Advertorial
Home » Tag Archives: baby

Tag Archives: baby

Anak muntah selepas diberikan ubat.. Perlukah diberikan semula?

  “Salam doc, anak saya demam. Dia berumur 8 tahun. Saya baru saja memberikan dia makan ubat demam dan antibiotic. Tidak sampai 5 min dia muntah semula. Perlukah saya beri makan semula ubat tadi tu, atau kena tunggu lama sikit baru beri semula, ataupun tak perlu beri kena tunggu next schedule baru makan ubat semula? terima kasih doctor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai kanak-kanak yang agak sukar mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotic. Ada pula yang muntah setelah diberikan ubat.   Selalunya muntah begini disebabkan lendiran pada tekak dan saluran pernafasan, atau punperut mereka punuh dengan gas (angin)   Jangan risau, Jika anak kecil puan muntah dengan serta-merta selepas puan memberinya antibiotic,  atau selepas 15 minit ubat diberikan, puan boleh memberinya satu lagi dos penuh.   Wallahu a’lam. Read More »

Mahu hamil tetapi saluran fallopian tersumbat

  “Akum Dr..sy nk minta pendapat dr.Sya dh 5thun kwin tp xde rezeki lg..thun lps sya opret buang cyst…tp kputusan tiub folopio sy tersumbt..ade x cara ln utk sya mengandung??”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mencadangkan suami puan membuat pemeriksaan air mani dulu. Jika normal, maka boleh lakukan teknik IVF.   Boleh bincang dengan doktor yang merawat puan.   Jika kualiti sperma suami rendah, boleh gunakan suplemen Proxeed Plus untuk meningkatkan kualiti sperma suami.   Jika tidak, walaupun telah melakukan teknik IVF, keguguran boleh berlaku.   Untuk info Proxeed Plus di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia   wallahu a’lam. Read More »

Bayi baru lahir Susu ibu tidak cukup

  “Assalam mu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak beberapa minggu yang lepas. Saya tinggal di perantauan di KL bersama suami. Ibubapa saya berada di Sabah. Saya terpaksa menguruskan diri dan anak sendirian tanpa pengetahuan. Saya mendapati anak saya tidak mahu menyusu dengan baik. Dia menysusu sebentar dan mudah kenyang. Berat badan pun semakin menyusut. Banyak nasihat yang saya dengar. Adakah saya sudah tidak mempunyai susu yang cukup. Mohon nasihat doctor”   Wa alaikum mus salam.   Ramai dari ibubapa yang sering keliru apabila menerima nasihat yang salah dari teman-teman mengenai perkembangan anak mereka.   Nasihat yang diberikan bukanlah atas fakta yang betul, tetapi hanyalah berdsarkan logik dan pengalaman yang mereka timba sepanjang perjalanan hidup.   Saya menasihatkan puan agar memeriksa setiap nasihat yang diterima dengan doktor yang merawat anak ... Read More »

Bolehkah saya memberikan garam pada bayi saya?

    “Assalamu alaikum, baru-baru ini ibu saya mencadangkan kepada saya agar memberikan sedikit ‘garam bukit’ kepada bayi saya yang berumur satu tahun kerana katanya ia adalah cara untuk mengelakkan gangguan jin dan memberikan tenaga untuk bayi saya. Saya keliru, bolehkan bayi saya diberikan sedikit garam pada bayi saya?”     Wa alaikum mus salam.   Saya berpendapat bahawa memberikan sebarang jenis garam pada bayi, terutama berumur satu tahun ke bawah boleh membahayakan kesihatan malah nyawa bayi puan.     Ini kerana bayi puan masih yang kecil. Organ penghadaman mereka masih tidak matang dan  masih tidak berfungsi dengan sempurna. Bayi hanya memerlukan kuantiti garam yang kecil dalam makanan atau minuman mereka.     Bayi yang berumur setahun seperti anak puan hanya memerlukan kurang dari 1g (0.4g sodium) sehari.   Sebagai ... Read More »

Najis anak saya normal ?

      “Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai anak lelaki berumur satu  tahun. Masalahnya setiap kali anak saya membuang air besar saya dapati najis anak saya berwarna coklat kehitaman. Sebelum ini najisnya berwarna kekuningan. Ini membuatkan saya risau”    Wa alaikum mus salam.   Saya berharap puan tidak terlalu risau dengan warna najis anak puan dan harus lebih memantau keadaan kesihatan anak puan secara keseluruhan.   Kebiasaannya jika anak puan boleh mengeluarkan najis berwarna coklat, hijau atau kuning gelap, ia adalah normal.   Tidak perlu puan risaukan. Warna najis bergantung kepada makanan yang diberikan kepadanya.   Walau bagaimana pun jika anak puan mengeluarkan warna merah, hitam dan warna kuning pucat, ia mungkin menandakan anak puan mengalami masalah.   Najis berwarna merah mungkin menandakan anak puan mengalami radang dalam usus besar. ... Read More »

Meningkatkan berat badan bayi

    “Salam doctor, saya mempunyai seorang bayi baru berumur 3 bulan. Masalanya bayi saya mengalami berat badan. Semasa dilahirkan berat bayi saya hanya 2.84kg, selepas berumur sebulan beratnya naik 3.8kg, kemudian ketika berumur 2 bulan, berat bayi saya meningkat kepada 4.1kg saja. Hanya meningkat 300gm saja. Sekarang bayi saya berumur 3 bulan dan beratnya hanyar 4.4 kg saja. Mohon pendapat doctor untuk penambahan berat badan anak saya” Wa alaikum mus salam. Untuk pengetahuan puan, kebiasaannya bayi akan mengalami pengurangan berat badan pada beberapa hari selepas dilahirkan. Kemudian bayi akan mengalami penambahan berat badan yang secara perlahan-lahan. Secara pengiraan mudah, berat badan seorang bayi akan meningkat 2 kali ganda berat dari berat badannya selepas dilahirkan apabila mencapai umur umur 5-6 bulan, dan kemudian meningkat kepada 3 kali ganda apabila meningkat ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!