Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan akibat berat badan berlebihan

Sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan akibat berat badan berlebihan

SUKAR HAMIL WALAUPUN TELAH MENJALANI RAWATAN KESUBURAN AKIBAT BERAT BADAN BERLEBIHAN

 woman sad

“Salam doctor. Saya ingin bertanya mengenai masalah saya yang sukar hamil walaupun telah menjalani rawatan kesuburan dengan 3 orang pakar kesuburan yang terkenal. Saya akui berat badan saya agak berlebihan. Adakah ini punca yang mengalami masalah sukar hemail? Mohon pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan apabila seorang wanita mempunyai berat yang berlebihan, iaitu BMI sama atau melebihi 30kg/m2, akan mengalami masalah sukar untuk hamil.

 

Ini tidak bermakna mereka tidak boleh hamil, tetapi mungkin kena banyak bersabar dan harus melakukan usaha yang bersungguh-sungguh.

 

Ini kerana mereka selalunya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur. Bagi wanita yang mempunyai masalah berat yang berlebihan, tetapi mempunyai kitaran haid yang tetap dan normal setiap bula, mereka lebih mudah untuk hamil berbanding dengan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu.

 

Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan mengalami masalah ketidakseimbangan hormone. Inilah punca kitaran haid menjadi tidak teratur, dan paling penting ia mengganggu perkembangan dan kematangan telur ovum di dalam ovary, sehingga menyebabkan ovulasi tidak berlaku.

 

Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga selalunya mengalami kesukaran dalam rawatan kesuburan.

 

Antaranya ialah:

•     Tidak bertindakbalas dengan dos ubat hormone untuk merangsang telur. Oleh itu ramai yang masih tidak hamil sungguh pun telah diberikan ubat clomid.

 

•     Apabila tiada tindak balas, maka telur ovum tidak membesar dan tidak boleh matang

 

•     Kualiti telur ovum yang dikeluarkan dari ovary juga berkualiti rendah, sehinggakan menyebabkan gagal disenyawakan atau kerap keguguran

 

Oleh itu, saya menasihatkan menasihatkan wanita yang mengalami masalah sukar hamil, cuba mengurangkan berat badan. Ia harus sehingga kitaran haid menjadi teratur dan normal.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: