Advertorial
Home » MAJALAH ANIS » Sukar buang air kencil setelah melahirkan anak

Sukar buang air kencil setelah melahirkan anak

SUKAR MEMBUANG AIR KECIL SETELAH MELAHIRKAN ANAK

Pada keluaran kali ini, saya menjawab soalan rakan di facebook saya. Semoga ia membantu wanita yang mengalami masalah yang sama.

URINE

“Assalamualaikum doktor. Saya telah melahirkan anak pada hujung tahun 2015 dan mengalami masalah sukar kencing. Doctor yang merawat saya memberitahu bahawa saya mengalami “urine tertention”, dan disarankan menggunakan catheter. Saya menggunakan catheter selama 9 hari. Selain itu saya juga mengalami hemorroid selepas melahirkan. Soalan saya, adakah hemorroid tersebut yg menyebabkan “retention urine” dan adakah masalah tersebut akan berlaku lagi sekiranya saya melahirkan anak pada masa akan datang? Terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Secara amnya puan mengalami masalah sukar membuang air kecil setelah melahirkan anak secara normal (vaginal delivery). Di samping itu puan juga mengalami masalah buasir (hemorrhoid) mungkin kerana meneran semasa proses melahirkan anak.

 

Buasir tidak ada kaitan dengan kesukaran membuang air kecil, kerana ia melibatkan dua sistem yang berbeza. Satu sistem pembuangan air kecil dan sistem pembuangan air besar. Namun begitu, kesukaran membuang air kecil, boleh menyebabkan masalah sembelit kerana factor psikologi. Masalah buasir puan boleh berulang jika puan tidak mengambil langkah berhati-hati pada kehamilan yang akan datang.

 

TANDA-TANDA MASALAH KESUKARAN BUANG AIR KECIL SEPELAS MELAHIRKAN ANAK

 

  1. Rasa tidak selesa pada abdomen
  2. Tidak mampu mengeluarkan air kencing selepas 6 jam melahirkan anak secara normal (vaginal delivery) atau selepas catheter dikeluarkan,
  3. Terpaksa meneran untuk membuang air kencing,
  4. Dapat merasakan pundi kencing ayng mengembang dalam  abdomen,
  5. Sukar untuk memulakan kencing,
  6. Air kencing keluar secara perlahan-lahan pada permulaan kencing
  7. Rasa tidak puas atau rasa air kencing masih berbaki, selepas buang air kecil.

 

 

 

BERSIFAT SEMENTARA ATAU KEKAL?

 

Menurut panduan dari Royal College of Obstetrics and Gynaecology United Kingdom, setiap wanita yang telah melahirkan anak secara normal  (vaginal delivery) mesti boleh membuang air kecil selepas 6 jam.

Bagi wanita yang mengalami kecederaan semasa melahirkan anak (kelukaan perineal yang besar) atau selepas melahirkan anak dengan bantuan bius epidural, spinal atau pedundal, kebiasaanya mereka akan dimasukkan tiub saluran kencing (catheter). Apabila wanita ini mampu berjalan-jalan di sekeliling katil, tiub saluran kencing harus dikeluarkan. Mereka mesti mampu mengeluarkan air kencing dengan sendiri selepas 6 jam, tiub saluran kencing itu dikeluarkan.

 

Masalah sukar membuang air kecil selepas melahirkan anak, adalah suatu yang jarang berlaku. Dianggarkan sebanyak 10% wanita yang telah melahirkan anak mengalami masalah kesukran membuang air kecil, dan kebanyakannya pulih dan dapat mebuang air kencing secara normal tanpa masalah. Hanya sebahagian kecil (0.5%) saja yang diberikan rawatan seterusnya kerana mengalami masalah ini berterusan.

 

Keadaan ini dinamakan “Postpartum Urinary Retention” apabila seorang wanita yang baru melahirkan anak tidak mampu untuk membuang air kecil, dan selalunya berasa sakit (kerana pundi kencing telah penuh) dan apabila diperiksa, punci kencingnnya membengkak dan dapat dirasa dengan pemeriksaan abdomen dan wanita ini memerlukan bantuan ‘catheterisation’ (memasukkan saluran tiub kencing bagi memudahkan untuk kencing) bagi mendapat kelegaan.

 

Bagi wanita yang sebelum hamil mengalami masalah saraf, mereka mungkin tidak rasa sakit atau rasa hendak kencing apabila pundi kencing mereka penuh atau membesar. Jadi jangkamasa 6 jam adalah masa yang terpanjang diberikan untuk menentukan seorang wanita itu mempunyai masalah kencing atau tidak.

 

Apabila wanita tersebut itu tidak boleh membuang air kecil selepas diberikan rawatan selama 3 hari. Ia dinamakan sebagai  “Persistent Postpartum Urinary Retention”.

