Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » susu formula terbaik untuk eczema

susu formula terbaik untuk eczema

SUSU FORMULA TERBAIK UNTUK BAYI ECZEMA

baby eczema

 

“Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanya kepada Dr. susu formula apakah yang sesuai untuk bayi yang mempunyai ekzema. Buat pengetahuan Dr. Anak saya sekarang berumur 6 bulan lebih.. sejak lahir saya memang bagi bf sampai sekarang tapi saya ingin mencampur susu formula kepada anak saya.. kerana air susu saya sudah tidak banyak seperti mula2. Buat pengetahuan Dr. Jg saya sudah pernah memberikan susu formula dumex.. bayi saya menyusu dan tidak pernah memuntahkan balik susu itu tetapi selepas 2 hari begitu timbul bintik merah bengkak seperti gigitan nyamuk di kaki, peha, dan kepala , dan selepas bebrapa hari bintik tersebut baik berkurang bengkak dan bekas bintik tersebut menjadi belang hitam. Saya juga telah mencuba dalam masa beberapa hari tidak memberikan susu formula tersebut bintik2 tersebut tidak muncul..Selepas itu saya menukar susu kepada dutch lady ..perkara yang sama berulang . Saya jadi risau sekarang saya sudah tidak memberi susu formula. Saya ingin bertanya kepada Dr. Adaka bayi saya elergik kepada susu lembu? Susu apakah yang sesuai untuk bayi saya?. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ruam dan benjolan merah kecil yang bermula pada kaki, peha dan kepala dan mungkin merebak ke bahagian lain pada tubuh anak puan menjadi tanda bahawa bayi puan mungkin mengalami masalah ekzema.

 

Selepas beberapa hari, kulit pada kawasan yang terlibat akan menjadi kering. Benjolan kecil itu mungkin akan menjadi lepuhan yang mengandungi cecair dan akan pecah apabila bergesel pada baju atau bahagian tubuh yang lain.

 

Jika puan atau suami mempunyai masalah eczema, bayi puan sebenar berpotensi besar untuk mengalami masalah yang sama.

 

Anak puan akan mengalami masalah ini jika anak puan diberikan makanan atau susu formula yang menyebabkan alahan pada beliau.

 

Jadi susu formula apakah yang sesuai untuk anak yang mengalami eczema?

Terdapat dua jenis formula bayi yang utama:

1.susu formula berasaskan soya

2.susu formula berasaskan susu lembu.

 

Kedua-dua susu ini baik untuk bayi, jika tiada pilihan lain kerana ibu tidak dapat menyusukan anak dengan susu ibu.

 

Susu formula ini diproses untuk menjadikannya lebih seperti susu ibu. Semasa pemprosesan, susu formula ini diproses agar lebih mudah dicerna dan nutrisi yang ditambah. Malangnya ramai bayi yang mengalami alahan kulit kerana alah pada produk tenusu. Jadi susu formula yang berasaskan susu lembu tidak sesuai untuk anak puan.

 

Formula berasaskan soya pula mengandungi soya protein dan nutrisi penting yang diperlukan oleh bayi. Soya boleh menjadi alternatif yang baik jika bayi puan mengalami alahan kulit pada susu formula berasaskan susu lembu.

 

Namun begitu ada juga bayi yang mengalami alahan pada soya dan menyebabkan eczema pada kulit.

 

Jadi puan boleh mencuba dulu susu formula berasaskan soya dan jika beliau mengalami alahan kulit, maka terdapat satu lagi jenis sisi formula. Alahan pada kulit selalunya dapat dilihat seepas beberapa jam bayi meminum susu formula itu.

 

Selain itu puan perlu tahu bahawa alahan kulit boleh juga disebabkan oleh sabun yang digunakan untuk membasuh baju anak puan.

 

Jika anak puan mengalami alahan kulit yang teruk, berjumpalah doctor untuk dirawat agar ia tidak menjadi lebih parah.

 

Puan boleh menukar kepada formula yang lain dan lihat tindakbalas selama dua hingga enam minggu.

Untuk merawat alahan kulit dan eczema pada kulit anak, puan kena pastikan kulit bayi puan sentiasa lembap.  Puan boleh sapukan VCO pada siang hari dan Labicea Revitalizing Moisturizer (LRM) pada malam hari.

VCO akan memastikan kulit bayi puan lembap dan LRM akan merangsangkan penumbuhan sel-sel kulit yang baru. Kedua-dua produk ini bebas dari bahan steroid.

 (info lanjut di https://www.facebook.com/pages/Labicea-Revitalizing-Moisturizer/486696818067490)

 

Jika anak puan alah kepada kedua-dua jenis susu formula yang berasaskan susu lembu dan soya, saya mencadangkan puan menggunakan susu formula yang mengandungi “protein hydrolysate formula” yang dikenali sebagai “hypoallergic protein” (HAP).

 

Susu formula ini telah diproses bagi mengurangkan alahan pada kulit bayi yang sensitive pada protein haiwan (lembu dan kambing) dan tumbuhan (soya). Ia mengandungi semua nutrisi penting yang diperlukan oleh bayi dan mudah untuk dihadam.

 

Puan dinasihatkan juga untuk mendapat pandangan pakar pediatrik untuk membantu puan agar masalah eczema anak puan tidak berlarutan.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!