Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Motivasi » Segera menyahut jika kita sayang

Segera menyahut jika kita sayang

SEGERA MENYAHUT JIKA KITA SAYANG
 
HP
Seorang suami bertanya pada isterinya : ” Sudah solat asar ke?”
“Belum” jawab isterinya ringkas.
 
Suami bertanya lagi : “Kenapa belum solat ?”
 
Lalu isterinya menjawab : ” Saya baru sahaja balik, badan letih sekali dan saya tertidur tadi “
 
Suaminya menjawab : ” Baiklah … Bangun dan solatlah asar dan maghrib sekaligus. Sebentar lagi sudah masuk waktu Isyak “
 
Pada keesokan harinya suami pergi untuk bertugas ke Singapura. Si suami selalunya akan menelefon isterinya bila telah sampai ke destinasi. Si isteri menunggu panggilan telefon berjam-jam dari suaminya. Namun si suami tak juga menelefon.
 
SMS atau whatapp singkat pun tidak ada. Si isteri pun mulai risau. Selalunya suaminya akan menghubungi segera apabila sudah sampai. Si isteri mula membuat berbagai andaian. Oleh kerana sangat risau dengan keselamatan si suami, dia mencuba menghubungi handphone HP suaminya berkali-kali. Berbunyi tapi tidak diangkat.
 
Apabila mengantuk dan beberapa tertidur, di awal pagi akhirnya dia mencuba sekali lagi. Kali ini si suami menjawab telefon.
 
Terketar-ketar si isteri bertanya,” Abang sudah selamat sampai kah?”
 
” Ya, alhamdulillah ” jawab suami ringkas.
 
” Bila abang sampai? ” si isteri bertanya lagi.
 
Si suami menjawab,” Saya sampai kira-kira 6 jam yang lepas ”
 
Dengan nada marah si isteri berkata lagi : ” Sudah 6 jam tapi abang tak jawab panggilan telefon saya? SMS dan wassap pun tak berjawab?”
 
Dengan nada letih si suami menjawab : ” Abang merasa letih dan tertidur sebentar ”
Si isteri bertanya lagi : ” Angkat telefon tu hanya berapa minit sangat. Palin tak pun jawablah SMS atau wassap. Takkan jawab call pun tidak boleh? Tak dengar ke bunyi telefon tu banyak kali?”
 
“Ya … abag dengar. Tapi malas jawab sebab letih ” jawab suami.
 
Dengan suara sedih si isteri berkata,” Kenapa macam itu .. Abg sudah tidak sayang saya lagi ke?? ”
 
Si suami menjawab : “Abg amat sayang pada sayang . Hari tu pun sayang tidak sahut seruan azan asar dan bersegera solat. Bukankah solat itu hanya sebentar? Bagaimana nanti abang disoal ALLAH bila sayang melambatkan solat? Apakah sayang sudah tidak sayang abang?”
 
Si isteri terdiam kaku dengan jawapan si suami, lantas berkata, “Betul, bang. Sayang minta maaf. Sayang berjanji untuk tidak mengulanginya lagi “
 
Sejak dari itu, si isteri tidak pernah lagi melewat-lewatkan waktu solat bila telah tiba waktunya ….
 
“Sesungguhnya… orang yang benar-benar mencintai kita adalah orang mendorong diri kita menuju cahaya bila kegelapan menyeliputi hati kita, agar mampu berjalan bersamanya di jalannya ALLAH. Ia akan terus menyokong kita agar kita tidak berpaling ataupun undur ke belakang”

MOHON KE FARMASI ONLINE KAMI BAGI MENDAPAT SUPLEMEN NATURAL YANG TERBAIK DI  http://needsvenue.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!