Advertorial
Home » Diabetes Mellitus » Saya perlu minuman manis untuk tenaga

Saya perlu minuman manis untuk tenaga

RAMAI PESAKIT DIABETIS MENYANGKA “JIKA SAYA TIDAK MINUM AIR MANIS SETIAP HARI, SAYA TIDAK ADA GULA DALAM BADAN”

 

GULA 3

 

 

Ramai pesakit diabetes menyangka yang mereka memerlukan air manis setiap hari untuk mendapatkan tenaga. Pada hal, karbohidrat kompleks seperti buah-buahan, makanan bijirin dan protein juga membekalkan tenaga atau kalori.

 

Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan glukosa dalam darah yang tidak terkawal dan menyebabkan pertambahan berat badan.

 

Dalam tubuh pesakit diabetes, hormon insulin tidak berfungsi dengan berkesan. Ini menyebabkan gula tidak boleh dibakar sebagai tenaga, dan otak tersilap menafsir keadaan ini dan menyangka kita kekurangan gula.

 

Ini menyebabkan badan akan tisu protein untuk dipecahkan kepada glukosa dan tubuh pesakit diabetes akan mengalami kekurangan protein (otot) dan mempunyai banyak lemak.

Di dalam mulut : Makanan berkarbohidrat akan dipecahkan kepada polisakarida dan maltosa dengan bantuan enzim amilase. Sebab itu jika kita makan makanan berkanji seperti biskut, kita akan dapat merasa manis dengan bantuan enzim amilase. Penghadaman ini berlaku hanya sementara dan terus masuk ke dalam salur penghadaman.

 

Di perut : Makanan yang ditelan akan menjadi bolus bercampur dengan asid dan enzim di dalam perut. Manakala, makanan yang mengandungi serat akan melambatkan pengosongan makanan di perut. Ini menyebabkan perut akan merasa penuh dan kenyang berpanjangan.

 

Di usus kecil: Makanan berkarbohidrat paling banyak diserap di sini. Enzim penghadam karbohidrat iaitu amilase pankreatik memasuki usus kecil melalui salur pankreas. Karbohidrat dalam bentuk polisakarida akan dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil seperti di bawah :

Maltosa : Glukosa + Glukosa
Sukrosa : Glukosa + Fruktosa
Laktosa : Glukosa + Galaktosa

 

Di peringkat ini semua makanan yang berkarbohidrat telah dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil. Kebanyakan adalah dalam bentuk glukosa.

 

Di usus besar : Dalam masa 1- 4 jam selepas makan, semua gula dan makanan yang berkanji telah dihadamkan, kecuali serat akan tinggal di salur penghadaman. Serat akan menarik air, seterusnya akan melembutkan najis di usus besar. Di sini juga, terdapat bakteria yang menfermentasi serat menghasilkan air, gas dan lemak berantai pendek. Usus menggunakan molekul lemak ini untuk tenaga. Oleh itu, serat juga boleh menyumbangkan tenaga bergantung kepada berapa banyak yang dipecahkan oleh bakteria dan asid lemak yang diserap.

 

Oleh itu, kita dan penghidap diabetes tidak perlu mengambil gula setiap hari kerana gula sentiasa ada dalam badan iaitu daripada pengambilan makanan berkarbohidrat kompleks.

Untuk mendapatkan rasa manis, boleh gantikan gula dengan pemanis asli STEVIA DAUN MANIS. Boleh hubungi Dr Norleza 013 3922392  untuk mendapat package menarik.
 GULA 2

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: