Sesak bernafas tetapi bukan asthma

“Assalamualaikum doc. Saya mohon pencerahan mengenai kawan saya yang sering mengalami sesak nafas pada waktu malam. Pada mulanya dia ingatkan cuma serangan asma sbb dia memang ada penyakit asma. Tetapi bila ke hospital, doctor cakap dia bukannya asma tetapi mengalami masalah oksigen terlebih. Boleh saya tahu apakah punca dan cara mengatasinya. Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM.

Sebenarnya sukar untuk saya memberikan pendapat dalam hal ini kerana saya tidak memeriksa beliau.

Namun begitu doctor yang memeriksa beliau telah mengesahkan bahawa beliau ketika itu tidak mengalami serangan asthma, cuma mengalami lebihan oksigen dalam paru-paru dan darah.

Dalam hal ini saya percaya beliau mengalami masalah “Hyperventilation Syndrome” ( HVS ).

Saya masih ingat semasa ketika bekerja di  Jabatan Kecemasan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, di mana seorang gadis berusia 18 tahun dipapah ke dalam bilik rawatan.

Beliau kelihatan lemah dan menarik nafas laju seolah-olah diserang penyakit asthma. Tangan terutamanya jari-jari beliau menjadi keras dan kaku.

Setelah pemeriksaan dilakukan, beliau hanya mengalami masalah HVS. Ia selalu berlaku di kalangan gadis dan remaja perempuan apabila terlalu panic, takut atau terperanjat.

HVS berlaku apabila seorang pesakit itu menarik nafas terlalu laju sehingga kandungan oksigen di dalam darah semakin bertambah melebihi permintaan metabolik , menyebabkan perubahan hemodinamik dan kimia. Ia tidak menyebabkan kematian tetapi menyebabkan pesakit berasa ‘hampir mati’ kerana rasa lemah dan sukar bernafas.

Cara terbaik ialah dengan mengajar pesakit untuk bernafas secara dalam perlahan-lahan dengan menggunakan palstik bag.

Ini akan memberikan kelegaan pada pesakit dengan segera.

WALLAHU A’LAM.

Leave a Reply

error: Content is protected !!