada wanita yang hamil, dan ia bukanlah suatu hal yang merisaukan. Tetapi keguguran berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut, maka ia adalah suatu yang tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai ‘habitual miscarriage’.   Selalunya doctor akan melakukan pemeriksaa dan ujian yang detail bagi mengetahui punca keguguran berulang. Walau bagaimana pun tidak semua punca kegiguran dapat dikenalpasti dengan pemeriksaan yang dilakukan.   Kebiasaannya punca keguguran di awal kehamilan ialah akibat “janin yang lemah”, ini bermakna janin itu mempunyai masalah ... Read More »

kenapa ubat selsema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak?

UBAT SELSEMA DAN BATUK UNTUK KANAK-KANAK       “Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur lingkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih elsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pemberian ubat selsema bergantung kpd pemeriksaan doktor. Secara amnya memang ada garis panduan yang tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun diberikan ubat antihistamin (untuk batuk dan selsema).   Ini kerana ada kes di mana kanak-kanak yg mendapat ubat-ubat ini mengalami kesan ... Read More »

kesan ubat turun darah pada bayi dalam rahem

KESAN UBAT TURUN DARAH PADA JANIN/BAYI YANG DALAM RAHEM “Salam doktor maaf saya bertanya, kalau saya ada makan ubat turun haid iaitu sunolut tetapi masih tidak datang haid. Bila saya cek UPT, rupanya saya hamil. Adakah merbahaya kepada kandungan saya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak pernah menggalakkan wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu untuk ambil Sunolut.   Sonulut biasanya diberikan kepada wanita yang tidak datang haid, agar darah haid dapat dikeluarkan. Oleh itu ia dikenali sebagai “ubat turun haid”.   Saya percaya sonolut menyebabkan kitaran haid menjadi lebih teruk kerana ‘gangguan’ hormon sintetik ini.   Sunolut adalah adalah hormon progestrone sintetik dalam bentuk norethisterone.   Jika puan sedang hamil janin perempuan, pengambilan dos yang tinggi boleh menyebabkan jika janin puan mengalami kesan ‘kelelakian’.   Namun ... Read More »

Pemeriksaan kromosom bagi keguguran berulang

PEMERIKSAAN KROMOSOM DAN DNA BAGI KEGUGURAN BERULANG “Assalamualaikum doctor, saya telah mengalami keguguran sebannyak 5 kali dalam usia kehamilan 10 minggu ke bawah. Semua keguguran saya disebabkan janin tidak membesar mengikut usianya. Saya sudah berjumpa doktor pakar dan diberitahu tiada mempunyai masalah. Doktor ingin membuat ujian kromosom tetapi saya belum bersedia. Adakah saya masih berpeluang untuk hamil dan tidak mengalami keguguran lagi. Terima kasih doktor.”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya ucapkan takziah atas dugaan yang puan hadapi. Semoga ALLAH berikan kesabaran pada puan dan memberikan ganjaran yang terbaik (syurga) atas kesabaran puan.     Keguguran sebanyak 5 kali adalah satu fenomena kehamilan yang tidak normal. Pasti ada punca keguguran sebegitu. Ia dikenali sebagai keguguran di awal kehamilan (Early preganancy loss). Ia  ditakrifkan apabila seorang wanita tidak lagi ... Read More »

Onani tidak berbahaya?

ONANI ATAU MELANCAP TIDAK BERBAHAYA?   Saya membaca satu blog. Admin blog yang mengikuti satu seminar kesihatan, memetik jawapan dari sebuah soalan yang ditanya oleh peserta seminar. Peserta itu bertanyakan tentang kesan beronani secara berlebihan, adakah aktiviti yang dilakukan itu boleh menjejaskan kesihatan.   Pakar perubatan memberitahu bahawa beronani itu wajar dan normal kerana dalam satu kajian, didapati antara 70-90% orang lelaki melakukan onani.   Saya berpendapat bahawa beronani bukanlah amalan yang sihat dan bukannya amalan yang normal. Orang yang mengalami ketagihan onani harus mencuba menghentikan amalan ini kerana ia memberikan kesan jangkamasa panjang di mana kepuasan seksual HANYA didapati dari tangan, bukan lagi hubungan intim dengan isteri. Dan kebanyakan lelaki yang beronani akan mengalami masalah ketegangan alat kelamin dan mati pucuk selepas 10-15 tahun.   Bayangkan jika mula mengalami ketagihan ... Read More »

Adakah ultrasound bahaya pada bayi saya?

