Advertorial
Home » Doktor Menjawab » SELAMATKAH MENDAKI BUKIT BAGI WANITA HAMIL?

SELAMATKAH MENDAKI BUKIT BAGI WANITA HAMIL?

 

 

“Assalamu’alaikum Dr. Saya ingin sedikit. Isteri saya sedang hamil dan telah memasuki bulan keempat. Akhir bulan ini akan masuk bulan ke lima. Isteri saya berhajat sangat untuk mendaki Gunung Thur Sina sebab sudah banyak kali mahu pergi tetapi tidak dapat melakukannya kerana hamil. Apakah persediaan untuk isteri saya agar dapat bersedia sebelum mendaki. Apa nasihat doktor buat Isteri saya.? Terima kasih”

 

WAALAIKUMUSALAM.

 

Mendaki bukit boleh menjadikan tubuh kita menjadi semakin sIhat. Ia juga dapat menurunkan tahap tekanan emosi yang kita hadapi setiap hari.

 

Namun begitu, tidak semua wanita yang hamil, boleh mendaki bukit. WAnita yang sihat dan biasa melakukan akitiviti ini semenjak remaja mungkin tidak mengalami sebarang masalah walaupun sedang hamil. Cuma dibimbangi kecederaan seperti terjatuh atau terseliuh boleh mengganggu kehamilan.

 

 

Bagi wanita yang mempunyai masalah kesihatan semasa hamil seperti tekanan darah tinggi atau diabetes semasa hamil, atau placenta previa, saya nasihatkan agar tidak mendaki bukit. Ini kerana risiko kemudaratannya lebih tinggi.

 

Banyak pendapat yang menasihat sama ada wanita itu ada masa kesihatan semasa hamil atau pun tidak, agar tidak melakukannya sewaktu hamil.

 

Pada ketinggian tertentu, kadar oksigen akan berkurang. Ini akan mereka akan berasa cepat penat dan mengalami masalah sukar bernafas.

 

Apatah lagi aktiviti mendaki itu sendiri memerlukan tenaga dan oksigen yang banyak. Sudah tentu bayi dalam rahem akan mengalami masalah apabila tidak mendapat cukup oksigen yang sepatutnya dibekalkan oleh ibu mereka.

 

Namun jika tuan mempunyai hajat besar untuk mendaki bukit dan tidak boleh bertanggung lagi, saya menasihatkan agar pendakian itu tidak melebih 2500 meter ketinggian dari paras laut. Semakin tinggi pendakian, semakin nipis kandungan oksigen dalam udara, ditambah lagi dengan rasa penat mendaki, boleh memberikan kemudaratan pada ibu dan bayi dalam rahem.

 

Jika mengalami tanda-tanda seperti pening, sukar bernafas, atau sakit kepala, atau pergerakan bayi dalam rahem semakin kurang, ini bermakna wanita yang hamil itu sedang mengalami masalah berkaitan kehamilannya. Anak dalam rahem juga mungkin sedang mengalami masalah yang sama. Mereka harus cepat turun untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

 

Kita tidak boleh membanding wanita hamil yang tinggal di kawasan yang tinggi kerana mereka mengadaptasi suasana tahap oksiden yang rendah kerana telah bertahun-tahun tinggal di situ.

 

Apa yang penting ialah tahu batasan ketika mendaki. Jangan memaksa diri. Pastikan diri benar-benar sihat dan fit sebeum mendaki bukit yang tinggi. Berhati-hati agar tidak jatuh ketika melalui jalan sempit yang licin.

 

Jangan membawa bersama barangan yang berat. Ketika hamil, mereka sudah membawa berat tambahan sehingga 5 kg atau lebih berupa berat bayi, uri dan air tuban.

 

Berehatlah jika penat mendaki di pertengahan jalan. Ini kerana wanita hamil memerlukan banyak oksigen dan biasanya rasa lebih mudah penat. Tanda kepenatan yang melampau ialah apabila mereka tidak dapat bertutur dengan ayat yang penuh tanpa berasa tercungap-cungap.

 

Bawa makanan dan air minum dari yang secukupnya kerana wanita hamil akan berasa mudah lapar. Apabila berpeluh, lebih banyak kehilangan mineral dan harus diganti segera dengan minum air mineral.

 

Gunakan peralatan pendakian yang sesuai seperti bra, sepatu, pakaian dan juga perlatan tambahan seperti “tracking pole”. “Tracking pole” akan membantu terutama apabila mendaki bukit yang curam bagi mengelakkan terjatuh.

 

Jangan lupa buat pemeriksaan dan mendapat nasihat doktor yang merawat sebelum mendaki.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: