Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Scoliosis: Jalani Pembedahan atau Guna Brace?
Scoliosis: Jalani Pembedahan atau Guna Brace?

Scoliosis: Jalani Pembedahan atau Guna Brace?

Tidak ada yang lebih mengujakan perasaan saya apabila ada pembaca yang membaca artikel penulisan saya dan memberikan komen. Saya bersyukur kerana usaha saya menulis (yang sudah tentu mengorbankan banyak tenaga dan masa) tidak menjadi sia-sia.

Untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh rakan FB, saya terpaksa mengorbankan masa rehat makan tengah hari. Bagi rakan-rakan yang tidak mengetahui skop tugasan saya, tentu mereka menganggap tugas saya hanya menjawab soalan-soalan yang dikemukan di ruangan FB saya.

Mereka mungkin membayangkan saya hanya duduk di hadapan komputer dan menunggu soalan dikemukakan kepada saya.

Pada hal, tugas utama saya ialah merawat pesakit dan tugas-tugas berkaitan dengan pusat kesihatan yang saya dipertanggungjawabkan. Menjawab soalan dan bertukar-tukar informasi di FB adalah di luar kerja saya yang sebenar. Ia adalah kerja sukarela.

Jadi apabila ada ramai yang membaca artikel penulisan saya dan memberikan komen, saya merasakan pengorbanan saya amat berbaloi. Saya tidak ingin apa-apa keuntungan dengan mengenakan apa-apa bayaran. Cuma saya mengharapkan biarlah penulisan saya berguna bagi menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul apabila menjalani rawatan perubatan moden. Di akhirnya, ia dikira sebagai amalan yang berkekalan untuk saya.

Penulisan saya mengenai scoliosis mendapat komen dari rakan-rakan FB. Penulisan saya boleh dibaca di http://drzubaidi.com/blog/?p=2302.

Ramai yang bertanyakan adakah pilihan untuk melakukan pembedahan adalah jalan terbaik.

As salam mu alaikum doctor, 

saya nak tanya berkenaan dengan penyakit yang dialami oleh adik saya. Beliau mengalami scoliosis. Saya tertarik dengan artikel doctor mengenainya dan ingin bertanya.

Adik lelaki saya pernah menjalani pembedahan jantung semasa kecil dan sering mengalami demam dan batuk. Apabila meningkat umur 11 tahun, kami mendapati tulang belakangnya juga semakin bengkok (tulang badannya makin ketara tinggi sebelah)

Kami telah beberapa kali menemui doktor di hospital. Namun doktor hanya meminta kami untuk tunggu dahulu. Kami bimbang sekiranya dia perlu menjalani pembedahan sekali lagi, dan saya bimbang kesan pada jantungnya.

Saya berharap doctor dapat memberikan sedikit pandangan,terima kasih.

 

Kakak risau

 

Saya harap kakak risau telah berjumpa dengan doktor paediatric orthopaedic surgeon dan sudah berbincang dengan beliau mengenai kesihatan adik beliau. Saya bukanlah pakar orthopaedic, jadi pendapat saya hanya sebagai panduan saja. Jika saya pakar orthopaedic pun, mustahil bagi saya memberikan pandangan yang tepat tanpa memeriksa pesakit.

Seorang doktor tidak mudah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan terhadap pesakit. Jika doktor merasakan pesakit mendapat manfaat melebihi risiko yang bakal ditanggung, barulah keputusan untuk melakukan pembedahan dibuat.

Jadi tidak semua kanak-kanak yang mengalami scoliosis akan dibedah, terutama apabila ia masih di peringkat awal. Rawatan yang perlu dilakukan di peringkat awal ialah menghentikan proses bengkokan tulang belakang daripada menjadi lebih teruk.

Apa yang diharapkan rawatan itu nanti menghalang bengkokan tulang belakang supaya tidak terlalu teruk sehingga menjejaskan fungsi jantung dan paru-paru.

Selalunya pembedahan hanya akan dilakukan apabila bengkokan itu menjadi lebih teruk melebihi 30-40° menggunakan formula Cobb Angle. (rujuk http://drzubaidi.com/blog/?p=2302).

Kanak-kanak yang mengalami masalah scoliosis sejak dari kecil, selalunya akan mengalami bengkokan yang progresif dan menjadi lebih teruk. Tanpa rawatan yang betul, bengkokan yang semakin teruk ini akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan pada tulang belakang dan fungsi paru-paru dan jantung terjejas, serta mengalami kesukaran bernafas dan cepat penat.

Oleh itu, jika seorang kanak-kanak telah disahkan mengalami Scoliosis, doktor akan meminta pesakit datang semula selepas beberapa tahun untuk mengulangi pemeriksaan xray bagi menganalisa bengkokan tulang belakang itu.

Jika ia bertambah teruk, doktor akan menasihatkan menggunakan plastic bracing yang mendakap tubuhnya bagi mengurangkan bengkokan tulang belakang semakin teruk.

Selepas 4-6 bulan, pesakit diminta datang lagi dan membuat pemeriksaan x ray semula. Jika doctor mendapati bengkokan bertambah teruk melebihi 30-40 darjah (diukur dengan formula Cobb Angle), selalunya doktor akan mencadangkan pembedahan. Pembedahan dilakukan kerana doktor bimbang bengkokan itu mungkin akan bertambah teruk.

Walaubagaimanapun keputusan sama ada untuk dibedah atau tidak bagi membetulkan bengkokan itu terpulang kepada perbincangan antara ibubapa pesakit dan doktor yang merawat. Sukar bagi saya memberikan pendapat dalam ruangan yang terbatas, apatah pula saya tidak melakukan pemeriksaan kepada pesakit.

Saya pernah mendengar satu kes yang dicerita dalam perbualan saya dengan teman-teman pakar orthopaedic. Walau pun cerita belum disahkan kesahihannya, saya paparkan agar ia menjadi pengajaran kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bermasalah scoliosis.

Ceritanya seorang pesakit berumur 13 tahun didiagnosa sebagai scioliosis mempunyai tahap kebengkokan 23 darjah Cobb Angle pada bahagian dada (thoracic) dan 26 darjah Cobb Angle pada bahagian pinggang (lower lumbar). Pada masa itu doktor hanya menasihatkannya agar datang semula  selepas beberapa tahun dan tidak ada apa yang dilakukan kepada pesakit. Pada ketika itu pesakit tidak mengalami apa-apa sakit.

Pada umurnya 16 tahun, tahap bengkokannya menjadi 52 darjah pada bahagian dada dan 55 darjah pada bahagian pinggang. Maka doktor pun menasihatkannya memakai hard plastic brace. Pesakit memakai brace yang diberikan dengan penuh dedikasi selama 24 bulan.

Selepas 2 tahun, brace itu dibuka dan pemeriksaan xray dilakukan. Doktor mendapati bahawa bengkokan bahagian dada adalah 55 darjah dan bahagian pinggang pula 55 darjah.

Ini bermakna memakai brace tidak mencegah bengkokan itu menjadi lebih teruk, tetapi melambatkan proses bengkokan tulang belakang. Dalam kebanyakan kes, apabila brace itu dibuka, bengkokan scoliosis menjadi bertambah teruk dengan lebih cepat.

Pada umur 34 tahun, pesakit ini tidak lagi memakai brace, mengakibatkan bengkokan di dada bertambah 60 darjah sementara bengkokan di pinggang pula bertambah menjadi 63 darjah. Walaupun pesakit mengalami bengkokan tulang belakang yang teruk, beliau tidak merasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

Sayangnya pada umur beliau 48 tahun, keadaan bengkokan menjadi lebih teruk. Pada masa ini bengkokan pada paras pinggang menjadi 82 darjah dan organ di dalam tubuh telah tersepit.

Beliau mula mengalami sakit belakang dan pesakit mula mengalami rasa sukar bernafas. Ketika mengadu kepada doktor yang merawatnya, beliau berkata, “I feel like my body is being compressed and my ribs and pelvis are almost touching”!

Oleh itu scoliosis harus didiagnosa dengan lebih awal pada usia kanak-kanak lagi dan pemakaian brace amat digalakkan. Jenis dan saiz brace akan diukur dan pesakit dinasihatkan agar memakainya 23 jam sehari. Ia akan membantu menghentikan proses bengkokan tulang belakang menjadi bertambah teruk.

Walaupun pemakaian brace ini agak kontroversi, namun saya berpendapat bahawa pemakaian brace amat sesuai untuk pesakit yang masih muda yang sedang mengalami pertumbuhan fizikal.

