Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Susu kambing untuk pesakit darah tinggi?

Susu kambing untuk pesakit darah tinggi?

susu kambing

 

 

 “Assalamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya, ada seorang rakan memberitahu bahawa susu kambing adalah ubat terbaik untuk merawat penyakit darah tinggi. Mohon pencerahan.”

 

Ada kajian yang dilakukan dan masih di peringkat kajian klinikal untuk membuktikan bahawa susu kambing yang dirawat dapat mengurangkan tekanan darah bagi pesakit hypertension.

 

Penyakit tekanan darah tinggi ditakrifkan apabila tekanan darah melebihi  140/90 mmHg, dan ia telah menyebabkan penyakit yang lebih serius, iaitu penyakit jantung, ginjal dan stroke.

 

Ini tidak bermakna bahawa susu kambing dapat menurunkan tekanan darah pesakit darah tinggi.

 

Dalam kajian ini saintis sedang melihat kesan tiga amino asid iaitu caseins dalam susu lembu yang dirawat dengan menggunakan kaedah ’hydrolysis’ menggunakan enzim alcalase.

 

Produk terakhir susu kambing yang dirawat ini menghasilkan tiga jenis amino asid caseins yang telah dirawat ialah beta-CN f78-83, beta-CN f84-87, beta-CN f181-184.

 

Setakat ini saintis mendapati bahawa ia dapat menurunkkan tekanan darah systolic sebanyak  15 mmHg pesakit berbanding dengan penggunaan ubat darah tinggi captopril yang dapat menurunkan sehingga tekanan darah systolic sebanyak 25 mmHg.

 

Saintis percaya bahawa beberapa bioactive peptides dari bahan beta casein yang diperolehi dari susu kambing itu mempunyai sifat Angiotensin Converting Enzyme Inhibitors, seperti mana terdapat dalam beberapa ubat darah tinggi.

 

Kajian itu telah diterbitkan dalam Journal of Clinical Hypertension (Vol. 8, pp. 775-782).

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: