Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » SHAKEN BABY SYNDROME: Penderaan Bayi yang Kejam
SHAKEN BABY SYNDROME: Penderaan Bayi yang Kejam

SHAKEN BABY SYNDROME: Penderaan Bayi yang Kejam

 

Penderaan ke atas kanak-kanak semakin meningkat di Malaysia, tetapi para doktor juga semakin gelisah dengan peningkatan bilangan kes bayi yang didera dan menderita akibat Shaken Baby Syndrome (SBS).

Shaken Baby Syndrome, mula diperkenal pertama kalinya pada 1974 , sebagai satu sindrom diakibatkan oleh goncangan kuat pada bayi yang boleh menyebabkan kematian.

 

Kematian atau kecacatan kekal

SBS selalunya menyebabkan kematian akibat kecederaan otak yang teruk. Kematian bayi akibat SBS dijangkakan antara 20%–25%. Jika tidak menyebabkan kematian, biasanya kecacatan kekal pada penglihatan (kebutaan), kecacatan kekuatan otot (e.g. cerebral palsy), terencat akal, sawan dan kecacatan pertuturan dan pembelajaran. 

Konsep SBS ini diterangkan oleh Dr.John Caffey, seorang pakar radiologist, dan Dr. Norman Guthkelch, pakar neurosurgeon pada awal 1970an. Mereka berpendapat bahawa pendarahan saluran darah vena subdural dalam otak di kalangan bayi disebabkan oleh saluran darah itu koyak akibat dari goncangan bahu bayi. Dengan adanya teknologi CT scan, SBS dapat didiagnosa dengan mudah.

Di Malaysia, contoh kes seperti yang dilaporkan oleh akhbar News Strait Times,  ialah Jennet Fong Yen Phin yang kehilangan anaknya Xin Yi yang tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Ketika di masukkan ke dalam ICU, Xin Yi bernafas menggunakan ventilator dan mengalami beberapa sawan. CT scan otak telah menunjukkan terdapat pendarahan di dalam otak. Akibatnya, kanak-kanak itu mengalami risiko kebutaan dan  lumpuh berada di atas katil seumur hidup.

Begitu juga terjadi pada adik Mohamed Darwish Khusyfi Mohd Khairol yang berusia 6 bulan. Menurut bapanya, anaknya itu tidak sedarkan diri dan mukanya menjadi biru ketika diambil dari pengasuhnya.

Berita ini boleh dibaca di:  Alarm as number of cases soars http://www.nst.com.my/articles/12afal/Article/index_html#ixzz135McYFnn

SBS adalah suatu penderaan fizikal terhadap bayi atau kanak-kanak yang berumur kurang dari 3 tahun, apabila pendera menggoyangkan bahu bayi atau kanak-kanak dengan kuat, menyebabkan kecederaan akibat pergerakan kepala dan badan whiplash. Secara luaran tiada kecederaan yang dapat dilihat.

Ramai ibubapa yang tidak sedar apa yang berlaku pada anak mereka. Pengasuh selalu memberikan alasan bahawa bayi atau kanak-kanak itu pengsan selepas terjatuh dari katil. Ada juga ibu bapa yang menyangka anak mereka diserang sawan akibat demam.

 

Apakah tanda-tanda yang perlu diperhatikan ketika menerima alasan pengasuh itu?

Kanak-kanak  atau bayi yang pengsan boleh disebabkan oleh pelbagai sebab, namun doktor akan mengesyaki sesuatu yang ’luar biasa’ jika terdapat tanda-tanda pendarahan retina.

Adakalanya pendarahan retina ini terlalu teruk sehingga darah keluar dari biji mata dan mengalir seperti air mata. Sebanyak satu pertiga dari kes SSB menyebabkan pendarahan retina.

Adakalanya ibubapa mendapati bayi mereka tidak pengsan, namun berkeadaan tidak seperti biasa. Bayi itu menunjukkan tanda-tanda mudah merengek, kurang selera makan, kelihatan lemah dan tidak bermaya, selalu muntah, sesekali mendapat sawan, bengkak di ubun-ubun (frontanel), dan kelihatan seperti susah bernafas. Jika terdapat tanda-tanda begini harus segera membawanya ke hospital.

Kebanyakan penderaan ini dilakukan oleh pengasuh bayi yang tidak berpengalaman ataupun teman lelaki pengasuh bayi yang tinggal bersama dengan pengasuh. Akibat tekanan perasaan atau terlalu marah, mereka mungkin tidak tahan dengan tangisan bayi yang kuat dan cuba mendiamkan bayi itu dengan menggoncangkan bahunya.

Ibubapa perlu berwaspada dengan berhati-hati ketika memilih pusat asuhan untuk bayi mereka. Kebanyakan ’pusat asuhan’ tidak berdaftar, bermakna pengasuh bayi itu tidak  terlatih dan kurang berpengetahuan mengenai penjagaan bayi. Mereka tidak tahu mengendalikan bayi yang menangis.

Kesedaran ibubapa terhadap Shaken Baby Syndrome juga harus dipertingkatkan. Saya membuatkan ringkasan untuk kemudahan ibubapa:

Tanda-tanda bayi mengalami “Shaken Baby Syndrome”:

  • Tidak mampu menoleh kepala.
  • Tidak mampu mengangkat kepala.
  • Anak mata (pupil) menjadi besar, kecil atau tidak sama.
  • Darah berkumpul di dalam mata.
  • Ubun-ubun membengkak.
  • Bayi tidak senyum atau tidak bersuara.
  • Tidak mampu menghisap puting atau menyusu.
  • Bayi kelihatan seperti separuh sedar, seolah-olah penat dan lemah
  • Sukar bernafas.
  • Sawan tanpa sebab.

Bagi kesedaran terhadap Shaken Baby Syndrome bolehlah melihat di http://www.youtube.com/watch?v=PwHUOSTkHOk

 

Wa allahu a’lam.

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (241010)

http://www.facebook.com/drzubaidi

http://drzubaidi.com/blog 

One comment

  1. Assalamualaikum dr.,

    Saya ingin bertanya adakah kemungkinan berlaku juga seperti Shaken Baby Syndrome jika menggunakan buaian tradisional yang masyarakat kiat secara amnya selalu gunakan?

    Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: