Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Susu formula tidak serasi menyebabkan sembelit

Susu formula tidak serasi menyebabkan sembelit

SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT

 

baby formula milk

 

“Salam doctor.  Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi  bila minum susu yang  baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula.

 

Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi  menjadi keras  dan besar.

 

Bayi yang diberi susu ibu tidak mungkin untuk mendapatkan sembelit. Susu ibu menghasilkan najis yang sentiasa lembut, walaupun bayi yang telah tidak dilakukan membuang air besar untuk beberapa hari.

 

Saya berpendapat, untuk masalah sembelit ini, selalunya semua susu formula memberikan kesan yang sama. Jika puan menukarkan jenama susu formula lain, masalah sembelit tetap akan memberikan masalah.

 

Cuma saya mencadangkan puan memberikan lebih banyak susu kepada anak kerana bayi yang mendapat cukup ceceair dalam pemakanannya akan mudah untuk buang air besar.

 

Puan tidak perlu mencairkan susu formula, tetapi lebih kerap berikannya. Memberikan air masak (air kosong) pada bayi tidak digalakkan kerana jika terlalu banyak memudaratkan bayi.

 

Jika anak puan mengalami masalah sembelit untuk 3 hari, puan boleh berikan ubat lactulose setelah mendapat nasihat doctor.

 

wallahu a’lam

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, selain dari vitamin C dan E.  Info lanjut dhttps://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah 

 

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut i https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/pages/Labicea-Revitalizing-Moisturizer/486696818067490

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: