SUDAH MENGAMBIL UBAT BATUK TETAPI BELUM SEMBUH
” Salam doktor, saya mengalami batuk selama dua minggu. Pelbagai jenis ubat batuk yang saya gunakan. Saya ambil dari klinik dan hospital dan ada yang saya beli dari farmasi dan kedai ubat. Ia belum sembuh. Adakah ubat-ubat yang saya ambil tidak lagi berkesan kepada saya? Mohon pencerahan”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Batuk adalah bukan penyakit. Ia adalah mungkin gelaja bagi penyakit yang lebih serius atau ia adalah sebagai tindak balas refleks yang normal apabila melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau apabila terkena bahan-bahan seperti habuk, atau hawa yang sejuk.
Adakalanya batuk disertai dengan selsema dan demam yang rendah.
Bagi batuk yang tidak berbahaya, selalunya ia akan hilang dengan sendirinya selepas lebih kurang seminggu. Namun bagi mengurangkan rasa tidak selesa, selalunya kita akan mencari ubat dengan segera di farmasi atau kedai-kedai ubat.
Ada beberapa jenis ubat batuk dan ada beberapa perkara yang kita perlu tahu sebelum mengambil mana-mana ubat batuk.
1. ada ubat batuk mengandungi pseudoephedrine, yang boleh menambah tekanan darah. Pesakit darah tinggi tidak sesuai mengambil ubat batuk seperti ini.
2. ada ubat batuk yang berbentuk cecair dan mengandungi gula. Pesakit diabetes mellitus tidak sesuai mengambil ubat jenis ini.
3. Jika mengalami batuk melebihi seminggu dan tidak berkurangan dengan ubat yang diambil, berkemungkinan mengalami masalah penyakit yang lebih serius.
4. Batuk yang berlaku pada waktu malam sahaja , terutama ketika berbaring, menandakan ia adalah masalah batuk yang berpunca dari penyakit yang berbahaya.
5. Jangan mengambil ubat batuk melebihi seminggu kerana ada beberapa jenis ubat batuk yang boleh menyebabkan ketagihan.
wallahu a’lam