KENYATAAN AKHBAR BERSAMA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya …
Read More »Tag Archives: autism
Vaksin disahkan selamat dan berkesan?
Banyak kajian telah mengesahkan bahawa vaksin yang biasa digunakan untuk meninggikan daya tahan kanak-kanak di Amerika Syarikat adalah selamat, malah berkesan dalam mencegah banyak penyakit yang boleh mengancam nyawa. Tetapi oleh kerana telah banyak informasi yang mengelirukan mengenai risiko vaksin ini, dan sebenarnya bahaya sebenar apabila ibubapa enggan untuk menghantar anak mereka untuk diberikan suntikan vaksin, maka sekumpulan pengkaji telah mengambil keputusan untuk meneliti semula secara sistematik semua kajian yang telah dijalankan dan yang telah diterbitkan dalam journal-journal perubatan. Mereka mendapati dan membuat kesimpulan bahawa pemberian suntikan vaksin adalah selamat malah berkesan. Para penyelidik itu mengkaji …
Read More »Bahaya Bau Petrol pada Wanita Hamil
Wanita hamil yang kerap terdedah dengan pencemaran udara tahap tinggi mempunyai kemungkinan dua kali ganda untuk mendapat anak yang mengalami autism. Banyak kajian saintifik mendapati wanita yang terdedah kepada bau dari minyak petrol yang mengandungi plumbum di udara mempunyai kemungkinan dua kali ganda untuk mempunyai anak yang menghadapi masalah autism. Selain itu ia boleh menyebabkan keguguran di kalangan wanita yang hamil pada awal usia kehamilan. (rujuk: Golub, Mari S., ed. (2005). “Summary”. Metals, fertility, and reproductive toxicity. Boca Raton, Fla.: Taylor and Francis. p. 153. ISBN 978-0-415-70040-5). Selain dari petrol, saya nasihatkan juga wanita yang hamil supaya mengelakkan aktiviti yang …
Read More »Adakah sudah terlambat ambil vaksin ?
“Salam anak saya sudah berusia 20 bulan dan belum pernah divaksin kecuali BCG dan Hep B selepas dilahirkan. Ini kerana saya ragu-ragu dengan kesan sampingan vaksin. Baru-baru ini saya mendapat tahun anak saudara saya teruk diserang measles kerana tidak pernah disuntik vaksin dan telah dimasukkan dalam hospital beberapa hari. Doktor telah mengatakan ada jangkitan kuman pada paru-paru beliau. Saya menjadi risau ingin memberikan semula vaksin pada anak saya. Bolehkah saya melakukannya sekarang ?” Imunisasi adalah langkah pencegahan yang sangat penting untuk kanak-kanak, kerana dapat melindungi mereka daripada penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya. Ramai kanak-kanak yang tidak diberi vaksin …
Read More »MENGENAL TANDA MASALAH AUTISM
Saya pernah mendapat email dari seorang bapa yang keliru dengan keadaan anaknya. Anaknya memasuki usia 2 tahun, namun belum dapat bertutur/bercakap dengan baik seperti kanak-kanak seusianya. Jika berada dalam suasana orang ramai anak beliau tidak begitu mesra dan lebih suka bermain sendirian. Beliau tidak pasti sama ada anak beliau mengalami masalah autism dan mahukan kepastian. Saya bersimpati dengan masalah yang beliau hadapi. Saya kagum dengan kesabaran beliau menghadapi ujian yang ALLAH berikan ini. Semua ujian yang diberikan adalah sebagai ujian keimanan kita, siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya. Agak terlalu sukar untuk mendiagnosa kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke bawah, …
Read More »Selamatkah Vaksin Untuk Bayi Kita?
Saya menyedari ramai ibubapa yang agak khuatir untuk memberikan suntikan vaksin kepada bayi mereka. Ini kerana mereka membaca berita-berita dari internet mengenai bahaya vaksin, padahal berita-berita ini diberitahu oleh orang yang tidak ada ilmu perubatan dan kebanyakan hujah yang diberikan adalah tidak benar. Malah ada di kalangan kita yang menuduh bahawa program vaksin yang diberikan adalah konspirasi jahat untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia. Kononnya dengan pemberian vaksin ini akan menyebabkan umat Islam menjadi mudah diserang penyakit. Saya sebenarnya tidak faham bagaimana teori konspirasi ini telah diterima oleh sebahagian dari kita. Pada hal dengan tidak memberikan vaksin, kita sebenarnya …
Read More »