Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Sedikit pendarahan pada 8 minggu kehamilan

Sedikit pendarahan pada 8 minggu kehamilan

 

 PENDARAHAN PADA MINGGU KE LAPAN KEHAMILAN

 

 

“salam doc.. sori ,meganggu. ada 1 soalan kecemasan ni. sy pregnant 2 1/2 bulan. ms kandungan 8 minggu ada sedikit bleeding & warded lps tu ok. skg keluar pulak lendir coklat yg terlalut pekat. coklat kehitaman. blh tlg jelaskan tak apa yg berlaku? Tq”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

 

Pendarahan di awal kehamilan adalah perkara biasa, terutamanya dalam masa tiga bulan pertama kehamilan, kadang kala ia tidak membahayakan bayi dalam rahem. Pendarahan ini akan berhenti dalam masa dua atau tiga hari.

 

 

Punca pendarahan seperti ini disebabkan oleh:

 

 

  1. Pendarahan implantasi, yang mungkin berlaku apabila ovum yang disenyawakan ditanam di lapisan endometrium pada dinding rahem.
  2. Terdapat luka (erosion) pada permukaan pangkal rahem.
  3. Pendarahan akibat jangkitan faraj atau pangkal; rahem atau ketumbuhan seperti polyps. Ianya berlaku apabila seorang wanita yang hamil melakukan hubungan seksual dengan suami.

 

 

 

 

Selalunya saya akan melakukan pemeriksaan air kencing atau darah bagi menentukan sama ada bayi puan berada dalam keadaan selamat atau telah “meninggal dunia’. Bayi yang sihat dan selamat akan memberikan keputusan positif dalam ujian UPT, sementara bayi yang telah meninggal dunia akan menunjukkan keputusan UPT yang negative.

 

Pemeriksaan pada pangkal rahem juga dapat mengesan sevarang luka atau polyps dalam faraj.

 

Selain itu jika bayi telah mencapai usia 6-8 minggu, pemeriksaan ultrasound mungkin dapat mengesan denyutan nadi bayi/janin.

 

 

Apa yang kita bimbang bagi wanita yang mengalami pendarahan di awal kehamilan ialah tanda bermulanya proses keguguran. Ini dinamakan “threatened abortion”. Selalunya proses ini tidak dapat dihentikan sebarang ubat, walaupun ada beberapa doctor yang mencadangkan suplemen progesterone yang dimasukkan ke dalam faraj sebagai usaha untuk menghentikan pendarahan.

 

 

 

Proses keguguran biasanya akan berlaku apabila pendarahan berlangsung beberapa hari dan disertai dengan rasa sakit perut. Darah yang keluar selalunya lebih banyak dan berketul-ketul seperti darah beku.

 

 

Namun ada juga keguguran yang berlaku tanpa merasa sakit perut.

 

 

Nasihat saya ialah banyakkan rehat, minum air secukupnya dan jangan banyak melakukan kerja-kerja berat.

 

 

Jika pendarahan ini berlaku selama 5-7 hari, saya menasihatkan agar puan melakukan pemeriksaan.

 

Wallahu a’lam

 

 

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!