Advertorial
Home » Doktor Menjawab » selamatkah BHA dalam produk kecantikan digunakan semasa hamil?

selamatkah BHA dalam produk kecantikan digunakan semasa hamil?

SELAMATKAH BHA DALAM PRODUK KECANTIKAN DIGUNAKAN SEMASA HAMIL?

 

 

 

Assalamualaikum doktor, Saya ingin tanya. Produk penjagaan kulit (skincare) yang mengandungi BHA adakah ia selamat digunakan oleh ibu hamil? Saya baru menggunakan produk tersebut selama  5 hari tanpa menyedari produk itu mengandungi BHA. Terima kasih.

 

 

WALAIKUMUSALAM.

 

Terima kasih bertanya. Beta hydroxy acid (BHA) adalah salah satu komponen dalam hydroxy acid. Satu lagi komponen hydroxy acid adalah and alpha hydroxy acid (AHA).

 

Kedua-dua bahan ini banyak terdapat dalam produk kecantikan dan ubat kulit untuk menghilangkan masalah jerawat dan masalah ruam. Ia banyak dalam produk kecantikan seperti pembersih (cleanser), toner, dan exfoliant yang digunakan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan.

 

Salicylic acid adalah sebahagian dari BHA yang biasa terdapat dalam senarai bahan-bahan dalam pembuatan produk pembersih kulit.

 

Dalam banyak kajian, penggunaan salicylic acid dalam dos yang tinggi, dalam bentuk pil atau kapsul (atau apa-apa bentuk untuk ditelan) boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam rahem dan komplikasi kehamilan yang lain. Ia hanya diberikan kepada ibu yang hamil atas nasihat doktor setelah melakukan pemeriksaan dan beranggapan manfaat bahan ini melebihi kemudaratan yang bakal diterima.

 

Jika digunakan sebagai kream disapu pada kulit, ia akan meresap pada kuantiti yang sedikit. Oleh itu penggunaan BHA dalam kuantiti yang sedikit dalam toner yang digunakan sekali atau dua kali dalam sehari, dianggap selamat.

 

Tetapi jika kuantitinya agak banyak terutama dalam produk yang membuang kulit lama pada muka, ia mungkin tidak sesuai bagi wanita yang hamil.

 

Saya senaraikan beberapa bahan yang biasanya digunakan dalam produk kecantikan dan boleh digunakan jika dalam kauntiti yang kecil.

 

Alpha hydroxy acid (AHA)

Azelaic acid

Benzoyl peroxide

Beta hydroxy acids (BHA)

Beta hydroxybutanoic acid

Betaine salicylate

Citric acid

Dicarbonous acid

Glycolic acid

Hydroacetic acid

Hydroxyacetic acid

Hydroxycaproic acid

Lactic acid

Salicylic acid

Trethocanic acid

Tropic acid

2-hydroxyethanoic acid

 

Kesimpulannya, baca label produk kecantikan sebelum menggunakannya. Jika puan hamil, dapakan nasihat doctor sebelum menggunakan apa-apa produk kecantikan.

 

Semoga bermanfaat.

 

Mohon mengunjungi :

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: