Advertorial
Home » Tag Archives: anorexia

Tag Archives: anorexia

Umur 17 belum datang haid

  “Assalam..doktor. adik perempuan saya yang kini sudah berusia 17 tahun. Yang menjadi persoalan saya ialah, adik saya masih lg belum datang period…sedang kami adik beradik lain datang period sewaktu sekolah rendah lg. Buat pengetahuan doktor jugak, adik saya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian..tetapi jawapan yang kami perolehi daripada doktor ialah..ia perkara biasa. Adakah normal ape yang dialami oleh adik saya. Di harapkan doktor dapat memberi penjelasan. Terima kasih.”   Wa alaikum mus salam   Apabila seorang remaja wanita sudah mencapai umur 16 tahun, tetapi tidak pernah datang haid, dan telah menunjukkan sifat kewanitaan, ia bukanlah perkara yang normal.   Keadaan ini dinamakan amenorrhea primer.   Kebanyakan kanak-kanak perempuan mula mengalami haid antara umur 9 dan 18 , dengan purata berusia kira-kira 12 tahun.   Banyak punca berlaku ... Read More »

Muntah Selepas Makan Makanan Bergoreng

Klinik FB saya ditanya oleh seorang remaja yang menghadapi masalah kerap muntah sebaik saja selepas makan. Selamat pagi doktor,,saya berumur 19thn dan saya ingin pandangan doktor tentang masalah saya. Selama beberapa tahun ini saya selalu muntah selepas makan. Setiap kali makan saya akan muntah terutama jika saya makan makanan berminyak. Apakah masalah ini bahaya? Saya berharap doktor dapat menolong saya, saya sangat risau doktor dengan keadaan saya ini. Sessungguhnya Maha Puji bagi Allah yang memberikan setiap manusia kelainan dalam hidup. Kita sebagai hambanya haruslah mengadaptasi mengikut kelainan yang diberikan. Banyak hikmah yang tersirat. Ramai yang ingin mengurangkan berat badan dan menghadapi masalah kerana nafsu makan yang tidak boleh dikawal. Mereka yang menghadapi masalah ‘muntah selepas makan’ ini dikirakan beruntung kerana tidak mempunyai masalah berat badan. Cuma perlu mengubah sedikit cara ... Read More »

Kekurangan Berat Badan (Underweight)

Baru-baru ini, saya dikunjungi oleh seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun. Anaknya mengalami sakit perut dan ceret beret. Mulanya saya menjangkakan ia adalah masalah keracunan makanan atau acute gastroenteritis yang disebabkan oleh virus. Namun apabila saya diberitahu bahawa anaknya minum teh herba pelangsing, saya terdiam. Saya terkejut dengan tindakan nekad gadis itu. Saya cuba menyelami pemikiran gadis itu secara serius. Seorang gadis muda sanggup minum tea herba pelangsing kerana ‘desakan rakan sebaya’ yang meletakkan kecantikan seorang wanita pada tahap kerampingan pinggangnya. Tidak lama selepas itu datang pula seorang gadis berumur awal 20an memberitahu bahawa dia sangat kurus. Berat badannya 55 kg dan ketinggiannnya 160 cm. Menurutnya dia telah cuba menambahkan berat badannya namun tidak berjaya. Setelah dikira, didapati BMI gadis ini mencecah 21.5 lalu saya terus memberitahunya bahawa berat badannya sebenarnya normal. ... Read More »

Scroll To Top