Jika pesakit telah mencapai umur matang dan tidak lagi mengalami pertumbuhan fizikal, brace mungkin bukanlah rawatan terbaik. Pembedahan adalah rawatan terbaik jika bengkokan itu telah mencapai antara 30-40 darjah Cobb angle.

Pemeriksaan berkala dengan doktor harus dilakukan, termasuk melakukan pemeriksaan xray tulang belakang. Pemeriksaan xray amat penting, bukan sahaja untuk melihat struktur tulang belakang tetapi juga untuk melihat bagaimana brace ini masih sesuai untuk tubuh apabila pesakit semakin membesar.

Wallahu a’lam.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (161211)

13 comments

  1. fatimah hj daud

    asalamualikum doktor…maf mengganggu…saya memang membaca blog doc terutama yg berkaitan dgn saya dan anak2…anak saya 16+ tahun.mengidap scoliosis pd tahap 13 darjah..sering sakit belakang(pangkal leher) dan sakit dada/sesak nafas…dia tinggal di asrama…saya hanya membekalkan kpdnya koyok panaflex utk kurangkan kesakitan apabila dia mengangkat barang berat, bersukan (diwajibkan)atau membongkok lama..beliau enggang lagi menjalani rawatan fisioterapi di Kuantan medical centre kerana dalam rawatan terakhir yg dijalaninya pd tahun 2010. doktor yg merawatnya mengatakan kesakitan yg dialaminya hanyalah bersifat psikologi…jagi saya ingin bertanya, tanpa rawatan fisiologi itu, adakah kemungkinan tahap kebengkokan tulang belakangnya akan terus bertambah sepanjang hayat?..dan bagaimana nak kurangkan risiko/progres bertambah bengkok tulangnya itu..terima kasih…

    • kepada puan fatimah, sy cadangkan agar untuk mengurangkan aktiviti sukan anak puan dan jgn benarkan dia mengangkat brg yg berat. ini kerana doc yg merawat sy dahulu memberi nasihat sebegini kpd sy. utk pengetahun puan juga, sy juga tinggal di asrama sewaktu d diagnos. namun, untuk faktor kesihatan, saya disarankan masuk ke sekolah harian. bagi saya, di asrama semua kerja dilakukan oleh pelajar sendiri termasuk gotong royong.

  2. salam…
    pertama kalinya…saya sungguh kagum dgn penulisan doc yg memberi byk input. apabila terlihat artikel scoliosis, saya sungguh terkejut. mungkin sy tlepas pandang, kerana ramai yg tidak tahu kewujudan penyakit ini. sy juga merupakan pesakit scoliosis.di diagnos pada thun 2000 dan menjalankan pembedahan pada tahun 2003. pd thun 2000, kadar bengkokan degree di tulang belakang saya lebih drpd 20. namun, mendengarkan risiko yg munkin dihadapi ketika itu (risiko yg paling min), membuatkan my parents not to decide to go for an operation. rmi kwn2 my parents suggest to go for conventional one…mcm berurut.So ive been berurut here and there, n terlalu byk sy lalui.pada peringkat umur 13 tahun (tahun 2000) sy hny menurut kata parents.namun, kesakitan yg sy lalui.sy mudah sesak nafas dan penat.akhirnya, urutan tradisional juga tidak membantu setelah hmpir 3 tahun berusaha.duit juga byk dihabiskan.sy dgn beraninya, menyuarakan hasrat kepada my parents utk go for an operation sebab xnak tgk my parents bersusah payah utk myself berikhtiar utk tradisional.2003, sy menjalani pembedahan.mula2 agak susah menyesuaikan diri dgn keadaan tulang br, namun ianya betul2 selesa.sy bersyukur kerana selamat daripada pembedahan dan dpt hidup seperti org lain.

  3. salam..
    saya betul-betul tertarik dengan artikel doc kerana adik sy mengalami scoliosis.namun dia hanya menjalankan pemeriksaan di hospital kerajaan setiap 6 bulan bagi memastikan tulang tidak terus membengkok.saya ingin bertanya,adakah terdapat had usia untuk menjalankan proses pembedahan scoliosis ini?..sekarang adik saya berumur 24 tahun..terima kasih doc

  4. saripah Radiah binti Wan Tarie

    assalamualaikum…

    beberapa bulan yang lalu saya membuat pemeriksaan terhadapa anak dan mendapati ia menghidap scoliosis… dan pergi ke hospital. selepas itu pihak hospital membuat lagi temujanji 6 bulan dari sekarang.. umur anak saya 12 tahun.. apa patut saya buat sepatutnya..

  5. Asalamualaikum Dr,

    Saya sedar saya ada acoliosis ni masa saya umur 19 tahun. Saya betul2 buntu masa tuh. Masa saya form 3 kwn saya ada tegur pasal tulang belakang saya, tapi saya buat x tahu. Ingat sbb saya jatuh masa main dekat playground. Saya ada jumpa doc pakar. Tapi doc ckp tulang saya x serius sangat. And dia cuma suruh saya buat terapi berenang. Saya mmg x amik kisah sangat. Ingat sakit biasa2 je. Tapi sejak akhir2 nih saya selalu rasa sengal2 dekat tulang belakang. Apa patut saya buat? Umur saya dah 23 tahun ni. Risau pulak saya…

  6. srikandi biru

    assalamualaikum..
    selawat dan salam atas Rasul junjungan dan moga DR. dipelihara hendakNya..
    Saya menghidapi scoliosis sejak tahun 2002 (ibu perasam perubahan fizikal) dan telah menjalani pembedahan pada tahun 2004 jun 1..
    Masalah saya sekarang ialah degree spine saya 52.44 walaupun tlah menjalani pembedahan.
    Pada pendapat DR. perlukah saya menjalani re-operation atau tidak memandangkan kes seperti saya jarang berlaku?

  7. sakitatautidak

    assalamualaikum,saya ingin bertanya ,semasa umur 16 tahun saya ada membuat ujian xray krn bdn blkg sy kerap sakit,didapati sy punya result tu x lah truk sgt ttpi ade bengkok sdikit.xtau lh mmg dr lahir atau ada mslh.x sure sgt.bnda ni.dh lama sgt sy x igt dr ckp apa.dr cuma beri ubt thn skt.bila sy mkn skt brkurang..tp ibu bapa sy mlrg sy ambil ubt tu.bila ddk lama dan baring terasa sakit,sy ada trima rawatan fisioterapi,ttpi hnya 2 3 kali shj..saya tdk mneruskan dsbb sy ingin mgmlknnya dirumah..tp sy sambil lewa dlm hal ni.skrg sy berumur 22 thn ,tlgbblkg sy smkin skt tiada rs kkurangan..klau misalan sy normal,ttp knp mesti skt tu yg sy plik .sy ada htr kn gmbr kt fb omputih ni beberapa kali jgk la ,dia bcg psl pnykit ni..tp sy x dilyn..sy hrp msg ni dpt di reply wlupun lmbt.klu blh sy x nk wat rawatan lg sbb tknk ssh kn ibu bp sy.kos nya terlalu mhl…

  8. seronok membaca tulisan Dr.saya adalah salah seorang pengikut setiap penulisan Dr.Hanya Allah saja yg mmpu membals stiap kebaikan yg Dr lakukan ini.amiiin

  9. assalamualaikum..
    saya da satu pertanyaan..
    jika penyakit skoliosis di biarkan terlalu lama iaitu selama beberapa tahun,apakah kesan kepada pesakit tersebut?
    saya mempunyai seorang kawan yang mengidap penyakit skoliosis tetapi tidak mendapatkan rawatan.dia mengidap penyakit ini hampir 3 tahun..saya harap dr dpt membantu saya dalam menjelaskan kesan skoliosis ini kepada pesakit yang tidak mendapatkan rawatan..
    terima kasih.

  10. Nor Aripah Ali

    URGENT! Anak saya sakit tulang belakang. Saya difahamkan disknya rosak teruk. Adakah selamat untuk membuat pembedahan, berapa peratus dan bolehkah dia hidup seperti biasa sebelum sakit.

    • URGENT! Anak saya sakit tulang belakang. Saya difahamkan disknya rosak teruk. Adakah selamat untuk membuat pembedahan, berapa peratus dan bolehkah dia hidup seperti biasa sebelum sakit.

      Dr Zubaidi: Saya tidak dapat menjawab soalan puan kerana setiap kes berbeza-beza dan bergantung kepada pemeriksaan doktor.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: