Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Selamatkah ubat prednisolone untuk anak yang ada lendir?

Selamatkah ubat prednisolone untuk anak yang ada lendir?

SELAMATKAH UBAT PREDNISOLONE UNTUK ANAK YANG ADA LENDIR?

 

 prednisolone syrp

 

“Salam doctor, anak saya (1 tahun 5 bulan) sedang selsema, batuk dan kahak yang banyak selama seminggu. Saya sudah mengambil ubat salbutamol, ubat selsema tapi tak ada kesan. Hari ni doctor  bagi ubat prednisolone 3 kali sehari. Adakah ubat tersebut selamat utk anak saya?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Prednisolone adalah sejenis steroid untuk membantu mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan lendir, terutama bagi pesakit asma. Jika anak puan diserang asma yang teruk, doctor akan memberikan ubat prednisolone untuk mencegah serangan asma supaya tidak berulang dan mengurangkan lendir.

 

Ubat prednisolone biasanya diberikan selama beberapa hari pada dos yang kecil. Bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai asma tetapi mengalami lendir yang banyak, doctor juga memberikan ubat prednisolone untuk membantu anak puan pulih segera.

 

Doktor selalunya akan memberikan dos ubat yang tepat untuk anak puan bergantung kepada berat badannya.

 

Ubat ini selalunya akan mula memberikan kesan dalam masa 30 minit dan mengambil masa 4-6 jam untuk berkesan sepenuhnya.

 

Walaupun ubat prednisolone ini termasuk ke dalam kumpulan steroid, ia tidak memberikan kesan sampingan pada anak puan jika puan memberikan anak puan pada dos yang dibenarkan selama beberapa hari.

 

Doktor akan memberikan dos ubat yang paling rendah dan untuk jangka masa yang paling minimum untuk mengelakkan kesan sampingan.

 

Pesakit yang mengalami kesan sampingan biasanya mengambil dos yang tinggi, atau mengambil prednisolone untuk masa yang lama.

 

Kesan sampingan akibat terlebih dos mungkin berlaku pada anak puan jika anak puan mengadu sakit perut yang teruk atau muntah berulang-ulang kali. Ini mungkin disebabkan oleh ulser perut atau radang pankreas.

 

Bagi pesakit yang mengambil ubat prednisolone pada jangka masa yang lama dan mula mengalami kesan sampingan, apabila:

 

1. terdapat ruam atau lebam yang teruk pada kulit.

2. mengalami penglihatan yang kabur.

3. mempunyai selera makan yang tinggi dan mengalami penambahan berat badan.

4. mengalami pertumbuhan fizikal kanak-kanak.

5. mempunyai bulu badan menjadi lebat

6.  mengalami haid yang tidak teratur pada kanak-kanak perempuan.

7. meninggikan risiko untuk mendapat jangkitan kuman yang teruk.

8. mengalami kulit menjadi lebih nipis, dan jika mengalami luka, dia akan sembuh dengan dengan lambat.

9. mengalami masalah tulang yang rapuh (osteoporosis).

10. mengalami masalah otot-otot di bahagian pinggang dan bahu mudah sakit dan penat bila buat kerja. Ini dapat dilihat apabila kanak-kanak itu mengalami kesukaran untuk berjalan.

 

Untuk pengetahuan puan, ubat prednisolone yang diambil pada jangka masa yang panjang dan berlebihan dos boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami diabetes jika diambil pada jangka masa yang panjang. Kanak-kanak yang mengalami diabetes dapat dikesan apabila mengalami dahaga yang luar biasa, kerap membuang air kecil, atau selalu kencing atas katil pada waktu malam.

 

Jadi ikutlah arahan doctor dan selalu berunding dengan doctor jika ada perkara yang tidak difahami. Menggunakan ubat prednisolone mengikut arahan yang diberikan (dos yang kecil dan guna pada waktu yang pendek) adalah selamat.

 

Saya mencadangkan agar anak puan minum air yang banyak untuk mencairkan kahak yang pekat dan degil.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!