Advertorial
Home » Tag Archives: akikah

Tag Archives: akikah

Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu

      Amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan oleh masyarakat Melayu sempena menyambut kehadiran bayi yang baru dilahirkan.   Namun begitu, istilah cukur jambul sebenarnya tidak selari dengan ajaran sunah Nabi Muhammad s.a.w. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)   Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.   Rasulullah s.a.w memberikan nama dan mencukur rambut cucunya, Hasan dan Husin, dan pada jatuh hari ketujuh diadakan akikah untuk mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. ... Read More »

Panduan menindik telinga anak

“Assalamu alaikum, doktor. Ibu saya mencadangkan anak saya yang berumur 3 bulan ditindikkan telinga sempena kenduri kesyukuran. Mohon pendapat doktor. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27) Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam. Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi. Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga anak. Saya mencadangkan agar prosedur ini dilakukan apabila anak sudah semakin membesar, sekurang-kurangnya enam bulan kerana bayi yang sudah berumur enam bulan mempunyai daya tahan yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!