 

PUNCA-PUNCA MASALAH INI

 

Oleh itu setiap masalah kesukaran membuang air kecil selepas melahirkan anak, haruslah diuruskan dengan sempurna kerana jika tidak diperiksa dengan betul dan dirawat dengan sempurna, ia boleh menyebabkan kerosakan pada otot-otot pundi kencing. Masalah ini berkekalan dan mengakibatkan jangkitan kuman pada pundi kencing.

 

 

Masalah ini bermula apabila wanita yang hamil mengalami perubahan hormone. Perubahan ini yang menyebabkan otot-otot pada pundi kencing menjadi lemah. Wanita hamil yang berada di akhir kehamilan (trimester ketiga), saiz rahem mereka yang membesar menyebabkan seorang wanita itu kerap berasa untuk buang air kecil, kerana kedudukan rahem yang menekan pundi kencing mereka. Secara fisiologi, kelonggaran otot punci kencing ini memberikan kelebihan pada wanita hamil, agar mereka mampu menyimpan lebih banyak air kencing dan secara tidak langsung membolehkan mereka banyakkan rehat.

 

Apabila mereka melahirkan anak, otot-otot pundi kencing belum lagi pulih, dan masih lagi dalam berkeadaan rehat sehingga menyebabkan masalah kesukaran buang air kencing (urinary retention) berlaku.

 

WANITA YANG BERISIKO

Oleh itu doctor yang memeriksa wanita yang hamil ini harus mengenal pasti :

1.      Wanita yang memang mengalami masalah kesukaran buang air kecil sebelum hamil lagi dan menggunakan tiub saluran kencing (urine catheter) untuk membuang air kecil.

2.      Wanita yang mempunyai berkeupayaan menyimpan air kencing lebih banyak. Mereka selalunya membuang air kecil kurang dari 4 kali sehari dan membuang air kencing dengan banyak melebihi 600ml setiap kali kencing.

3.      Wanita yang pernah mengalami masalah sukar buang air kecil selepas melahirkan anak pada kehamilan yang lepas.

 

Saringan ini bertujuan agar doctor mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan masalah yang sama berlaku selepas melahirkan anak pada kali ini.

 

Selain dari wanita-wanita yang disebutkan tadi, risiko untuk mendapat masalah ini juga boleh berlaku pada wanita wanita yang pertama kali hamil, wanita yang pertama kali melahirkan anak secara normal (vaginal delivery), wanita yang menggunakan bius epidural, spinal atau pudendal semasa melahirkan anak, wanita yang mengalami kesukaran melahirkan anak, contohnya terpaksa menjalani kelahiran menggunakan forcep atau vakum, wanita yang melahirkan anak yang bersaiz besar (melebihi 3.8kg) sehingga mengalami kesukaran melahirkan anaknya, mengalami luka faraj ketika melahirkan anak (perineal tear) yang besar.

 

RAWATAN

 

Bagi wanita yang baru melahirkan anak secara normal, selepas 4-6 jam, mereka digalakkan untuk bergerak (berjalan sekeliling katil), menuam air suam pada abdomen, agar mudah untuk buang air kencing. Jika mereka berasa sakit, ubat tahan sakit boleh diberikan pada dos yang sesuai. Wanita yang berasa sakit di tersebut, selalunya mengalami masalah sukar membuang air kecil dan mengalami sembelit.

 

Selepas 6 jam, selalunya pundi kencing akan penuh dengan maksima. Mereka sepatutnya boleh membuang air kencing dengan sendiri dan mudah. Namun apabila mereka mengalami masalaah, ini akan menyebabkan wanita tersebut merasa tidak selesa dan jika dibiarkan ia akan merosakkan otot-otot pendi kencing (bladder hypotonia), menyebabkan masalah sukar membuang air kencing menjadi kekal.

 

Oleh itu doctor mungkin akan memasukkan semula tiub saluran kencing (catheter) jika selepas 6 jam, wanita itu tidak membuang air kecil atau membuang air kecil terlalu sedikit. Catheter ini akan diikat selepas air kencing dikeluarkan dari pundi, dan dilepaskan semula  selepas 4-6 jam. Dengan ini pundi kencing dapat dilatih untuk mengecut mengeluarkan air kencing dan mengembang menyimpan air kencing seperti kebiasaannya yang normal.

 

Latihan seperti ini mungkin mengambil masa antara seminggu atau dua minggu.  Dalam masa yang sama, wanita tersebut boleh menjalami rawatan berurut, mengambil ramuan herba yang sesuai dan bertuam dengan batu panas yang balut dengan tuala yang tebal.

 

Wallahu a’lam

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: