Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » SESEKALI ELOK MAKAN NANAS

SESEKALI ELOK MAKAN NANAS

SESEKALI ELOK MAKAN NANAS

 

 

Nanas adalah buah tempatan yang terbaik. Ia bermanfaat pada tubuh kerana nanas sarat dengan vitamin C, thiamine, sebatian bromeline dan manganese.

Sepotong nanas mengandungi 80-100 Cal bergantung sama ada ia sudah masak atau tidak.

Vitamin C dalam nanas sangat bagus untuk hapuskan lendir dan kahak pada dinding tekak. Ia bagus untuk cantikkan kulit.

Sebatian bromelain dalam nanas dapat mengurangkan tahap keradangan dalam tubuh. Ia bagus untuk pesakit osteoarthritis, menurunkan berat badan dan menghalang berlakunya penyakit alzheimer.

Fiber dalam nanas bagus untuk kesihatan usus dan bertindak sebagai prebiotik.

Mineral manganese pula sangat penting untuk fungsi otak. Vitamin thiamin pula penting untuk menukarkan makanan kepada tenaga.

Jadi pengambilan nanas sangat baik untuk tubuh.

Jika ada kesempatan, saya ambil sepotong dua sebagai kudapan petang atau ambil sebelum makan tengahari dan malam.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: