Advertorial
Home » Tag Archives: angin ahmar

Tag Archives: angin ahmar

Jangan Sampai Kena Serangan Stroke Kedua atau Ketiga

JANGAN SAMPAI KENA SERANGAN STROKE KEDUA     Saya brunch dengan seorang rakan. Sebaya 40an.   “Doc, pagi ini ibu saya menelefon. Minta hantarkan ayah kerana tangan dan kakinya tidak boleh digerakkan. Sebelah badan. Ini baru balik bersarapan. Ibu saya sedang menjaga ayah.”   “Walaupun tekanan bapa saya normal, doktor kata bapa saya mungkin diserang stroke… ” jelasnya lagi.   Saya bertanya, “Ayah ada diabetes? Merokok?”   “Ayah saya tak merokok. Tekanan darah 130/84. Tahap kolestrole normal. Tapi dia ada diabetes”   Ramai yang tidak tahu bahawa pesakit diabetes juga boleh mendapat serangan stroke walaupun tidak merokok, tidak mempunyai tahap kolestrole jahat yang tinggi dan tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi.   Tahap gula yang tidak dikawal baik boleh menyebabkan sumbatan pada saluran darah, walaupun tahap kolestrolnya normal. Ia juga ... Read More »

Minum Air Kosong Secukupnya Mencegah Stroke

  Minum air yang mencukupi, bukan hanya dapat mencegah dehidrasi tetapi ia juga dapat mencegah serangan stroke. Dengan meminum sekurang-kurangnya dua liter sehari air kosong, ia dapat mengimbangkan mineral dan cecair dalam tubuh. Dengan ini dapat memberi kesan kepada kelikatan darah dalam tubuh. Darah tidak menjadi terlalu pekat atau terlalu cair.   Bagi mereka yang mempunyai risiko mendapat stroke yang tinggi seperti mereka yang mempunyai tahap kolestrole jahat (LDL) yang tinggi, masalah tekanan darah tinggi dan diabetes yang tidak terkawal, saya menasihatkan agar meminum air secukupnya.   Waktu yang terbaik untuk meminum air kosong ialah sebelum tidur (sebagai persediaan untuk ‘tidak makan dan minum’ selama enam jam sepanjang tidur) dan waktu sebaik saja bangun tidur.   Selain minum air kosong, meminum air buah-buahan tanpa dibuang seratnya juga dapat membantu seseorang ... Read More »

Sapaan Maut dengan Strok Ringan

Saya masih ingat seorang sahabat tiba-tiba rajin berkopiah dan solat jemaah di masjid. Tabiat menghisap rokok juga telah dihentikan.  Dia mula menjaga makan dan minum. Semuanya tawar belaka, tiada gula dan tiada garam. Saya amat kehairanan namun tidak berani bertanya. Rakan-rakan sekampung membisikkan kepada saya “Dia baru kena angin ahmar kecil. Doktor di hospital suruh dia berjaga-jaga !” Oh patutlah dia menukar gaya hidupnya 180 darjah. Dia ‘disapa’ malaikat maut. Perjuangan mengekalkan kesihatan sering dilupakan Namun bila saya pulang ke kampung semasa hari raya yang lepas, beliau telah berbalik semula ke perangai yang lama. Semasa singgah ke sebuah kedai mamak untuk bersarapan, saya melihat beliau tidak lekang dengan puntung rokok. Air teh tarik dan ‘roti canai special’ yang penuh dengan kolestrol berada di depannya. Segala-galanya telah kembali seperti dulu. Nasihat ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!