Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Sembelit ketika berpuasa di bulan Ramadan

Sembelit ketika berpuasa di bulan Ramadan

buka puasa

 

“Salam doktor. Saya mengalami sembelit dan sudah tiga hari saya tidak ke bilik air. Adakah ini disebabkan oleh puasa atau kurang minum air? Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

 

 

Sembelit berlaku apabila pergerakan usus besar yang perlahan sehingga najis yang mulanya berbentuk cair menjadi keras apabila berada di hujung dubur (anus).

 

Ini kerana sepanjang pergerakan yang perlahan itu cecair dari najis akan diserapkan semula ke dalam usus besar.

 

Oleh itu sembelit mendatang kemudaratan jika ia dibiarkan lama kerana semua toksik dalam najis telah diserap semula.

 

Orang yang lama mengalami sembelit (chronic constipation) akan menyebabkan tubuh mereka lemah, cepat letih, pucat dan tidak bermaya. Jika tidak dirawat segera ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar.

 

Selain itu sembelit akan menghalang gas dalam usus dikeluarkan sebagai kentut. Ini menyebabkan perut menjadi kembung dan akhirnya tidak selesa.

 

Individu yang tidak membuang air besar setiap hari tidak bermakna dia mengalami sembelit. Ini kerana kekerapan membuang air besar sangat berbeza-beza antara seorang individu dengan individu yang lain.

 

Secara amnya seseorang yang mengalami sembelit apabila beliau membuang air besar kurang daripada tiga najis yang semisolid dan kering setiap minggu.

 

Sembelit yang bersifat sementara bukanlah suatu penyakit. Ia boleh berlaku disebabkan oleh ubat-ubatan, diet rendah serat, kurang aktiviti fizikal, kurang minum air, ketidakseimbangan hormon dan perubahan gaya hidup.

 

Tidak hairanlah ramai orang yang berpuasa di bulan Ramadan mengalami sembelit atas sebab-sebab yang disebutkan tadi.

 

Oleh amat penting bagi seorang yang berpuasa menjaga pemakanan mereka.

 

Ketika mula menjamah makanan ketika berbuka, kurangkan makanan yang pedas, bergoreng dan berlemak. Minuman berkafein seperti kopi dinasihatkan diminum selepas berbuka puasa.

 

Makan makanan dengan saiz hidangan yang kecil, dan makan semula apabila berasa lapar. Kunyah makanan dengan perlahan-bagi menikmati makanan.

 

Elakkan makan makanan yang berat dalam tempoh dua jam sebelum tidur. Ini semua bertujuan untuk menggalakkan penghadaman yang optimum.

 

Pemakanan (diet) yang baik makanan yang banyak serat. Persatuan Pemakanan Amerika mengesyorkan sekurang-kurangnya 20 hingga 35 gram serat setiap hari untuk individu dengan sembelit.

 

Ini kerana pemakanan yang mempunyai serat yang tinggi akan membantu memulihkan pergerakan usus besar, menambah jisim najis dan melembutkannya supaya mudah dikeluarkan.

 

Makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh adalah penting bagi mencegah sembelit.

 

Buah-buah seperti betik dan pisang sangat membantu mengawal pergerakan usus.

 

 

Meningkatkan pengambilan serat dalam makanan terutama ketika berbuka puasa secara beransur-ansur untuk beberapa minggu akan mengurangkan gejala kembung perut, pedih ulu hati, dan sembelit.

 

Minum air yang mencukupi adalah penting bagi individu yang sedang mengalami sembelit. Ini kerana air yang diminum akan melembutkan najis dan memudahkan membuang air besar.

 

Minum enam hingga lapan gelas air, sama ada air mineral, jus buah-buahan, atau susu rendah lemak. Minum air perlahan-lahan untuk mengelakkan perasaan kembung.

 

Seharusnyalah di bulan Ramadan ini berpuasa memberikan manfaat ukhrawi dan duniawi.

 

Wallahu a’lam

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!