Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » SUAMI PERLU BANTU ISTERI KETIKA RASA SAKIT MELAHIRKAN ANAK

SUAMI PERLU BANTU ISTERI KETIKA RASA SAKIT MELAHIRKAN ANAK

SUAMI PERLU BANTU ISTERI KETIKA RASA SAKIT MELAHIRKAN ANAK
 
 
Sebagai suami, kita tidak akan faham penderitaan isteri yang melahirkan anak kita. Tidak kira lahir secara normal atau pembedahan cesarean. Kedua-duanya sama sakit.
 
 
Kita orang lelaki bila rasa sakit perut, sudah tak tahan dan mengamuk. Ada yang menjerit-jerit macam dicucuk pisau. Apatah lagi sakit melahirkan anak. Suatu yang tidak boleh dibayangkan. Sedang isteri kita mengalami rasa sakit antara 3-12 jam.
 
 
Saya belum pernah dengar seorang ibu yang sedang menjalani proses melahirkan anak, bermaki hamun menahaan kesakitan. Mereka bersabar, mengucapkan zikir dan bercakap yang baik-baik.
 
 
Jadi kita patut berterima kasih kepada isteri kita yang telah melakukan tugas sebagai ibu dengan begitu baik. Tidak pernah mereka merungut selepas itu.
 
 
Rasa sakit ketika melahirkan anak berlaku apabila rahem yang
menguncup untuk mengeluarkan bayi. Rasa sakit ini berbeza bergantung kepada individu:
 
 
1. Saiz bayi dalam rahem. Lebih besar bayi, mungkin lebih kuat rasa sakit.
 
2. Kedudukan bayi. Jika bayi berkedudukan tidak normal (kepala di bawah), lebih sukar bayi dikeluarkan dan rasa sakit bertambah kuat.
 
3. Rasa sakit lebih kuat pada wanita yang menjalani prosedure induksi (pemberian ubat untuk merangsangkan pengecutan rahem)
 
4. Semakin lama proses kelahiran ini berlangsung, semakin kuat rasa sakit.
 
5. kekejangan pada otot sekitar rahem di kawasan pelvik juga akan menyebabkan rasa sakit semakin kuat.
 
6. Tahap rasa sakit pada individu. Ada individu yang tidak tahan rasa sakit dan merasakan rasa sakit sangat kuat.
 
 
Selalunya rasa sakit akan kemuncak apabila oangkal rahem membuka penuh pada keluasan 10cm.
 
 
Ada beberapa cara untuk mengurangkan rasa sakit. Antaranya dengan cara berurut, teknik bernafas, letakkan ais atau haba pada abdomen bagi mengurangkan rasa sakit.
 
 
Paling utama, kita sebagai suami harus berikan sokongan emosi pada isteri. Memang kita tidak boleh melakukan banyak perkara kerana proses kelahiran diuruskan oleh pihak hospital. sekurang-kurangnya kita menunggu dan menjadi orang pertama yang menerima berita gembira kelahiran anak kita. Beradalah di sisi isteri sepanjang di berada di hospital. Bantu dia untuk berjalan, membersihkan diri dan menguruskan anak.
 
 
Bagi mereka (suami) yang telah membantu isteri mereka saya ucapkan tahniah.
 
 
#HealthDrZubaidi
 
 
 
 
 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: