Selamatkah Menjalani Pemeriksaan Xray Ketika Hamil?

Diuji dengan musibah sakit ketika hamil adalah suatu keadaan yang merunsingkan. Apatah lagi jika doktor meminta ibu hamil menjalani pemeriksaan xray bagi mengesan masalah sebenar penyakitnya.

Saya menerima e mail dari seorang pembaca blog saya.

Assalamualaikum Dr.

Dr. saya ada masalah untuk diberitahu. Saya telah didapati hamil 6 minggu oleh doktor. Masalahnya, saya telah menjalani pemeriksaan x-ray untuk lantikan sah jawatan kerajaan sebelum mendapat tahu saya hamil. Saya amat bimbang. Buat pengetahuan doktor, haid saya yang terakhir pada pada 30/8/2011-5/9/2011, dan sebelum membuat x-ray pada 19/9/2011di Jabatan Pesakit Luar, Hospital Awam, saya sudah buat ujian kehamilan dan resultnya negatif. Adakah bayi saya dalam rahem akan terjejas?

Wanita yang kekeliruan.

Ramai yang bertanyakan hal yang sama, “Doktor, adakah xray selamat untuk bayi dalam rahem saya?” Masalahnya ramai doktor yang tidak dapat menjawab persoalan ini kerana tidak pasti.

Doktor yang memeriksa pesakit haruslah memberikan penerangan yang jelas dan berhati-hati. Jika perkataan yang dipilih tidak sesuai, ia akan menambahkan kerunsingan pada wanita yang hamil itu.

Mereka juga keliru dengan tanggapan awam yang mengatakan bahawa xray merbahaya kepada bayi dalam rahem. Apabila berlaku kelahiran bayi yang cacat, maka masyarakat terus bersangka buruk kepada hospital.

Sedangkan risiko bagi masyarakat awam untuk mendapat kelahiran bayi yang cacat, adalah 286 dalam 1,000 kelahiran normal, berbanding dengan risiko kelahiran bayi yang cacat bagi akibat pendedahan sinaran xray hanya sebanyak 0.17 kes dalam 1,000 kelahiran.

Saya faham ramai ibu yang masih khuatir dengan data ini.

Namun percayalah, dos xray yang diberikan di hospital dianggap selamat dan risiko yang dihadapi oleh bayi dalam rahem sangat kecil selagi dos terkumpul (cumulative dose) yang digunakan untuk menjalani pemeriksaan xray ialah 5 rad.

(Brent RL. “The effect of embryonic and fetal exposure to x-ray, microwaves, and ultrasound: counseling the pregnant and nonpregnant patient about these risks”. Semin Oncol 1989;16:347-68.)

Ini bermakna seorang wanita hamil boleh menerima beberapa kali xray sehingga maksimum dos yang diberikan ialah 5 rad.

Sebagai contoh, sekali pemeriksaan xray dada akan mendedahkan seorang ibu hamil, sebanyak 0.00007 rad. Bayi dalam rahem hanya akan terdedah pada sinaran x ray pada dos terkumpul 5 rad, apabila telah melakukan sebanyak 71,429 kali x ray dada.

Jenis-jenis Pemeriksaan


Dos yang diterima oleh bayi dalm rahem bagi setiap pemeriksaan (rad)


Bilangan pemeriksaan untuk mendapat dos terkumpul 5-rad


Plain xray
Skull (Tengkorak) 0.004 1,250
Dental(Gigi) 0.0001 50,000
Cervical spine(tengkuk) 0.002 2,500
Upper or lower extremity(tangan atau kaki) 0.001 5,000
Chest (dada) 0.00007 71,429
Mammogram 0.020 250
Abdominal 0.245 20

Namun begitu doktor seringkali akan berhati-hati walaupun pemeriksaan xray dianggap selamat. Ini kerana pada usia kehamilan antara 10-17 minggu, sistem saraf pada bayi amat sensitif terhadap sinaran xray. Bagi mengelakkan salah faham di kalangan pesakit, doktor hanya akan melakukan pemeriksaan xray selepas usia kehamilan melepasi trimester pertama iaitu selepas 13 minggu, jika pemeriksaan ini sangat diperlukan.

Kekeliruan yang sering berlaku apabila orang awam membandingkan  pemeriksaan xray di hospital dengan malapetaka manusia menggugurkan bom atom di Jepun.

Mangsa ledakan bom atom di Jepun menerima dos yang agak tinggi antara 10 rad hingga 150 rad dan menyebabkan ibu yang hamil melahirkan anak yang mempunyai otak yang kecil (microcephaly) dan otak terencat (mental retardation). Sedangkan xray dada yang diberikan hanyalah 0.00007 rad sahaja.

(Yamazaki JN, Schull WJ. “Perinatal loss and neurological abnormalities among children of the atomic bomb: Nagasaki and Hiroshima revisited, 1949 to 1989”. JAMA 1990;264:605-9.)

(Otake M, Schull WJ. “In utero exposure to A-bomb radiation and mental retardation: a reassessment”. Br J Radiol 1984;57:409-14. )

(Blot WJ, Miller RW. “Mental retardation following in utero exposure to the atomic bombs of Hiroshima and Nagasaki”. Radiology 1973;106:617-9.)

American College of Radiology dan American College of Obstetricians and Gynecologists sendiri telah memberi jaminan bahawa ‘tidak ada prosedur diagnostik yang boleh mengancam keselamatan bayi dalam rahem dan risiko pada bayi dalam rahem boleh diabaikan jika terdedah pada 5 rad atau kurang, sama ada dalam bentuk kecacatan bayi atau keguguran ketika hamil’.

(“National Council on Radiation Protection and Measurements. Medical radiation exposure of pregnant and potentially pregnant women.” NCRP Report no. 54. Bethesda, Md.: The Council, 1977)

Kedua-dua badan ini juga memberitahu bahawa risiko kecacatan hanya bertambah apabila dos yang diberikan melebihi 15 rad (walaupun jumlah dos yang terkumpul haruslah tidak melebihi 5 rad). Pemeriksaan xray pula harus dielakkan bagi wanita hamil yang berada dalam usia kehamilan kurang dari 13 minggu.

American College of Obstetricians and Gynecologists juga mencadangkan sebaik-baiknya pemeriksaan xray harus dielakkan dan digantikan dengan pemeriksaan ultrasound yang lebih selamat. Pemeriksaan ultrasound lebih selamat dan mereka memberi jaminan bahawa “Tiada laporan yang sahih mengenai kesan sampingan pada bayi dalam rahem apabila pemeriksaan ultrasound dijalankan.”

(American College of Obstetricians and Gynecologists, Committee on Obstetric Practice. Guidelines for diagnostic imaging during pregnancy. ACOG Committee opinion no. 158. Washington, D.C.: ACOG, 1995. )

Kesimpulannya

Wanita hamil yang diuji dengan musibah sakit dan memerlukan pemeriksaan xray mempunyai dua risiko. Pertama, risiko daripada penyakit yang dihadapi olehnya dan kedua, risiko dari pendedahan terhadap sinaran x ray yang rendah.

Walaubagaimanapun harus diingat, tanpa pemeriksaan xray berkemungkinan doktor tidak mengetahui punca sebenar penyakit yang dihadapi. Maka rawatan yang sepatutnya mungkin tidak dapat diberikan dengan sempurna tanpa melakukan pemeriksaan ini.

Doktor selalunya akan menimbang antara keperluan dan risiko dengan melakukan pemeriksaan xray. Jika kebaikannya lebih besar, iatu doktor mengetahui punca penyakit yang dihadapi oleh wanita itu, dan tiada jalan lain untuk mengetahui punca penyakit kecuali dengan melakukan pemeriksaan xray, maka janganlah risau. Doktor akan melakukan perkara yang difikirkannya terbaik untuk menyelamatkan pesakit.

Malah pemeriksaan xray boleh jatuh hukum menjadi wajib pula, jika hanya dengan pemeriksaan itu dilakukan, punca penyakit dapat diketahui, rawatan yang sempurna dapat diberikan dan nyawa ibu yang hamil dapat diselamatkan.

Namun jika penyakit wanita itu tidak mengancam nyawa dan pemeriksaan boleh ditangguh, eloklah pemeriksaan ini ditangguhkan sehingga usia kehamilan mencapai usia 13 minggu.

Jadi pesakit haruslah diberikan kaunselling bagi mengelakkan rasa runsing dan salah faham. Tanpa komunikasi yang baik, pesakit mungkin akan meninggalkan rawatan perubatan moden dan melarikan diri ke rawatan alternatif yang tidak berkesan dan kembali semula ke hospital apabila keadaannya bertambah teruk.

Saya sering  mendapat kes di mana ramai wanita yang hamil dan menghidap kanser payudara yang menolak pemeriksaan xray, dan akhirnya datang semula ke hospital apabila kanser payudaranya sudah memasuki fasa ke empat.

Wa allahu a’lam..

Susunan: Dr Zubaidi Bin Ahmad (181011)

13 comments

  1. Salam Doctor,

    Saya baru sahaja disahkan mengandung dan dijadualkan untuk menjalani ujian MRI untuk bahagian kaki pada minggu hadapan Soalan saya
    1. Adakah MRI boleh dilakukan pada wanita mengandung?
    2. Adakah terdapat kesan buruk jika mengambil contrast dye untuk pemeriksaan berkenaan?

    Harap doktor dapat membantu.
    Terima Kasih.

  2. salam..saya ingin tahu..pada 28/12/2011 (hari pertama period) sehingga 4/1/2011(hari akhir period), pada 18/1/2012 saya telah melakukan xray di bahagian punggung di hospital. pada 31/1/2012 saya telah ke klinik dan mendapati saya positif mengandung. Apakah kesan sinaran xray pada janin dalam kandungan saya??

  3. Salam dr..saya mengalami pertanyaan yang sama seperti di atas…first period saya adalah pada 13/2/2012 dan berakhir pada 20/2/2012..kemudian saya telah menjalankan pemeriksaan kesihatan dan x ray dada pada 2/3/2012.dan pada 22/3/2012 doktor mengesahkan saya telah hamil selama 5 minggu…tetapi pada masa saya membuat ujian x ray saya tidak tahu saya mengandung…diharapkan dr dapat memberikan jawapan yang konkrit…terima kasih..jawapan dr amat berharga buat saya…

  4. terima kasih dr kerana sudi memberi jawapan…

    tetapi saya cuma mau kepastian sebab ini adalah baby pertama saya…saya amat risau…ini bermakna…kesan x ray dada tidak memberi kesan kepada kandungan saya?sebb mengikut perkiraan semasa saya melakukan x ray tersebut usia kandungan saya baru mencecah 2 minggu…diharap dr dapat membantu saya…saya tak boleh berhenti berfikir tentang kerisauan saya ini…terima kasih dr…

  5. Terima kasih dr..kerana sudi membalas pertanyaan saya…Ini bermakna x ray tersebut tidak memberi kesan kepada kandungan saya walaupun x ray dilakukan semasa kandungan saya baru mencecah 2 minggu…Saya amat berharap dr. dapat memberikan jawapan kerana saya tidak dapat berhenti berfikir dan amat risaukan perkara ini kerana ini merupakan baby pertama kami…

    Terima Kasih

  6. nor lailawaty

    salam dr..saya pn mengalami masalah yang sama..first period 18/1..saya buat x-ray pada 19/3 setelah beberapa kali buat test dan didapati -ve..masalahnya pada 24/3 saya didapati mengandung dan dr menyatakan bahawa kandungan saya berusia 5 minggu..persoalannya adakah risiko tinggi sekiranya saya menyimpan kandungan..tapi dr tersebut menyuruh saya membuangnya..apa pandangan doktor..saya btl2 didalam dilema..

  7. Fareesha Runsing

    Slm doktor,saya ingin bertanya,saya last peroid pd 18.08.2012 dan saya terpaksa wat x-ray pada waktu subur saya pada 28.08.2012,sy bsama suami pd 27.08.2012,adakah ia akan menganggu kesuburan saya jika saya melekat pd mlm tersebut. saya hanya di x-ray pada dada krn dpt kerja kerajaan utk pgesahan doktor.

    • Slm doktor,saya ingin bertanya,saya last peroid pd 18.08.2012 dan saya terpaksa wat x-ray pada waktu subur saya pada 28.08.2012,sy bsama suami pd 27.08.2012,adakah ia akan menganggu kesuburan saya jika saya melekat pd mlm tersebut. saya hanya di x-ray pada dada krn dpt kerja kerajaan utk pgesahan doktor.

      Dr Zubaidi: Insya ALLAH selamat.

  8. assalamualaikum.sy telah buat xray masa hamil 6 mggu sbyk 3 kali n satu kali ct scan utk kepala sbb xcdent.alhamdulillah sy selamat melahirkan bb girl seberat 3.0 kg secara normal. bb sy pun sihat n alhamdulillah normal xde cacat celanya.syukur sgt2.harap ibu2 yg mengalami situasi spt sy jgn terlalu risau insyaallah Allah akan melindungi bb kecil kita didalm.

    • assalamualaikum.sy telah buat xray masa hamil 6 mggu sbyk 3 kali n satu kali ct scan utk kepala sbb xcdent.alhamdulillah sy selamat melahirkan bb girl seberat 3.0 kg secara normal. bb sy pun sihat n alhamdulillah normal xde cacat celanya.syukur sgt2.harap ibu2 yg mengalami situasi spt sy jgn terlalu risau insyaallah Allah akan melindungi bb kecil kita didalm.

      Dr Zubaidi: Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.

  9. roslina binti muhammad

    Saya pernah buat x ray ketika kandungan saya 5 bulan.. sy tak tau dan tak baca pun arahan jika mengandung sila maklumkan pd pihak hospital,tapi selepas selesai x ray baru sy perasan.. alhamdulillah kini anak sy dah berusia 6 tahun,sehat walafiat..syukur sgt2.. wlupun selama 6 tahun ni sy masih tertanya2 apa kan kesan sampingan pd anak sy atau pd sy sendiri.. setakad ni belum ada apa2 perkara yang tak baik berlaku..

  10. hi dr. sy nak tanya.. sy telah disahkan hamil anak pertama dan skrg usia kandungan sy adlh 4 minggu 5 hari. (LMP:11.4.2014)..tetapi sebelum mengetahui tentang kehamilan ini, sy telah mengalami kecederaan dan telah melakukan xray pada kaki kiri iaitu pada 19.4.2014, dan review seterusnya sy juga melakukan xray pada 24.4.2014 dan 8.5.2014. sy mengetahui tentang kehamilan ini pada 10.5.2014. apakah risiko pada bayi sy sekiranya sy telah melakukan xray pada kaki kiri sy. Diagnosis xray menunjukkan sy fracture tuberosity avulsion metatarsal. mohon dr sila jawab pertanyaan sy. sy risau keselamatan bayi sy.

Leave a Reply to allyCancel reply

error: Content is protected !!