Advertorial
Home » Tag Archives: bahaya rokok

Tag Archives: bahaya rokok

Perokok boleh menyebabkan anak lelakinya mandul

   “Doktor mengapa saya mengalami masalah kesuburan?” seorang rakan FB menulis mesej dalam ruangan chatting  di facebook.   “Masalah yang bagaimana ..?”   “Saya telah berkahwin selama lima tahun, belum lagi mendapat cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan airmani bagi  mengetahui sama ada punca masalah ini, adakah berpunca  dari saya..”   “Saya terkejut apabila saya diberitahu bahawa air mani saya tidak berkualiti. Saya buat pemeriksaan semula dan mendapati hal yang sama..”   “Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan..”   (saya ada menulis tentang kualiti airmani di http://drzubaidi.com/blog/?p=3536)   “Saya bersimpati dengan masalah saudara. Jadi saudara sudah mendapatkan rawatan..?” Tanya saya.   “Saya diberitahu oleh doctor ... Read More »

Kaitan migraine dan stroke

Kaitan migraine dan stroke   Saya diberitahu oleh seorang rakan bahawa terdapat berita yang mengatakan bahawa kebarangkalian orang yang menghidap migraine untuk diserang stroke,  dua kali ganda lebih tinggi dari orang yang tidak mengalami migraine. Hal ini berlaku terutamanya di kalangan wanita.   Berita yang dikeluarkan oleh Reuters Health pada 2 Jun 2010 ini mengejutkan ramai pesakit migraine terutamanya wanita.  Ia dilapor memetik satu artikel dalam journal terkenal American Journal of Medicine. Walau bagaimana pun saya cuba mencari pautan journal tersebut tetapi gagal. Pautannya terputus.   Sebelum ini banyak kebimbangan yang disuarakan oleh masyarakat perubatan mengenai kemungkinan pesakit migraine diserang stroke.   Dalam satu artikel yang diterbitkan di British Medical Journal (BMJ), mendapati bahawa migraine mungkin menyumbangkan risiko serangan stroke.  Penulis artikel itu memberitahu bahawa perbandingan wanita yang berumur 45 ... Read More »

Menghisap ‘rokok elektrik’ adalah amalan sia-sia

  Walaupun setelah sekian lama Kementerian Kesihatan Malaysia cuba mendidik rakyat Malaysia tentang bahaya merokok, namun kempen ini tidak memberikan kesan yang besar. Ramai perokok berusaha menghentikan tabiat merokok kerana harganya semakin mahal, bukan kerana bimbangkan kesihatan mereka terjejas akibat merokok. Tidak hairanlah ramai di antara perokok tegar yang cuba menukarkan tabiat menghisap rokok menggunakan ‘rokok tanpa asap’. Jadi ketika menghisap rokok ini, perokok mempunyai dua niat. Sama ada mahu mengurangkan tabiat merokok atau hanya mahu mengurangkan kos merokok, tetapi masih mahu meneruskan amalan merokok. Idea untuk mencipta ‘rokok elektrik’ (e-rokok) bermula pada tahun 1963 oleh Herbert A. Gilbert. Namun kerana kekangan teknologi ketika itu, ideanya tidak dapat dijadikan kenyataan. Pada tahun 2003 seorang ahli farmasi di China, Hon Lik telah memperkenalkan idea ini semula dan berjaya menjualnya di pasaran ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!