Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Sperma dan Ejakulasi Pramatang (PE)

Sperma dan Ejakulasi Pramatang (PE)

Hari ini klinik FB saya ditanya oleh seorang rakan FB lelaki berkenaan masalah hubungan kelamin. Mungkin ada yang memandang perkara ini sebagai isu ringan. Pada saya sebagai lelaki, ianya amat sensitif dan melibat ’harga diri’ seseorang lelaki.

Masalah ejakulasi pramatang (Premature Ejaculation/PE) adalah antara yang dihadapi oleh lelaki. Dianggarkan sebanyak 25-30% lelaki mengalami PE.

Ia boleh berlaku pada mana-mana umur. Ada yang mengalaminya sejak mula berkahwin dan ada pula yang mengalaminya selepas beberapa tahun berkahwin walaupun sebelum itu beliau tidak menghadapi apa-apa masalah.

Namun apa yang hendak saya bincangkan kali ini adalah masalah PE dan kaitannya dengan ketidaksuburan lelaki. Adakah air mani yang dikeluarkan oleh lelaki yang mengalami PE mengandungi sperma?  

”Doktor, saya mengalami masalah ejakulasi pramatang. Namun apa yang merisaukan saya adalah tentang kesuburan. Saya ingin bertanya adakah air mani saya mempunyai sperma?”

Saya amat simpati atas musibah yang ditanggungnya. Saya membayangkan masalah yang dihadapi oleh suami yang rasa tertekan menghadapi keghairahan isteri setiap malam. Sudah tentu ‘keegoan’ lelakinya tercabar apabila gagal memuaskan naluri seksual isterinya.

“Doktor, zakar saya boleh menegang, namun sebelum saya memulakan jima’,  air mani saya telah keluar”

Sebelum memahami masalah PE, elok kita fahamkan fenomena ejakulasi yang berlaku pada setiap lelaki. Apabila ada rangsangan seksual  yang didapati secara fizikal dan mental, mesej akan dihantar dari zakar kepada saraf tunjang (spinal cord) dan otak.

Apabila seorang lelaki mencapai satu fasa keseronokan (sexual climax) dalam proses jima’, mesej pula dihantarkan dari saraf tunjang kepada organ-organ di kawasan pelvis dan menyebabkan ejakulasi.

”Ereksi saya normal, tapi mengapa air mani saya keluar terlalu awal?”

Ereksi amat berbeza dari ejakulasi. Oleh itu bagi mereka yang boleh mendapat ereksi ada kalanya menghadapi masalah ejakulasi. Ereksi bermakna zakarnya keras  dan memudahkan zakar memasuki faraj, sementara ejakulasi adalah proses mengeluarkan air mani dari zakar.

Ejakulasi melibatkan dua fasa. Fasa pertama dinamakan emission, di mana pengumpulan air mani di saluran urethra. Fasa kedua pula dinamakan evacuation iaitu reflex di mana pengecutan otot di sekeliling urethra, akan memancutkan air mani dari urethra dan zakar.

“Jadi apa kaitan masalah ejakukasi pramatang dengan sperma yang kurang?”

Pada lelaki yang normal, setiap kali ejakulasi mempunyai antara 50- 500 juta sperma. Selalunya air yang dikeluarkan antara 1 ml hingga 5 ml.

Ejakulasi pramatang adalah pancutan ejakulasi yang berlaku apabila rangsangan yang minima diberikan. Ianya berlaku pada setiap kali jima’.

Adakalanya PE berlaku sebelum zakar dimasukkan ke dalam faraj. Malah ada yang berlaku ketika baru dimasukkan. Ini bermakna sebelum lelaki itu merasakan klimaks, ejakulasi sudah berlaku.

Oleh itu gelora nafsu seksual isteri tidak dapat dipuaskan kerana ‘tiupan wisel penamat ditiupkan ketika sepakan bola baru bermula’. Ia amat mengecewakan bagi suami dan isteri.

Ada kajian yang menunjukkan jumlah sperma yang dikeluarkan oleh lelaki yang mengalami masalah PE mempunyai jumlah sperma kurang dari 3 juta/ml. Sedangkan jumlah sperma yang kurang 5 juta /ml sudah dikira sebgai ’tidak subur’.

Satu kajian lain pula menunjukkan lelaki yang mengeluarkan 3 juta sperma bagi setiap ml mempunyai kadar menghamilkan yang sangat rendah.

Oleh itu terlalu sukar untuk mengharapkan seorang lelaki yang mengalami PE untuk menghamilkan isterinya, terutama jika lelaki itu melakukan pancutan sebelum memasuki faraj isterinya.

Bagi lelaki yang sempat memancutkan air maninya ke faraj isterinya, peluang untuk menghamilkan isterinya masih ada. Apa yang perlu ialah rawatan untuk mengawal ejakulasi.

Punca dan rawatan bagi masalah PE akan saya huraikan pada penulisan yang akan datang, Insya Allah.

 

Wallahu a’lam.

Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad (270111)

7 comments

  1. Salam Doc, Di mana kita boleh membeli Pill premature ejaculation yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

  2. slm doc..saya tlh mmpunyai seorg ank brumur 1thn 2bln.skrg sy brhasrat utk mgndung lg.ttpi suami sy kerap mgalami PE.adakah pluang utk sy mgndung lg agk tipis?sy dtg haid pd 30 jun 2011 n tamat pd 8july 2011.bgaimana ingin mngira hr subur sy?shingga hr ini 4 ogos 2011,sy msh blm dtg haid.sy sdh buat urine test,trnyata sy tdk hamil.adakah sy buat test trsebut trlalu awal??hrp doc sudi reply msg sy through my email..tq so much.slmt brpuasa.

  3. salam doc,sy ada masalah tiada air mani,bila berlaku ejakulasi,,apakah punca dan kaedah rawatan yg boleh sy lakukan.

  4. salam Dr..
    sy ingin bertanyakan mengenai konsep perancangan keluarga yg saya amalkan utk tidak mempunyai anak buat masa terdekat..
    sikiranya persetubuhan yg dilakukan diakhiri dengan pancutan di luar rahim adakah masih berisiko utk pasangan sy hamil?
    dan sekiranya di awal persetubuhan terdapat air mazi adakah ianya mengandungi sperma dan adakah tinggi potensi untuk mengandung..
    terima kasih Dr.

  5. Salam..Dr.

    Bagaimanakah caranya utk memperbanyakkan sperma?
    Tq.

  6. apa kah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah pancutan pramatang.ade x apa apa ubat atau rawatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!