SETIAP PENYAKIT ADA UBAT DAN PENAWARNYA

Selama ini kita lupa bahawa setiap manusia akan diuji. Ujian diberikan bukan untuk menyusahkan kita tetapi untuk mengingatkan kita dan memberikan pahala untuk kita (di samping meningkatkan derajat kerohanian kita).

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT tidak akan terlepas daripada terkena ujian. Antara ujian yang diberikan adalah ujian dengan datangnya penyakit. Dengan datang penyakit, kita akan berasa sakit dan akhirnya kita menemui kematian.

Allah SWT mengingatkan kita dalam surah al Mulk ayat ke 2.

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلً

Maksudnya: “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.”

Bila diuji dengan penyakit kita diminta bersabar dan banyak mengingati Allah. Semakin kita diuji dengan penyakit semakin kita taan kepada NYA. Namun kita juga digalkkan mencari penawarnya.

Satu hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)]

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ حَيْثُ خَلَقَ الدَّاءَ، خَلَقَ الدَّوَاءَ، فَتَدَاوَوْا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu.” [Riwayat Ahmad (12596)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali hadith ini sebagai sahih li ghairihi]

Kesimpulannya apabila kita diuji dengan penyakit, insaflah ia adalah ujian dari Allah SWT untuk menguji sejauh mana keimanan kita dan ketaatan kita. Carilah penawar dan ubat bagi setiap penyakit yang kita hadapi, dengan percaya bahawa Allah lah yang akan menyembuhkan.

Carilah ubat yang halal dan bukan najis untuk kita kerana ia mendekatkan kita kepada jalan penawar yang dituliskan untuk penyakit itu.

Ini jelas disebut dalam sebuah hadis daripada Abi Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ، وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلَا تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram.” [Riwayat Abu Daud (3874)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meniali hadith ini sebagai sahih li ghairihi]

Satu lagi hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الدَّوَاءِ الْخَبِيثِ

Maksudnya: “ Nabi melarang daripada berubat dengan ubat yang kotor.” [Riwayat Ahmad (8048)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah hasan]

Secara jelas kita dilarang daripada menggunakan benda-benda yang najis dan haram bagi tujuan perubatan. Namun di dalam kitab al-Majmu’ dinyatakan bahawa larangan tersebut (berubat dengan yang haram dan najis) ialah jika tidak ada keperluan untuk menggunakan ubat-ubatan yang haram dan najis kerana masih terdapat ubat yang suci. [Lihat: al-Majmu’, 9/58]

Sumber: Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

 
 

Leave a Reply

error: Content is protected !!