Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Selalu mengalami bengkakan tiroid

Selalu mengalami bengkakan tiroid

SELALU MENGALAMI BENGKAKAN TIROID

 

Thyroid Scan: Pemeriksaan ultrasound untuk kelenjar thyroid

Thyroid Scan: Pemeriksaan ultrasound untuk kelenjar thyroid

 

 

“Assalamualaikum doktor. Terima kasih kasih kerana hari ini doctor banyak kongsikan masalah tiroid. Saya juga menghadapi masalah tiroid. Awal tahun ini saya sudah beberapa kali mengalami bengkakan pada kelenjar tiroid saya. Saya pun tidak tahu puncanya.  Saya ada pergi ke  klinik kesihatan, Medical Assistant hanya bagi ubat demam, antibiotic dan ubat bengkak. Disebabkan terlalu kerap adik saya ada beritahu yang kawan adik dia yang mempunyai masalah tiroid telah disahkan doctor  menghidap kanser hidung tahap3. Adik saya risauda n dia suruh saya buat biopsi. Tetapi bila saya pergi klinik kesihatan medical assistant itu cakap saya punya masalah tiroid tidak teruk. Kena tunggu teruk baru diaorang nak refer ke hospital. Jadi saya saya ank minta nasihat doctor  apa yang perlu saya buat. Saya risau. Hari-hari saya fikir masalah saya ini. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya tidak dapat memberi komen terhadap rawatan yang diberikan oleh MA semasa puan mengalami bengkakan thyroid. Saya akan menerangkan tatacara biasa yang dilakukan oleh doctor untuk merawat masalah bengkakan di leher.

 

Selalunya doctor akan memastikan bengkakan itu adalah bengkakan thyroid, bukannya bengkakan kelenjar limfa di bahagian leher.  Bengkakan thyroid biasanya berada di tengah-tengah di hadapan leher, sementara kelenjar limfa pula selalunya membengkak di bahagian bawah rahang.

 

Ubat antibiotic tidak diperlukan untuk bengkakan thyroid kecuali ada nanah di kelenjar itu. Hal ini jarang berlaku.

 

 

Bagi bengkakan kelenjar limfa  pula antibiotic hanya diberikan jika bengkakan limfa menyebabkan rasa sakit atau ada tanda-tanda jangkitan kuman bakteria di kawasan sekitar seperti ada nanah di bahagian muka, kahak hijau di tekak atau nanah keluar dari telinga.

 

 

Bagi bengkakan thyroid, doctor akan memeriksa sama ada bengkakan itu hanyalah bengkakan biasa (physiological goitre) disebabkan tubuh kita memerlukan lebih banyak hormone thyroid.

 

 

Bengkakan seperti ini berlaku apabila kelenjar thyroid terpaksa membesar bagi memperbanyakan pengeluaran hormone.  Dalam hal ini selalunya bengkakan itu akan susut sendiri setelah keperluan hormone thyroid menjadi rendah.

 

Doktor juga akan melakukan pemeriksaan darah untuk melihat sama ada puan mempunyai kandungan hormone thyroid yang banyak (hyperthyroidism) atau mempunyai hormone thyroid yang rendah (hypothyroidism).

 

Pemeriksaan ultrasound juga dilakukan untuk melihat  jika kelenjar thyroid puan mempunyai kandungan cecair. Hal ini dinamakan thyroid cyst.  Pesakit yang mengalami thyroid cyst akan menjalani pengambilan cecair tersebut untuk dianalisa di makmal , menggunakan teknik Fine Neddle Aspirtion Cytology (FNAC) yang dilakukan oleh doctor yang berpengalaman. Ini kerana pesakit yang mempunyai thyroid cyst mempunyai risiko mengalami kanser thyroid.

 

Jika doctor mengesyaki puan mengalami kanser thyroid, doctor akan memeriksa puan dengan teknik thyroid radioisotope scan.

 

Saya mencadangkan agar puan berjumpa dengan doctor bagi mendapatkan rawatan yang betul. Mungkin ada salah faham ketika puan berjumpa dengan MA yang bertugas.

 

Wallahu a’lam

 

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: