Tag Archives: anak

Bayi Jatuh Dari Katil

“Salam doktor. Baru-baru ini anak saya berusia 5 bulan telah jatuh dari katil tempat kami tidur. Kami tidurkan dia di atas katil kerana ia lebih selesa. Malangnya saya tidak menyedari dia telah bangun dan bergolek. Dia jatuh dan menangis kuat. Apakah ini berbahaya kepada anak saya? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Memang sangat bahaya jika bayi yang kecil terjatuh dari katil. walaupun katil itu tidak tinggi, namun ketinggian katil itu sangat tinggi jika dibandingkan dengan ketinggian bayi. Bayangkan jika kita jatuh dari tempat yang setinggi aras kepala kita. Begitulah bahaya apabila bayi terjatuh dari katil. Namun begitu tidak …

Read More »

AIR KETUBAN YANG BANYAK

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi …

Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …

Read More »

Perlukah Mengepam Susu di Tempat Kerja?

    “Salam doctor. Saya menyusukan anak dan masalah saya payudara cepat penuh dengan susu. Kalau di tempat kerja saya, adakalanya sampai baju saya basah. Ia memalukan. Perlukah saya mengepam susu saya? Bolehkah ia diberikan kepada anak saya nanti bila pulang di rumah? ”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bagi wanita yang menyusukan anak seperti puan, mengepam susu badan di tempat kerja ada kalanya tidak menyenangkan kerana ada kalanya puan tidak mendapat tempat yang lebih privasi.   Walau bagimanapun, ia banyak memberikan faedah kerana susu itu boleh puan simpan untuk diberikan kepada anak puan apabila pulang nanti.   Cuma …

Read More »

Anak berbakat adalah anugerah

“Salam doctor, saya ada seorang anak yang saya rasa dia berbakat. Umur dia 3 tahun. Percakapan dia sangat jelas dan tidak pelat. Pandai menggunakan perkataan yang betul. Dia sudah kenal huruf seawal umur satu setengah tahun dan sudah boleh mengeja. Saya bimbang mendengar orang bercakap mengatakan budak yang bijak ini nanti apabila masuk ke dalam tadika akan cepat bosan kerana banyak yang dipelajari dia sudah tahu. Ini menyebabkan saya kurang mengajarnya. Ada lagi yang mengatakan budak yang terlalu bijak sangat nanti akhirnya tidak berjaya. Itu yang saya risaukan. Apa yang perlu saya buat. Minta pencerahan dari doktor.” WA ALAIKUM MUS …

Read More »

BAYI BERDENGKUR KETIKA TIDUR

“Dr…saya nak btanya.anak saya berusia 4bulan.nafas anak saya selalu berbunyi.mcm ade kahak.tp die xpernah pun selsema atau batuk sblm ni.dan anak saya bdengkur sewaktu tdo..sewaktu cek up di klinik ksihatan. Mereka beritahu mgkin sbb salur pernafasan die masih lg kecik.sbb tu nafas die bbunyi.adakah pkara ini normal Dr?perlukah saya pergi ke Dr pakar utk langkah seterusnya? Trima kasih krana sudi luangkan masa mbaca emel ini. “ WA ALAIKUM MUS SALAM Jawaban yang diberikan  seperti itu adalah tidak benar kerana ramai bayi yang normal dilahirkan tidak mempunyai masalah yang sama seperti anak puan. Ini bermakna, anak puan bukan berada dalam keadaan …

Read More »

Anak muntah selepas diberikan ubat.. Perlukah diberikan semula?

  “Salam doc, anak saya demam. Dia berumur 8 tahun. Saya baru saja memberikan dia makan ubat demam dan antibiotic. Tidak sampai 5 min dia muntah semula. Perlukah saya beri makan semula ubat tadi tu, atau kena tunggu lama sikit baru beri semula, ataupun tak perlu beri kena tunggu next schedule baru makan ubat semula? terima kasih doctor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai kanak-kanak yang agak sukar mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotic. Ada pula yang muntah setelah diberikan ubat.   Selalunya muntah begini disebabkan lendiran pada tekak dan saluran pernafasan, atau punperut mereka punuh dengan gas (angin)   Jangan …

Read More »

Mahu hamil tetapi saluran fallopian tersumbat

“Akum Dr..sy nk minta pendapat dr.Sya dh 5thun kwin tp xde rezeki lg..thun lps sya opret buang cyst…tp kputusan tiub folopio sy tersumbt..ade x cara ln utk sya mengandung??”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mencadangkan suami puan membuat pemeriksaan air mani dulu. Jika normal, maka boleh lakukan teknik IVF.   Boleh bincang dengan doktor yang merawat puan.   Jika tidak, walaupun telah melakukan teknik IVF, keguguran boleh berlaku.   Wallahu a’lam.   [IKLAN] Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C …

Read More »

Punca tangan, kaki dan lidah menjadi bengkak dan kebas semasa hamil

 “Assalamualaikum doctor. Saya sedang hamil 38 minggu. Baru-baru ini secara tiba-tiba saya perasan tangan saya mengalami bengkakan (edema) yang mendadak. Saya perasan apabila cincin yang saya pakai menjadi terlalu ketat. Tangan dan kaki saya juga terasa membengkak. Mohon pencerahan. Terima kasih, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Wanita yang hamil, biasa mengalami rasa kebas dan bengkak pada pelbagai bahagian tubuh mereka, terutama pada lengan, tangan, jari tangan, kaki  dan jari kaki, mulut dan lidah.   Rasa kebas dan bengkak seperti ini biasanya disebabkan oleh ‘water retention’ atau pengekalan air dalam tubuh. Oleh itu merasa bengkak dan kebas  dan akan …

Read More »

Dimarahi kerana kehamilan kembar

“Assalamu alaikum dokter, saya baru-baru ini disahkan kehamilan kembar dan usia kehamilan saya ialah 20 minggu. Akibat kesibukan bekerja sebagai operator di sebuah kilang (majikan saya tidak menggalakkan saya kerap keluar dari kilang untuk ke klinik) maka saya terlepas beberapa tarikh pemeriksaan antenatal.   Malangnya saya pula dimarahi oleh jururawat dan bidak di Klinik Ibu dan Anak. Mereka mengatakan bahawa saya menémpah bahaya kerana gagal datang pada tarikh yang ditetapkan.   Adakah “menempah bahaya” disebabkan saya hamil kembar? Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya memahami dan bersimpati dengan masalah. Saya juga tidak bersetuju dengan cara majikan puan …

Read More »

Rahim tidak kuat

  “Assalammualaikum Dokter. Saya ingin bertanya tentang ‘cervical incompetence”. Adakah benar, apabila seorang wanita yang pernah mengalami masalah ini, akan menjalani cerclage pada kehamilan yang berikutnya? Mohon pencerahan. Terima kasih doktor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita yang mempunyai ‘cervical incompetence’ bermakna pangkal rahemnya (cervik) di mana ‘jalan’ di mana bayi dikeluarkan dari rahem, sebelum melalui faraj, mengembang lebih awal sebelum tiba masanya, menyebabkan proses kelahiran pramatang bermula.   Dalam bahasa yang lebih mudah, pangkal rahem menjadi tidak kuat untuk ‘memegang’ bayi dalam rahem, sehingga menyebabkan bayi mudah keluar (lahir), sebelum waktu yang sepatutnya.   Seorang wanita didiagnosakan …

Read More »

Rasa Jantung Berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …

Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”.   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk …

Read More »

Berapa banyak serat yang anak-anak perlu dalam diet mereka ?

“Doktor, saya berada di UK dan agak sibuk sebagai pelajar PhD. Adakalanya saya tidak sempat memasak untuk anak saya dan membeli makanan bayi yang telah siap diproses dalam tin, kerana ada kalanya anak saya yang berusia 3 tahun ini agak sukar untukdilayan selerenya. Selalunya saya memesan kepada pengasuh anak saya (pelajar yang sedang bercuti) untuk memberikan makanan itu kepada anak saya. Bagaimana saya memastikan anak saya mendapat cukup serat dalam makanan bagi mengelakkan dia mendapat sembelit?. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Ramai kanak-kanak yang tidak makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, malah mempunyai lemak yang agak tinggi dalam pemakanan mereka. …

Read More »

Bayi baru lahir Susu ibu tidak cukup

“Assalam mu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak beberapa minggu yang lepas. Saya tinggal di perantauan di KL bersama suami. Ibubapa saya berada di Sabah. Saya terpaksa menguruskan diri dan anak sendirian tanpa pengetahuan. Saya mendapati anak saya tidak mahu menyusu dengan baik. Dia menysusu sebentar dan mudah kenyang. Berat badan pun semakin menyusut. Banyak nasihat yang saya dengar. Adakah saya sudah tidak mempunyai susu yang cukup. Mohon nasihat doctor” Wa alaikum mus salam. Ramai dari ibubapa yang sering keliru apabila menerima nasihat yang salah dari teman-teman mengenai perkembangan anak mereka. Nasihat yang diberikan bukanlah atas fakta yang betul, tetapi …

Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …

Read More »

Bolehkah mandikan bayi saya pada waktu malam?

“Salam, doktor. Saya seorang peniaga di kantin sekolah. Saya sangat sibuk di siang hari. Bolehkah saya memandikan bayi saya berumur empat bulan pada waktu malam. Saya bimbang kesan pada paru-parunya.” Wa alaikum mus salam. Memandikan anak pada waktu malam tidak berbahaya atau mendapatkan penyakit pada bayi jika dilakukan dengan betul. Ia tidak memudaratkan. Secara umumnya, ia adalah selamat untuk memandikan bayi pada bila-bila masa, asalkan ia tidak mengganggu tidur dan jadual makan dan tidak menyebabkan bayi berasa sejuk. Puan boleh menggunakan air yang suam dan kemudian segera mengelap kering bayi puan. Walau bagaimana pun, cara yang terbaik ialah dengan menetapkan …

Read More »

Bayi hanya berak sebulan sekali

“Salam doctor. Anak saya berumur dua tahun mengalami sembelit yang teruk sejak dilahirkan. Dia hanya sembuang air besar hanya sebulan sekali, sehinggakan perutnya kembung dan tiada selera makan. Adakah ia normal. Mohon pencerahan.” Wa alaikum mus salam. Bayi dan kanak-kanak sesekali yang mengalami sembelit adalah normal. Sembelit disebabkan oleh pergerakan usus tidak normal dan berlaku secara perlahan. Ini menyebabkan hasil perkumuhan (najis) tidak dapat ditolak ke bahagian rectum dengan cepat dan najis menjadi lebih keras. Bayi dan kanak-kanak yang mengalami sembelit akan meneran kerana najis mereka keras dan sukar dikeluarkan. Oleh itu bayi yang tidak meneran walaupun mereka hanya membuang …

Read More »

Adakah bayi montel adalah bayi yang sihat ?

“Assalamu alaikum doctor. Saya ingin bertanya tentang anak saya. Anak saya berumur dua tahun tetapi berat beliau 20kg. Adakah anak saya obese dan perlukah saya berikan ubat diet untuk beliau?” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang percaya bahawa bayi yang montel adalah bayi yang sihat. Penambahan berat badan bayi secara berterusan, dan menandakan bayi itu mempunyai selera makan yang baik. Hanya bayi yang sihat saja mempunyai selera makan yang baik. Bagi mendapat anak yang “sihat”, ramai ibubapa yang memberikan makanan  bayi mereka dengan makanan yang mempunyai banyak lemak dan kalori minyak sapi, mentega dan gula. Ini adalah konsep yang …

Read More »

Sukar Meninggalkan Bayi Walaupun mahu ke Bilik Air

“Assalamu alaikum. Saya adalah seorang ibu muda berusia 21 tahun dan mempunyai anak sulong berusia setahun dan sudah boleh berjalan. Saya tidak bekerja dan tiada pembantu. Saya tinggal bersendirian. Adakalanya saya amat bimbang hendak meninggalkan anak saya, sama ada untuk buang air, mandi atau memasak. Hanya hanya melakukan perkara-perkara tersebut apabila anak saya telah tidur. Doktor, adakah selamat untuk saya meninggalkan bayi saya tanpa pengawasan semasa saya mandi lima minit? Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Saya memahami situasi puan yang terpaksa menjaga anak dan menguruskan rumah tanpa pembantu. Saya percaya ia sangat sukar untuk menguruskan anak …

Read More »

Membawa Anak dalam Kereta

    “Assalamu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya dan suami tinggal berjauhan. Dia tinggal di Melaka dan saya tinggal di KL. Kami ada anak berumur 2 tahun. Jika saya ingin memandu berjumpa dengan suami dan membawa anak saya, bolehkan saya letakkan dia di tempat duduk di sebelah saya. Untuk pengetahuan doctor, kereta saya mempunyai system air-bag. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan puan yang terpaksa melakukan pemanduan yang jauh bersama anak.   Sistem beg udara dalam kereta boleh menyelamatkan nyawa penumpang yang berada di sebelah pemandu, tetapi ia sangat bahaya kepada bayi jika diletakkan …

Read More »

Apakah Penyusuan Ibu boleh Dilanjutkan?

“Asalamualaikum doktor. Anak saya sudah 2 tahun 4 bulan dan masih menyusu badan. Kalau anak bersama saya dia tak mahu susu botol. Adakah dibenarkn dalam islam doctor? Bukankah digalakkan sehingga berumur dua tahun saja?” Wa alaikum mus salam. Menurut kaedah Islam, tidak ada masalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dengan persetujuan suami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain. Dalam al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 233: وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ Maksudnya: “Dan para ibu itu …

Read More »

Meningkatkan daya tahan ibu dan anak

“Assalamu alaikum doktor, saya mengalami alahan yang kuat pada makanan dan habuk. Saya kerap demam, selsema dan sakit. Anak saya yang berusia 2 tahun juga selalu demam dan sakit. Banyak kali saya membawanya berjumpa doctor, tetapi beliau tetap mengalami masalah yang sama, iaitu demam dan selsema. Adakah daya tahan kami tidak kuat, doctor?” Walalaikum mus salam. Daya tahan seorang ibu sangat berkait rapat dengan bayinya. Hubungan emosi dan fizikal, sama ada memeluk anak, memberi makan dan menguruskan fizikal anak, sangat mempengaruhi daya tahan anak yang dijaganya. Bagi ibu yang baru melahirkan anak, saya amat menggalakkan mereka memberikan susu ibu pada …

Read More »

Susu Ibu Cepat Kering

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak dua bulan. Masalah saya ialah anak saya kerap menyusu, sehingga kering air susu saya. Bagaimana saya menambah semua susu saya. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Saya kerap menerima aduan yang mengatakan bahawa dari wanita yang sedang menyusukan bayi mereka dan mengatakan susu semakin kering.   Kekeringan susu ibu bukanlah suatu yang normal dan ia tidak juga berlaku secara semula jadi. Ia selalu berlaku pada awal tempuh pantang setelah melahirkan anak. Ia hanya bersifat sementara. Susu ibu selalunya akan bertamah jika dia tidak segera menghentikan penyusuan ibu.   Saya menasihatkan …

Read More »

Pemakanan untuk kanak-kanak hiperaktif

  Pemakanan yang bernutrisi sangat baik untuk anak-anak. Pemakanan yang bernutrisi bermakna makanan yang berkhasiat, berzat dan seimbang. Ia saja ia dapat menghalang masalah jantung dan kanser apabila mereka besar nanti, tetapi dapat merangsang otak anak-anak.   Banyak kajian telah membuktikan bahawa pemakanan yang bernutrisi akan menggalakkan kesuburan otak, mengurangkan stres dan gangguan emosi yang dihadapi oleh mereka.   Bagi kanak-kanak yang hiperaktif (ADHD), selain memberikan rawatan menggunakan ubat-ubatan hospital, pemakanan yang baik juga membantu kanak-kanak ini.   Berikan omega 3 setiap hari selama enam bulan dan ia dapat mengurangkan keresahan, sikap agresif, dan mereka dapat melengkapkan kerja serta meningkatkan …

Read More »

Bagaimana saya boleh tahu demam bayi saya serius?

As salam mu alaikum, doctor. Anak saya sudah berusia setahun 2 bulan dan sudah 7 hari demam. Saya ada bawa diake  hospital dan telah melakukan ujian darah. Doktor memberitahu bahawa semuanya OK tetapi saya rasa dia  sekarang makin panas 39 c. Apa nasihat doktor.Terimma kasih. Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan puan. Ibu mana yang tidak risau jika anaknya mengalami demam yang panas dan berlarutan. Saya juga selalu merawat bayi dan kanak-kanak yang mengalami demam, dan jarang memberikan ubat antibiotic kecuali jika ianya benar-benar perlu. Cuma ibubapa yang risau, datang semula dan bertanyakan jika anak mereka perlukan antibiotik. Antibiotik …

Read More »

Anak 5 tahun masih tidak dapat bertutur

  “Assalam mu alaikum doktor. Saya mempunyai anak yang sudah berusia 5 tahun. Masalah anak saya ialah dia masih belum bertutur dgn baik. Dia boleh bercakap (mengeluarkan bunyi), tetapi belum boleh bertutur seperti kanak-kanak yang sama usia dengan beliau. Jika dia bertutur, hanya satu patah perkataan sahaja, dan kami juga tidak faham pertuturan dia kerana seperti bercakap dalam bahasa asing. Kebanyakan doktor memberitahu saya bahawa secara fizikal anak saya ok. Lagipun anak saya aktif. Sekarang ni saya tidak tahu tahu apa yang patut saya lakukan. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang dialami oleh anak puan. …

Read More »

Hukum membuang jari lebih

Soalan: Assalammualikum…Anak lelaki saya dilahirkan dengan mempunyai jari lebih di setiap tangan dan kaki. Sekarang dia berumur 14bulan. Doktor menyarankan semua jari lebih itu dibuang, supaya besar nanti dia tak merasa rendah diri atau malu di ejek kawan-kawan. Apa pendapat ustaz tentang masalah saya ini. Jawapan: Melakukan pembedahan untuk memperelokkan tubuh ada dua jenis; 1. Pembedahan yang dilakukan untuk tujuan membaiki kecacatan di badan sama ada kecacatan itu timbul kerana kekurangan suatu anggota atau kerana ada lebihan pada anggota di luar dari kebiasaan. Pembedahan sebegini diharuskan kerana ia bukan bertujuan mengubah ciptaan Allah, akan tetapi mengembalikan ciptaan Allah kepada keadaan normalnya. …

Read More »

Haid Dua Kali selepas Henti Pil Perancang

  “As salammu alaikum, doktor. Saya keliru dgn period yg sy alami sekarang. Saya sudah berkawin dan mempunyai seoorg anak berumur 2 tahun dan melahirkan secara pembedahan caserian. Saya bercadang mahu menambah anak pada tahun depan.   Saya mengalami haid pada 11.12.13 dan haid semula pada 28.12.13. Saya sudah menghentikan pengambilan pil perancang keluarga pada bulan Nov. Mengapa kitaran haid saya tidak normal? “   Wa alaikum mus salam. Saya memahami kerisauan puan.   Puan mengalami masalah kitaran haid seperti ini kerana tahap hormon wanita puan (yang dibekalkan melalui pil perancang keluarga) tiba-tiba merudum keran puan baru menghentikannya.   Ini …

Read More »

Makan Pati Ikan Haruan Ketika Hamil

  “Assalamu alaikum, doctor. Doctor saya hendak tanya, anak pertama bersalin secara ceaserean dan berumur masuk 5 bulan. Saya sekarang hamil 9 minggu. Bolehkah saya meneruskan menyusukan anak saya yang pertama. Bolehkah saya boleh ke saya makan pati haruan untuk dlm sembuh betul dan boleh kah saya ini boleh bersalin normal. Saya teringin hendak bersalin normal di hospital swasta. Terima kasih. “     Wa alaikum mus salam.   Menyusukan anak ketika hamil tidak berbahaya kehamilan sekarang. Puan boleh meneruskan kehamilan dan penyusuan untuk anak pertama tanpa masalah.   Untuk mempercepatkan kesembuhan rahim dan faraj dalam masa hamil, saya mencadangkan …

Read More »

Bahaya Darah Tinggi ketika Hamil

“Assalamu alaikum, doctor. Saya baru-baru ini disahkan mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil. Umur kehamilan saya 26 minggu. Saya hairan kerana tidak mengalami sakit kepala dan sebagainya. Perlukah saya meneruskan rawatan yang diberikan oleh doctor di Klinik Ibu dan Anak itu. Terima kasih?” Walaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan. Wanita yang disahkan mengalami penyakit darah tinggi sama ada sebelum hamil atau semasa hamil dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan air kencing dan memantau tekanan darah mereka, ketika berjumpa doctor di klinik ibu dan anak. Ini kerana pemeriksaan berkala begitu penting bagi memastikan tahap kesihatan ibu …

Read More »

Darah Tinggi Semasa Hamil

“Salam sejahtera doktor saya ingin bertanya jika menghidap tekanan darah tinggi apakah risikonya pada bayi dan juga ibunya. Terima kasih doktor”. Salam sejahtera. Saya bersimpati dengan puan, jika puan mengalami masalah ini. Banyaklah berdoa, insya ALLAH akan akan permudahkan kehamilan puan. Ada wanita yang mengalami penyakit darah tinggi sebelum beliau hamil lagi. Penyakit ini akan menjadi lebih teruk sewaktu hamil dan akan memberikan pemantauan yang lebih yang teliti apabila mereka mula memasuki trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang selamat digunakan semasa hamil. Ada pula wanita yang mengalami tekanan darah tinggi apabila mula hamil yang selalunya berlaku selepas kehamilan …

Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …

Read More »

Bahayakah Thalassaemia?

“As salamu alaikum doctor. Anak saya berumur 3 tahun dan telah diagnosakan sebagai Beta Thalasemia trait. Adakah ia berbahaya?” Wa alaikum mus salam. Saya memahami kebimbangan puan. Puan tidak perlu bimbang. Penyakit “Beta Thalassaemia Trait” sebenarnya tidak berbahaya dan pesakit tidak memerlukan apa-apa rawatan. Thalassaemia adalah suatu penyakit keturunan yang disebabkan masalah dalam genetik sehingga menyebabkan darah menjadi mudah pecah. Secara mudah untuk fahaman puan, terdapat dua jenis penyakit Thalassaemia, iaitu ‘Beta Thalassaemia Trait’, yang tidak berbahaya ‘Beta Thalassaemia Major’, yang berbahaya dan memerlukan rawatan transfusi darah sepanjang hayat. Cuma perlu diingatkan apabila anak puan dewasa dan ingin berkahwin, haruslah …

Read More »

Bayi yang mengalami masalah Pierre Robin Syndrome mudah tercekik

Pierre Robin syndrome adalah keadaan di mana bayi dilahirkan dengan tulang rahang bawah yang kecil, menyebabkan lidah boleh menyekat tekak sehingga menyebabkan sukar bernafas. Ia adalah masalah genetik, dan tidak perlu diubat. Ia bukan kecacatan seumur hidup. Selepas berumur setahun, selalunya tulang rahang bawah akan membesar dengan lebih cepat. Oleh itu ibubapa yang mempunyai anak seperti ini harus memerhatikan anak mereka kerana bayi seperti ini mudah mengalami ‘choking’ dan sukar bernafas ketika berbaring. Wa allahu a’lam.

Read More »

Peringkat Endometriosis dan Kesuburan

PERINGKAT ENDOMETRIOSIS DAN KESUBURAN “As salam mu alaikum. Doktor baru-baru ini saya mengalami senggugut yang kuat. Sebelum ini pun kitaran haid saya tidak teratur. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mengatakan saya mengalami endometriosis. Saya juga diberitahu bahawa saya akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil bila berkahwin kelak. Mohon pencerahan. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpatidengan masalah yang puan alami. Saya doakan agar puan diberikan kemudahan untuk sembuh. Endometriosis sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil dan ketidaksuburan. Namun begitu terdapat peluang bagi wanita yang mengalami endometriosis ini untuk hamil setelah diberikan rawatan, bergantung kepada peringkat endometriosis yang dialami. Untuk …

Read More »
error: Content is protected !!