Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » SAYA TAK PERNAH SURUH BUANG UBAT SINTETIK

SAYA TAK PERNAH SURUH BUANG UBAT SINTETIK

SAYA TAK PERNAH SURUH BUANG UBAT SINTETIK

 

 

Saya pernah beberapa kali pernah bergandingan dengan seorang penceramah agama dari IPTA (sekarang bergelar Datuk).

Satu hari dia kata pada peserta dalam satu majlis, “saya tidak bergandingan dengan doktor yang menolak ubat hospital”. Secara kebetulan itu kali terakhir saya bersama beliau.

Mula-mula saya terperanjat juga. Adakah saya yang dimaksudkan? Mungkin beliau salah faham mendengar fitnah-fitnah dari orang sekeliling beliau. Paling sedih, patutnya beliau bertanya sendiri dengan saya untuk penjelasan. Kalau betullah saya yang dimaksudkan.

Tapi manusia kan.. Kadang kala bila berceramah, pong pung pang, macam bagus. Tapi realitinya tak seperti yang diucapkan dalam ceramah. Jadi macam tu lah. Saya juga tak terlepas dari ujian begini.

Saya tidak pernah meninggalkan bidang Allopathy (perubatan moden dari barat). Saya tidak pernah pula menceburi bidang Alternatif, walaupun saya banyak hadiri kelas-kelas sebegitu, tapi saya tak praktis. Sekadar minat untuk menambah pengetahuan.

Cuma saya tak perbaharui lesen Sijil Amalan Perubatan (APC) sebab saya tak bekerja di klinik swasta lagi. APC ini macam lesen kereta. Kalau kita tak lagi memandu kereta, (mungkin kita lebih suka naik kenderaan awam atau ada pemandu sendiri), tak perlulah perbaharui lesen memandu. Jadi tak berbaloilah kerana nak perbaharui lesen, saya juga harus memperbaharui insuran kerja dan menghadiri kelas/seminar untuk kumpulkan mata sebelum memperbaharui.

Saya banyak menulis dan berceramah. Itulah hasil pencarian saya sekarang.

Dalam ceramah dan penulisan saya tak pernah suruh pesakit buang ubat hospital dalam tong sampah.

Cuma pendekatan saya lebih holistik. Selain ubat hospital, saya cadangkan pesakit perlu ubah gaya hidup (yang saya namakan GAYA HIDUP A’AFIYAT). Dengan ini kita dapat merawat penyakit dengan lebih baik, dan mengurangkan kesan sampingan ubat hospital.

Saya juga sering menasihatkan agar berbincang dengan doktor berpengalaman yang merawat.

Akhirnya pilihan pesakit itu sendiri untuk rawatan hanya dengan ubat sintetik dari hospital atau rawatan yang lebih holistik mengubah cara hidup. Atau menggabungkannya.

Jadi tak benarlah kalau orang kata saya suruh pesakit tinggalkan ubat sintetik ketika pesakit masih dalam rawatan.

Ramai orang salah faham kerana saya mengambil pendekatan tengah dan sederhana.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: