Advertorial
Home » Herba » suplemen vitamin C dan E membantu pesakit endometriosis

suplemen vitamin C dan E membantu pesakit endometriosis

SUPLEMEN VITAMIN E DAN C MEMBANTU PESAKIT ENDOMETRIOSIS

 

Image result for woman muslim in abdominal pain

 

Endometriosis adalah penyakit yang dihadapai oleh 10% dari wanita muda. Penyakit ini menyebabkan masalah kesuburan (sukar hamil) dan hampir 25% wanita yang mengalami rasa sakit di bahagian pelvis ketia kedatangan haid disebabkan oleh masalah ini.

 

Tidak banyak diketahui tentang punca penyakit ini. Pakar perubtan dan saintis masih lagi berteka-teki jika ditanya tentang punca penyakit ini.

 

Ada teori yang mengatakan bahawa penyakit ini berpunca dari darah haid (yang mengandungi sel-sel endometrium) yang naik ke atas masuk ke dalam kawasan pelvis. Sepatutnya darah haid keluar melalui faraj. Tetapi tidak berlaku dalam kes ini.

 

Selalunya, sel-sel endometrium ini akan mati, mengecut dan diserap semula ke lapisan peritoneum. Akhirnya hilang.  Tetapi pada sesetengah wanita, sel-sel ini terus hidup dan membesar dalam kawasan pelvis ini sehingga menyebabkanpenyakit endometriosis ini menjadi lebih parah.

Rujuk: Sampson JA. Peritoneal endometriosis due to menstrual dissemination of endometrial tissue into the peritoneal cavity. Am J Obstet Gynecol. 1927;14:422–69.

 

Kehadiran sel-sel endometrium (yang ada bersama darah haid ini) di dalam kawasan pelvis ini merangsangkan dan mengaktifkan pengeluaran sebatian keradangan dan sel-sel mononuclear phagocyte yang menyebabkan tahap keradangan dan proses pengoksidaan yang tinggi.

Rujuk: Cao X, Yang D, Song M, Murphy A, Parthasarathy S. The presence of endometrial cells in the peritoneal cavity enhances monocyte recruitment and induces inflammatory cytokines in mice: Implications for endometriosis. Fertil Steril. 2004;82 (Suppl 3):999–1007

 

Sebatian keradangan seperti  growth factor  yang menyebabkan tisu-tisu endometrium menjadi lebih banyak  dan meningkatkan pain-inducing factors  yang yang bertanggungjawab menyebabkan rasa sakit.

 

Antara sebatian yang dikeluarkan ialah prostaglandin products, interleukin-1 ( IL-1), interleukin-6 (IL-6), monocyte-chemotactic protein-1 (MCP-1), tumour-necrosis factor- alpha (TNF-α) dan growth-promoting factors. Semua sebatian-sebatian ini didapati dalam cecair dalam abdomen (pelvis) dan cecair ini dinamakan peritonel fluid.  Secara keseluruhannya, sebatian-sebatian ini menyebabkan penyakit ini bertambah parah.

 

Rujuk: Na YJ, Lee DH, Kim SC, Joo JK, Wang JW, Jin JO, et al. Effects of peritoneal fluid from endometriosis patients on the release of monocyte-specific chemokines by leukocytes. Arch Gynecol Obstet. 2011;283:1333–41.

Image result for endometriosis

Lekatan dan keradangan dalam kawasan pelvis

 

Kehadiran sebatian-sebatian ini yang berada di dalam peritonel fluid ini akan menyebabkan proses pengoksidaan yang melampau.  Proses pengoksidaan ini bukan saja menyebabkan berlakunya proses parutan (scarring) dan lekatan (adhesion), ia juga menggalakkan pertumbuhan sel-sel endometrium menjadi lebih banyak. Akhirnya menyebabkan seorag wanita yang mengalami masalah endometriosis ini mengalami masalah lekatan pada saluran fallopian dan menyebabkan struktur lain menjadi tidak teratur susunannya.

Rujuk: Augoulea A, Mastorakos G, Lambrinoudaki I, Christodoulakos G, Creatsas G. The role of the oxidative-stress in the endometriosis-related infertility. Gynecol Endocrinol. 2009;25:75–81.

 

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Translational Research Journal pada tahun 2013, menunjukkan wanita di Emory Clinic and Crawford Long Hospital, di bawah selian Emory University School of Medicine, Atlanta, Amerika Syarikat  yang mengalami penyakit endometriosis yang diberikan vitamin E 300mg (100mg tiga kali sehari) dan vitamin C 1000mg selama lapan minggu sebelum pembedahan. Di akhir kajian mereka membuat kesimpulan bahawa wanita yang mengambil suplemen vitamin C dan vitamin E mengalami perubahan yang baik (kurang berasa sakit dan menghalami tahap pengoksidaan yang lebih rendah.

 

Saintis yang melakukan kajian ini memberitahu vitamin E adalah vitamin yang larut lemak, bersifat antioksidan dan menghalang peroses pengoksidaan. Sementara vitamin C juga mempunyai sifat antioksidan dan ia membantu vitamin secara berpasangan.

 

Rujuk: 1. 39. Santanam N, Murphy AA, Parthasarathy S. Macrophages, oxidation, and endometriosis. Ann N Y Acad Sci. 2002;955:183–98. discussion 19–200, 396–406. [PubMed]

  1. Agarwal A, Gupta S, Sikka S. The role of free radicals and antioxidants in reproduction. Curr Opin Obstet Gynecol. 2006;18:325–32. [PubMed]
  2. Brigelius-Flohe R, Traber MG. Vitamin E: function and metabolism. FASEB J. 1999;13:1145–55. [PubMed]
  3. Hathcock JN, Azzi A, Blumberg J, Bray T, Dickinson A, Frei B, et al. Vitamins E and C are safe across a broad range of intakes. Am J Clin Nutr. 2005;81:736–45. [PubMed]

 

Sebagai kesimpulannya penyakit endometriosis ini adalah penyakit yang berkaitan dengan proses pengoksidaan. Ia mengakibatkan komplikasi lekatan dan parutan pada struktur organ (seperti saluran fallopian dan ovari) sehingga menyebabkan saluran fallopian menjadi terkelepit dan bengkok menghalang persenyawaan antara sperma dan ovum.

 

Dalam kajian yang dijalankan itu, pengambilan antioksidan (vitamins E dan C) oleh wanita yang mengalami penyakit endometriosis dapat merendahkan tahap pengoksidaan dan mengurangkan rasa sakit semasa kedatangan haid (dysmenorhhoea) dan semasa berjimak Bersama suami (dyspareunia).

 

 

Bagi mereka yang mengalami penyakit endometriosis, salah satu rawatan tambahan atau alternatif adalah pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah dan suplemen vitamin E dan vitamin C.

 

 

Semoga bermanfaat.

 

 

 

Boleh dapatkan Ekstrak Kacip fatimah dan Vitamin E dar wakil-wakil kami.

 

Boleh klik pada bendera negeri tuan. http://needsvenue.com.my/Reseller/

 

 

Mohon mengunjungi :

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!