Advertorial
Home » Tag Archives: antihistamine

Tag Archives: antihistamine

Kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah

  “Salam dokter, normal atau tidak sekiranya berlaku simptom kegatalan pada kulit selepas transfusi darah. Selepas bersalin tahun lepas sehinga sekarang saya masih mengalami kegatalan tersebut. Terima kasih dokter.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang boleh berlaku tindakbalas negatif yang berupa alahan dan kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah.   Walaupun puan telah diberi darah yang sama dan sepadan dengan jenis darah puan, ia masih boleh memberikan reaksi alahan dan kegatalan kulit.   Selalunya ia boleh dirawat dengan ubat antihistamine dan jarang memberikan masalah yang serius.   Walau bagaimana pun reaksi alahan dan kegatalan kulit ini boleh berlaku dengan lebih serius jika ia menyebabkan kesukaran bernafas, tekanan darah rendah, denyutan jantung yang cepat dan rasa loya.   Saya mencadangkan puan berjumpa dengan doctor semula bagi mendapatkan rawatan yang lengkap. Read More »

Ujian darah untuk mencari punca alahan

    “Salam docter, saya mahu membuat pertanyaan. Saya mengalami kegatalan sejak bulan Feb yang lalu. Saya tidak tahu apa punca kegatalan itu. Saya memang ada alahan tetapi sebelum itu saya tidak ada makan makanan seafood dan telur. Sampai sekarang gatal bertambah teruk sehingga menjadi sampai dekat kedua-dua siku dan lutut saya. Mula-mula kegatalan itu hanya dekat celah peha saja, yang mana telah menjadi kurap. Apa sebab kegatalan ini berlaku ya dokter? Saya sudah tidak tahan setiap mlm asyik menggaru sampai menjadi luka. Apa yang bagus diamalkan untuk kurangkan rasa gatal ini ya doc? Mohon bantuan dr doc. Terima kasih.”   WALAIKUM MUS SALAM   Ramai di antara kita yang mempunyai alahan yang menyebabkan kita bersin atau rasa gatal pada kulit. Malangnya kita tidak pasti apa punca alahan yang kita ... Read More »

Lendir Melekat di Tekak

    “Assalammualaikum Dr, saya nak tanya,  saya  mengalami lendir di tekak yg tak hilang hilang dah 3 bulan dan mcm melekat lekat, membuat dia rasa sukar untuk bernafas dan kerap meludah.  saya terpaksa menggunakan nebulizer apabila sesak nafas. Tambahan dia mempunyai sakit asma. Adakah lendir tu berpunca dari lendir hidung yg mengalir ke tekak kerana saya  kerap sakit kepala, rasa gatal kat mata. Lendir tu berwarna putih likat. Adakah dia juga ada sakit resdung?   Doktor sudah berikan  makan ubat cetirizine dan prednisolone juga nasal spray tapi lendir tu masih melekat di tekak. Apakah ubat yg sesuai untuk  saya?  Harap doktor dapat menjawab secepat mungkin kerana saya amat risau dgn keadaan saya.”   Wa alaikum mus salam.   Saya percaya  puan mengalami alahan allergic rhinitis, iaitu sejenis alahan yang ... Read More »

Ubat Zyrtec dan Kehamilan

“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?”   Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama.   Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor. Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih mudah mengalami masalah ini kerana perubahan hormone yang menyebabkan penghasilan lebih banyak lendiran (mucous) terutama di saluran pernafasan, terutama hidung dan tekak.   Saya tidak menggalakkan pengambilan ubat ketika hamil, ... Read More »

Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

  Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku.   Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama.   “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam”   Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar.   Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu.   Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk anak mereka yang demam dan selsema.   Sebenarnya menggunakan antibiotic bukanlah rawatan yang berkesan untuk merawat demam, selsema dan batuk akibat serangan virus. Ini kerana virus tidak dapat dikawal dan ... Read More »

Makanan yang boleh menyebabkan alahan

Hampir kesemua makanan mengandungi histamine. Histamine inilah yang akan menyebabkan seseorang pesakit asthma diserang asthma, pesakit yang mempunyai kulit yang sensitive akan mengalami dermatitis, urticaria, eczema dan psoriasis.   Jadi berhati-hatilah ketika memakan sesuatu makanan. Selalunya makanan yang sering menyebabkan alahan dan alergik pada seseorang ialah makanan laut, telur, kekacang dan coklat.   Tetapi ada beberapa makanan yang sering kita makanan juga mengandungi histamine, tetapi kadarnya terlalu sedikit.   Adakalanya seseorang yang memakan sesuatu makanan akan mengalami alahan walaupun dia telah biasa memakanan makanan itu sebelum ini.   Bagaimana ia boleh terjadi?   Sebenarnya kadar histamine dalam sesuatu makanan boleh meningkat apabila sesuatu makanan apabila ia disimpan lama di dalam stor atau peti sejuk.   Sebagai contoh, buah-buahan yang belum masak disimpan didalam stor untuk menantikan ia masak, akan mengalami ... Read More »

Zaditen (ketotifen) untuk mengurangkan lendir

  Assalamualaikum doctor, saya mohon pendapat mengenai ubat Zaditen. Saya disarankan oleh seseorang untuk membantu mengatasi masalah batuk anak berumur antara 18 bulan – 28 bulan. Mohon penjelasan. Terima kasih. Wa alaikum mus salam.   Zaditen bukanlah ubat batuk dan tidak digunakan untuk merawat batuk. Namun Zatiden boleh mengurangkan lendiran (kahak) pada kerongkong akibat tindak balas alahan akibat virus, habuk atau cuaca sejuk.   Apabila tiada lendiran di kerongkong, maka batuk akan hilang. Oleh itu Zaditen digunakan sebagai ubat untuk mencegah tindak balas alahan yang mungkin dihadapi oleh pesakit asthma, terutama jika pesakit asthma itu mengalami serangan asthma yang berpanjangan.   Zaditen sama ada yang berbentuk pil atau cecair, mengandungi bahan aktif yang dinamakan ketotifen hydrogen fumarate, yang merupakan sejenis ubat antihistamine.   Zaditen digunakan bagi merawat dan menghalang tindak ... Read More »

Kegatalan Kulit Semasa Hamil

Saya merasa kasihan pada ibu yang hamil apabila mereka mengalami alahan teruk ketika hamil. Ada kalanya kulit mereka menjadi kering, beruam merah dan adakalanya terdapat bekas-bekas cakaran dan garu akibat kegatalan yang mengganggu. Ramai juga yang berasa agak bimbang untuk memakan ubat yang diberikan kerana sayangkan kesihatan anak yang dikandung. ”Teruk dugaan saya pada kehamilan yang lalu. Kulit saya tumbuh biji-biji gatal. Sepanjang malam saya menggarunya” keluh seorang wanita yang hamil. ”Saya sudah kurangkan makan seafood, kacang dan telur.Tapi masih lagi gatal, doc” Bagi yang menghidap masalah alahan kulit, tentu keadaan mereka menjadi bertambah teruk. Rajin-rajinlah menyapu pelembap jika kulit telah menjadi kering dan merasa gatal. ”Kenapa adik perempuan saya tidak mempunyai masalah kegatalan semasa hamil?” Kegatalan kulit ketika kehamilan adalah sesuatu yang sukar dirawat. Apatah lagi ada beberapa jenis ... Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

  Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia difikirkan perlu oleh doctor. Kali ini saya menumpukan isu ubat batuk dan kesannya pada kehamilan. Saya mengharapkan ianya akan mengurangkan kebimbangan yang dihadapi oleh bakal-bakal ibu yang masih berada di ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!