Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Tanda-tanda endometriosis

Tanda-tanda endometriosis

SUKAR HAMIL SEBAB ENDOMETRIOSIS
“Assalamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya doktor masalah saya. Say sudah berkahwin 3 tahun tetapi belum pernah hamil. Suami saya telah membuat pemeriksaan air mani dan keputusannya normal. Doktor mengesyaki saya mengalami masalah kesuburan. Doktor kata kemungkinan endometriosis dan appointment untuk ultrasound pada minggu depan. Apa sebenarnya endometriosis itu doktor? Mohon pandangan doktor. Terima kasih”
WA ALAIKUMMUSSALAM.
Endometriosis berlaku apabila lapisan dalam rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di ovari, dinding pelvis, saluran fallopian, usus, faraj dan pundi kencing.
 
 
Lapisan ini menebal dan berdarah pada setiap kali kitaran haid menyebabkan keradangan pada organ-organ dalam pelvis. Akhirnya ia menghasilkan parut, sehingga menyebabkan ovari membengkak dan saluran fallopian tersekat.
 
 
Selalunya wanita yang mengalami endometriosis mengalami tanda-tanda seperti berikut:
 
1. Sakit perut sebelum kedatangan haid (sengugut)
 
2. Rasa sakit semasa melakukan hubungan intim bersama suami.
 
3. Sukar untuk hamil
 
4. Kitaran haid tidak menentu
 
5. Rasa sakit bahagian bawah perut (pelvis) yang berpanjangan.
 
 
Ada wanita yang emngalami masalah endometriosis ini dengan teruk, ada yang ringan. Jadi doktor membahagikan masalah endometrisosis ini kepada 4 tahap.
 
 
Tahap 1 minima
 
Tahap 2 sederhana (mild)
 
Tahap 3 sederhana teruk (moderate)
 
Tahap 4 sangat teruk (severe)
 
 
Ada kalanya masalah endometriosis ini tidak memberikan sebarang tanda. Pesakit hanya akan mengalami masalah sukar untuk hamil.
 
 
Selalunya doktor akan melaku pemeriksaan sebelum mendiagnosakan seorang wanita sebagai pesakit endometriosis dengan cara pembedahan ‘diagnostic laparoscopy’. Doktor akan menebuk abdomen pesakit dan memasukkan kamera untuk melihat tisu endometriosis dan keadaan organ-organ pelvis.
 
 
Ada pelbagai jenis rawatan untuk pesakit yang menghidapi endometriosis.
 
Antaranya rawatan seperti:
 
 
1. Pil penahan sakit dan pil perancang kehamilan yang mengandungi hormon estrogen dan progestrone untuk pesakit tahap 1 dan 2.
 
 
2. Ubatan hormon sintetik yang mengandungi hormon Gonadotrophin-Releasing seperti Lucrin dan Zoladex.
 
 
3. Pembedahan terutama bagi pesakit yang mempunyai tahap 4 endometriosis.
Bagi yang mengalami masalah senggugut yang kuat, kitaran haid yang tidak menentu dan sukar hamil, buatlah pemeriksaan doktor bagi memastikan tidak mengalami masalah endometriosis. Selain itu saya mencadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah diambil bersama vitamin C dan E bagi mengurangkan simptom-simptom endometriosis ini.
 

Boleh dapatkan Ekstrak Kacip Fatimah dengan klik di EKSTRAK KACIP FATIMAH FRIMCO

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti yang rendah, boleh mendapatkan EKSTRAK TONGKAT ALI atau PROXEEDPLUS dengan klik di EKSTRAK TONGKAT ALI atau PROXEEDPLUS.

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!