ADAKAH PEMERIKSAAN ULTRASOUND UNTUK KEHAMILAN SELAMAT? “Salam. Saya selalu ke klinik untuk membuat pemeriksaan untuk kehamilan saya. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound, setiap kali saya ke sana. Adakah pemeriksaan ultrasound itu bahaya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pemeriksaan ultrasound telah digunakan dalam pemeriksaan ibu hamil beberapa dekad, dan sehingga tiada bukti yang mendapati pemeriksaan ini boleh menyebabkan kecacatan atau komplikasi kehamilan. Banyak kajian yang menunjukkan pemeriksaan ultrasound boleh menyebabkan pertambahan atau pengurang berat badan, kanser pada kanak-kanak, masalah disleksia atau pendengaran. Secara peribadi saya berpendapat pemeriksaan ultrasound harus dilakukan oleh seorang doktor yang berpengalaman dan menggunakan mesin ultrasound yang baik. Ini kerana tidak semua doktor dapat melakukan pemeriksaan dengan baik, terutamanya dalam kes yang agak kompleks, apatalah lagi jika menggunakan mesin ultrasound yang “ketinggalan zaman”. Ini akan mendatangkan kekeliruan pada ... Read More »

Bolehkah ovarian cyst menjadi kanser?

ADAKAH CYST SAYA BOLEH BERTUKAR MENJADI KANSER? “Salam, doktor. Saya berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya telah menjalani pemeriksaan pada bahagian pelvis, ujian darah dan juga imbasan ultrabunyi (ultrasound) abdomen. Doktor memberitahu yang saya mempunyai ovarian cyst. Adakah cyst ini bahaya ? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Puan jangan terlalu bimbang. Ovarian cyst atau bahasa kita disebut sista pada ovari adalah gelembung yang mengandungi cecair pada kilang ovari. Ramai yang menyangka ia adalah kanser ovari. Sebenarnya tidak. Kebanyakan ovarian cyst ini bukanlah ketumbuhan kanser. Berita yang menggembirakan hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada ovarian cyst memerlukan rawatan kerana tidak hilang dengan sendirinya. Malahan, terdapat beberapa kes terpencil yang telah berlaku ovarian cyst boleh bertukar menjadi kanser. Biasanya ... Read More »

Adakah normal mengalami keputihan semasa hamil?

KEPUTIHAN SEMASA HAMIL     “Adakah normal mempunyai keputihan yang berlebihan semasa hamil?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Wanita yang hamil, apabila mengalami keputihan yang berlebihan, ia adalah suatu yang biasa dan normal. Selalunya sebelum hamil, wanita kerap mengalami lendiran yang berwarna jernih dan tidak berbau. Adakalanya akan kental seperti susu basi dan mempunyai sedikit bau. Ia adalah sesuatu yang biasa, selagi tidak menyebabkan kegatalan. Keputihan ini semakin banyak apabila mereka hamil, kerana semasa hamil terdapat peningkatan pengeluaran estrogen dan aliran darah ke kawasan faraj lebih banyak. Lendiran ini sebenarnya rembesan dari kelenjar di pangkal rahim dan faraj, dan terdiri juga dari sel-sel yang telah mati dari dinding faraj, dan bakteria normal dari faraj. Biasanya ia lebih banyak apbila menghampiri waktu melahirkan anak, terutama apabila usia kehamilan menghampiri 36 minggu. ... Read More »

Gemuk akibat antibiotik yang berulang

ANTIBIOTIK MENYEBABKAN KEGEMUKAN PADA KANAK-KANAK   Kanak-kanak yang sering diberi ubat antibiotik yang berulang-ulang , mempunyai risiko  untuk menjadi gemuk, menurut saintis Amerika Syarikat.   Dalam penerbitan sebuah journal perubatan terkenal,  The JAMA Pediatrics melaporkan  kanak-kanak yang diberikan ubat antibiotic lebih empat kali pada usia 2 tahun mempunyai risiko 10% yang lebih lebih tinggi untuk menjadi gemuk.   Tetapi para saintis memberi tahu tidak semestinya kanak-kanak yang diberikan antibiotik akan menjadi gemuk. Hanya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Jadi tidak perlu risau memberikan kanak-kanak  yang sakit ubat antibiotic, jika keadaannya memerlukan ubat tersebut.   Pemberian ubat antibiotic yang berulang ini hanya berlaku apabila ibubapa memberikan ubat tersebut tanpa mendapat pandangan doctor.   Saintis Amerika Syarikat dari Universiti Pennsylvania mengkaji rekod kesihatan lebih daripada 64,500 kanak-kanak Amerika antara 2001 dan 2013. ... Read More »

Pendarahan ketika 28 minggu kehamilan

PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam, doktor. Saya sedang hamil 28 minggu. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya perasan ada pendarahan dari faraj?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan sebaiknya buat pemeriksaan segera, walaupun pendarahan telah berhenti. Walaupun ia mungkin pendarahan yang sedikit, ia boleh menjadi tanda masalah yang serius.   Ramai wanita yang hamil agak keliru dengan pendarahan yang mereka alami, kerana menyangka bahawa mereka sedang mengalami haid. Darah yang keluar, sama seperti darah haid, sama ada berwarna merah jambu ke merah darah ke coklat. Perbezaannya ialah darah haid adalah darah yang normal keluar setiap bulan, akibat perubahan hormone. Pendarahan semasa hamil pula adalah darah yang disebabkan komplikasi semasa kehamilan dan ia bukanlah normal bagi wanita yang hamil. Ia mungkin tanda yang berbahaya bagi bayi dalam rahem.   ... Read More »

Sel darah merah, Hb rendah

SEL DARAH MERAH YANG SEDIKIT, HB RENDAH “Salam, doktor saya ingin bertanya pendapat dr. mengenai HB sy..pe mknn & minumn yg perlu utk sy naikkn hb tu..nk tahu juga supplement apa yg perlu sy ambil. Dr.skrg sy berasa sukar bernafas,pening n krg selera mkn..bacaan camni biasa/serius…dr klinik bg sy ubt tmbh drh”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tanda sukar bernafas, pening dan kurang selera adalah tanda puan mengalami kekurangan sel darah merah yang serius. Selalunya doktor akan memasukkan darah bagi menampung kekurangan darah merah dan membekalkan ubat untuk puan.   Walau bagaimana pun, apa yang penting, doktor akan menyiasat punca kekuarangan sel darah merah puan. Jika tidak ia akan berulang.   wallahu a’lam   IKLAN   Bagi lelaki yang sering mengalami sering keletihan, sering mengantuk, tiada stamina dan mudah ... Read More »

Bahaya antibiotik dalam daging ayam

ANTIBIOTIK DALAM DAGING DAN TELUR AYAM Baru-baru ini kecoh tentang berlakunya keracunan yang disebabkan antibiotik pada haiwan ternakan. Benarkah kesan sampingan ubat-ubatan yang digunakan bagi haiwan ternakan boleh terbawa ke dalam kitaran makanan manusia dan seterusnya memudaratkan kita?   Memang benar bahawa ubat-ubatan yang digunakan untuk haiwan boleh memberi kesan sampingan terhadap manusia. Bakteria yang sekian lama menjadi musuh manusia juga mampu menyerang haiwan ternakan. Oleh kerana haiwan ternakan sering hidup dalam kumpulan yang besar, maka serangan bakteria boleh menyebabkan keseluruhan kelompok terdedah kepada bahaya penyakit. Ini boleh memberi inplikasi buruk terhadap industri ternakan. Penyakit seperti radang kelenjar susu, radang usus kecil dan radang paru-paru mudah merebak. Jadi penggunaan antibiotik amat penting bagi mengawal penyakit-penyakit ini. Selain daripada itu, antibiotik telah lama digunakan sebagai perangsang pertumbuhan.   Antibiotik dalam dos yang rendah sering dicampurkan ... Read More »

Risiko bius pengsan untuk pembedahan di kalangan kanak-kanak/bayi

RISIKO BIUS PENGSAN UNTUK PEMBEDAHAN DI KALANGAN KANAK-KANAK/BAYI   “Salam doctor. Anak saya berusia 8 tahun akan menjalani pembedahan pembuangan tonsil. Doktor beritahu anak saya akan diberikan bius pengsan. Adakah ia akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan anak saya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya memahami perasaan puan, kerana sebagai ibubapa tentu merasa resah apabila melihat anak mereka akan menjalani pembedahan.   Oleh kerana bayi dan kanak-kanak mempunyai tubuh yang kecil, maka ubat bius yang akan diberikan mengikut nisbah berat badan mereka.  Oleh itu sebelum melakukan apa-apa pembedahan, doctor akan memeriksa bayi dan kanak-kanak ini bagi meneliti sejarah kesihatan mereka dahulu.   Risiko untuk mendapat kemudaratan bius pengsan (general anaesthesia) untuk pembedahan bagi kanak-kanak/bayi adalah rendah.  Cuma kesan sampingan yang ringan, mungkin berlaku, itu pun ... Read More »

Coca-cola pernah menyebabkan wabak gejala penyakit yang tidak diketahui

        “Apa yang sedapnya minum Coca-cola?”   Tanya saya kepada seorang rakan yang sering kali memesan air tersebut apabila kami berjumpa di kedai mamak.   “Entahlah, rasa seperti mendapat kelegaan apabila minum coke. Doc, you tak pernah minum ke?”   “Dulu pernah minum, tapi dah taubat. Nak jaga kesihatan.” Saya jawab selamba.   “Ala doc, ada Diet Coke.. tak ada kalori”   Saya hanya tersengih. Malas menerangkan pada orang yang tidak berminat.   Saya pernah membaca satu penulisan di hournal perubatan terkenal, British Medical Journal dan Lancet yang melaporkan pada 8 June 1999, seramai I26 remaja perempuan dari sebuah sekolah mengalami rasa loya, sakit kepala, berdebar-debar, perut meragam dan keletihan melampau setelah minum minuman Coca-cola.   Mereka dibawa ke hospital dan 18 orang telah ditahan wad. Dua ... Read More »

Luka Pembedhan Ceserean lebih baik dijahit dari dikokot (staples).

  “Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya berbincang dengan doctor sakit puan saya dan dia memberikan saya pilihan sama ada mahu menjahit luka Ceserean menggunakan jahitan biasa atau pun kokot staple. Mengikut pengetahuan dan pengalaman doctor, mana yang lebih baik. Mohon penverahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Di Malaysia, luka ceserean ketika mengeluarkan anak dari rahem selalunya ditutup dengan dua cara. Cara pertama menggunakan jahitan biasa dan satu lagi menggunakan kokot (staple).   Penggunaan kokot semakin popular di kalangan doctor kerana ia lebih cepat dan kosnya lebih murah. Dianggarkan bahawa menutup luka menggunakan kokot, paling kurang lebih cepat 10 minit berbanding dengan menjahit secara biasa. Walaupun cepat hanya 10 minit, namun dalam pembedahan perbezaan ini sangat besar maknanya.   Walau bagaimana pun dalam satu artikel yang diterbitkan ... Read More »

Bahaya bayam menyebabkan batu dalam ginjal?

  Baru-baru tersebar dalam internet bahawa bayam (pinach) tidak boleh dimakan kerana memudaratkan. Mulanya saya ingatkan ianya hanya gurau, namun penulis blog itu beria-ia mengatakan ia sangat berbahaya kepada kesihatan, terutamanya boleh menyebabkan batu pada ginjal.   Saya pun cuba mencari profile penulis, manalah tahu penulis blog adalah seorang pakar pemakanan dan isu yang dibawa adalah penemuan terbaru yang diambil dari mana-mana journal pemakanan atau kesihatan.   Rupanya penulis hanya menggunakan samaran saja dan tiada rujukan sahih. Saya percaya ianya hanyalah kutipan sampah “copy and paste” saja.   Jika benar bayam sangat berbahaya, sudah tentu ia menjadi punca keracunan yang diketahui kerana bayam adalah antara sayuran yang banyak digunakan oleh masyarakat Melayu dalam hidangan masakan mereka.   Oxalic acid adalah bahan semula jadi yang ada dalam sayur-sayuran hijau, kacang, soya, ... Read More »

Penjelasan Terhadap Keraguan Suntikan Vaksin (Imunisasi)

  KENYATAAN AKHBAR BERSAMA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa. 2. Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh Kerajaan sejak tahun 1950an. Imunisasi bertujuan untuk ... Read More »

Vaksin disahkan selamat dan berkesan?

  Banyak kajian telah mengesahkan bahawa vaksin yang biasa digunakan untuk meninggikan daya tahan kanak-kanak di Amerika Syarikat adalah selamat, malah berkesan dalam mencegah banyak penyakit yang boleh mengancam nyawa.   Tetapi oleh kerana telah banyak informasi yang mengelirukan mengenai risiko vaksin ini, dan sebenarnya bahaya sebenar apabila ibubapa enggan untuk menghantar anak mereka untuk diberikan suntikan vaksin, maka sekumpulan pengkaji telah mengambil keputusan untuk meneliti semula secara sistematik semua kajian yang telah dijalankan dan yang telah diterbitkan dalam journal-journal perubatan.   Mereka mendapati dan membuat kesimpulan bahawa pemberian suntikan vaksin adalah selamat malah berkesan.   Para penyelidik itu mengkaji sebanyak 20, 478 kajian saintifik yang telah diterbitkan, termasuk vaksin seperti DTaP (difteria, tetanus dan pertusis), hepatitis A, hepatitis B, influenza, meningitis, MMR (campak, beguk dan rubela), varicella dan vaksin ... Read More »

Vitamin C dan Udang boleh bawa maut?

  Ramai orang yang menyebarkan kononnya “ orang yang memakan udang dan vitamin C boleh membawa maut kerana ia akan menyebabkan terjadinya racun dalam tubuh sehingga menyebabkan keluar darah darah hidung, telinga dan mata”   Baru-baru ini seorang arakn menelefon bertanyakan hal yang sama. Saya hanya memberitahu ia adalah kongsian dalam facebook dan blog. Belum tentu sahih. Penulis artikel ini juga tidak diketahui.   Di akhir perbualan rakan saya memberitahu, “sebab saya biasa makan makanan laut terutamanya udang yang diperah bersama jus lemon. Tapi tiada apa yang berlaku pun.. Masih hidup..!”   Saya tersenyum.   Bila saya semak artikel itu rupanya ia disertakan dengan gambar seorang wanita yang terbaring di lantai/jalan raya mati dengan darah yang banyak keluar dari mata, telinga, hidung dan mulut kononnya disebabkan oleh keracunan arsenik.   ... Read More »

Demam yang lambat sembuh

  “Salam dr. Ibu saya sedang demam dan sudah dibawa untuk pemeriksaan doctor. Beliau telah mengambil ubat yang telah diberikan. Pada mulanya, demamnya macam sudah kebah tetapi kemudian panas semula. Semalam dan pagi ini suhu badan dia kadang kala sejuk kadang kala menjadi panas. Adakah normal? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Demam yang berulang adalah sesuatu yang bukan normal. Selagi belum belum mendapat kesembuhan, selagi itu ubat perlu diberikan.   Namun begitu ubat yang diberikan hanyalah asbab untuk kesembuhan. Kena yakin bahawa ALLAH yang menyembuhkan. Namun ALLAH meminta kita berusaha mendapat kesembuhan tanpa mengurangkan keyakinan kepadaNYA.   Abu Daud mentakhrîjkan daripada Usamah bin Syuraik: Maksudnya: “Bahawa segolongan orang Arab kampung bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah boleh kami berubat?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Berubatlah kamu, kerana Allah Ta‘ala ... Read More »

Mudharat dan bahaya tidak mengeluarkan IUCD dari rahem

    “Assalamu’alaikum Dr Zubaidi. Saya pernah masukkan IUD pada tahun 2008 tujuannya untuk family planning. Tapi sampai sekarang saya masih pakai IUD tu. Ada effect tak? Sebab Doktor tu kata boleh pakai cuma 3 tahun. Ni dah nak masuk 6 tahun. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Selalunya doktor akan memberitahu jangka hayat IUCD yang digunakan.  Selalunya antara 3-5 tahun.   Saya mencadangkan puan mengeluarkannya bergantung kepada tempuh hayat IUCD yang digunakan.   Jika puan menyimpan terlalu lama, ia boleh mendatangkan mudharat.   IUCD yang lama tidak mencegah puan dari hamil. Ini bermakna puan boleh hamil dengan IUCD berada di dalam rahem puan. Puan boleh mengalami keguguran.   IUCD yang lama juga boleh mengundang jangkitan pada rahem.   IUCD yang lama juga mudah patah dan jika bahagian ... Read More »

Dimarahi kerana kehamilan kembar

  “Assalamu alaikum dokter, saya baru-baru ini disahkan kehamilan kembar dan usia kehamilan saya ialah 20 minggu. Akibat kesibukan bekerja sebagai operator di sebuah kilang (majikan saya tidak menggalakkan saya kerap keluar dari kilang untuk ke klinik) maka saya terlepas beberapa tarikh pemeriksaan antenatal.   Malangnya saya pula dimarahi oleh jururawat dan bidak di Klinik Ibu dan Anak. Mereka mengatakan bahawa saya menémpah bahaya kerana gagal datang pada tarikh yang ditetapkan.   Adakah “menempah bahaya” disebabkan saya hamil kembar? Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya memahami dan bersimpati dengan masalah. Saya juga tidak bersetuju dengan cara majikan puan melayan puan sebagai pekerja, dengan tidak membenarkan puan menjalani pemeriksaan prenatal terutama ketika puan sedang hamil kembar.   Ini kerana semua kehamilan kembar adalah kehamilan yang berisiko ... Read More »

Aspartame Berbahaya?

  “Salam, doctor. Saya ingin bertanya adakah aspartame yang terdapat dalam pemanis tiruan itu boleh menyebabkan kanser otak seperti mana tuduhan dalam internet?”   Wa alaikum mus salam.   Isu ini telah dijawab oleh satu badan berkuasa yang menjaga keselamtan produk pemakanan dan ubat di Amerika Syarikat, FDA USA. Mereka telah yang telah menubuhkan Lembaga Siasatan Awam pada tahun 1980 bagi memeriksa dakwaan ini dan mendapati bahawa aspartame tidak menyebabkan kerosakan otak. Rujuk : Testimony of Dr. Adrian Gross, Former FDA Investigator to the U.S. Senate Committee on Labor and Human Resources, 3 November 1987. Hearing title: “NutraSweet Health and Safety Concerns.” Document # Y 4.L 11/4:S.HR6.100, page 430–439.   Jawapan mereka disokong oleh banyak lagi kajian mendapati tiada hubungan antara aspartame dan mana-mana kanser. Rujuk: Butchko, H; Stargel, WW; ... Read More »

Bahayakah Pemanis Tiruan?

    “Salam doctor, saya ada soalan berkenaan dengan pemanis tiruan, memandangkan saya sedang berdiet, jadi saya cuba mengelak gula dalam keperluan tubuh saya, tetapi pada masa yg sama saya menggantikan pemanis tiruan brand equal dalam minuman saya. Adakah pemanis ini akan memberi apa-apa kesan dalam tubuh saya sekiranya saya mengambilnya 1 sacshet sehari bagi menggantikan gula? mohon pencerahan. terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Equal adalah jenama pemanis tiruan mengandungi aspartame, dekstrosa dan maltodekstrin. Ia digunakan untuk mendapatkan rasa manis dalam minuman dan makanan tanpa mendapat kalori.   Isu tentang sama ada aspartame adalah bahan yang berbahaya atau tidak, telah menjadi perbincangan hebat semenjak tahun 1990an lagi.   Aspartame adalah bahan utama dalam pemanis tiruan, kira-kira 200 kali lebih manis daripada sukrosa, atau gula biasa. Oleh ini, aspartame ... Read More »

Produk herba kuat seks dirampas

  KUALA LUMPUR 31 Julai – Berselindung di sebalik kandungan herba asli dari Brazil yang kononnya boleh meningkatkan kemampuan seks golongan lelaki, satu produk kesihatan dikesan boleh mendatangkan bahaya kerana mengandungi racun berjadual. Susulan itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hari ini menyerbu sebuah premis di Jalan Sarikei di sini dan merampas tujuh kotak produk tersebut yang dianggarkan bernilai RM840. Ketua Unit Perhubungan Media Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil ujian makmal yang dijalankan sebelum ini, produk yang dirampas itu dikesan mempunyai racun berjadual serta boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna. “Produk itu mengandungi sildenefil iaitu sejenis racun berjadual yang memerlukan preskripsi doktor bagi pengambilannya yang biasanya digunakan oleh pesakit tekanan melampau. “Kesan daripada pengambilan bahan itu boleh menyebabkan penggunanya mati secara mengejut,” katanya selepas menyertai operasi itu. Menurut Kamarul Azhar, serbuan ... Read More »

Scroll To Top