Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » SARCOPENIA PUNCA RASA LEMAH DAN KETIDAKUPAYAAN PADA WARGAMAS

SARCOPENIA PUNCA RASA LEMAH DAN KETIDAKUPAYAAN PADA WARGAMAS

SARCOPENIA PUNCA RASA LEMAH DAN KETIDAKUPAYAAN PADA WARGAMAS

 

Sejak bermula kita lahir sehingga kita berusia 30an, otot-otot kita akan membesar dan bertambah kuat. Namun tidak lama selepas itu, jisim otot kita akan berkurangan dan kita mula bertambah lemah.

 

APA ITU SARCOPENIA

 

Sarcopenia adalah keadaan di mana kehilangan jisim otot (skeletal muscle) dan fungsinya secara progressive. Ia selalunya berlaku pada wargamas, namun ia mungkin bermula pada usia yang lebih muda. Ia akan menyebabkan masalah ketidakupayaan, kualiti hidup yang rendah dan kematian.

 

Kehilangan otot ini mungkin Bersama dengan peningkatan penyimpanan lemak dalam tubuh. Ini menyebabkan tubuh tidak mengalami penurunan berat badan tetapi pesakit mengalami rasa lemah badan. Keadaan ini sarcopenic obesity.

 

Individu yang tidak aktif akan kehilangan sehingga 5% setiap sepuluh tahun dari jisim otot apabila mereka berusia lebih 30 tahun. Jika mereka aktif, kehilangan jisim otot tidaklah terlalu banyak. Tiada ujian yang spesifik untuk mendiagnosa sarcopenia. Hanya rasa semakin tidak kuat dan tidak mampu bergerak dengan pantas seperti dulu.

 

Sarcopenia biasanya bermula pada usia 65 tahun, tetapi lebih ketara apabila berusia 75 tahun ke atas. Ia menyebabkan warga mas mengalami mudah rasa lemah dan risiko untuk patah tulang akibat patah. Mereka mungkin tidak banyak bergerak, ini semakin mengurangkan jisim otot yang ada.

 

PERINGKAT SARCOPENIA

 

1. PRESARCOPENIA

Kehilangan jisim otot yang minima tanpa menjejaskan keupayaan kekuatan otot atau pergerakan fizikal.

 

2. SARCOPENIA

Kehilangan jisim otot sehingga menjejaskan keupayaan kekuatan otot atau pergerakan fizikal.

 

3. SEVERE SARCOPENIA

Kehilangan jisim otot sehingga menyebabkan kehilangan kekuatan otot atau pergerakan fizikal.

 

Sarcopenia boleh dikategorikan sebagai ‘primary’ (atau age-related) bila tiada punca lain kecuali peningkatan usia. Ia boleh dikategorikan sebagai ‘secondary’ bila ada puncanya seperti obesiti, osteoporosis dan diabetes mellitus.

 

RAWATAN

 

Rawatan yang utama adalah dengan melakukan senaman terutamanya senaman resistance training atau strength training. Dalam bahasa mudahnya adalah mengangkat berat atau menggunakan resistance bands. Senaman begini akan meninkatkan tahap hormone dan memperbaiki sistem saraf.

 

Namun begitu jangan terlalu gelojoh. Bagi mengelakkan kecederaan jangan lakukan secara berlebihan bilangan ulangan, kecepatan dan kekuatan yang digunakan ketika melakukan senaman ini. Elok mendapat bantuan nasihat dari jurulatih bagi mengurangkan rsiko kecederaan.

 

Selain itu doctor mungkin akan mencadangkan pemberian hormone testosterone dan Growth Hormone. Pesakit juga harus mengawal masalah kesihatan seperti masalah metabolic syndrome (termasuk diabetes, obesiti, dan hipertensi).

 

PENGGUNAAN SEBATIAN HMB

 

Penggunaan sebatian Calcium-hydroxymethylbutyrate (CaHMB) adalah kombinasi antara  mineral Kasium dan Hydroxymethylbutyrate (HMB). HMB adalah sebatian molekul hasil pencernaan asid amino leucine (iaitu sebahagian dari protein). HMB digunakan untuk mencegah kehilangan jisim otot dan menggalakkan penambahannya. Ia lebih berkesan jika diambil bersama vitamin D dan asid amino (protein).

 

Ia digunakan untuk:

  1. Wargamas yang mengalami sarcopenia.
  2. Mereka yang mengalami kehilangan berat badan akibat penyakit
  3. Pesakit diabetis yang mengalami luka kaki yang lambat baik, diambil bersama vitamin C.
  4. Pesakit yang boleh menjalani pembedahan

 

KAJIAN KLINIKAL

 

Satu kajian yang melibatkan 75 orang pesakit wanita yang tidak cukup nutrisi (malnourished) mengalami patah tulang pinggul dan dirawad di wad orthopedic. Satu kumpulan pesakit diberikan makanan bernutrisi yang biasa diberikan pada pesakit. Sementara satu lagi kumpulan diberikan satu nutrisi tambahan yang mengandungi 3 g CaHMB, 1000 IU vitamin D, dan 36 g protein.

 

Setelah 30 hari, kumpulan yang diberikan nutrisi tambahan ini mengalami perubahan positif. Luka menjadi lebih cepat sembuh, dapat bangun dan melakukan pergerakan dengan lebih cepat dan meningkatkan kekuatan otot peha dengan lebih baik.

 

Rujuk: Ekinci O, Yanık S, Terzioğlu Bebitoğlu B, Yılmaz Akyüz E, Dokuyucu A, Erdem Ş. Effect of Calcium β-Hydroxy-β-Methylbutyrate (CaHMB), Vitamin D, and Protein Supplementation on Postoperative Immobilization in Malnourished Older Adult Patients With Hip Fracture: A Randomized Controlled Study. Nutr Clin Pract. 2016 Dec;31(6):829-835.

 

 

Dalam kajian lain yang diterbitkan dalam Journal Health Aging Aging pada tahun 2018, membuat kesimpulan “penuaan dan kekurangan nutrisi berkait rapat dengan kekurangan jisim otot dan fungsinya. Kehilangan jisim otot akan meningkatkan komplikasi kesihatan dan meningkatkan kos penjagaan kesihatan, terutama apabila dirawat di hospital. High protein oral nutritional supplements enriched with β-hydroxy-β-methylbutyrate (HP-ONS+HMB) (kombinasi diet yang mempunyai protein yang tinggi dan HMB) dicadangkan untuk meningkatkan komposisi tubuh, mengekalkan jisim otot dan fungsinya. Ia juga mengurangkan kadar kematian.”

 

Rujuk: Sanz-Paris, A., Camprubi-Robles, M., Lopez-Pedrosa, J.M. et al. Role of Oral Nutritional Supplements Enriched with B-hydroxy-B-Methylbutyrate in Maintaining Muscle Function and Improving Clinical Outcomes in Various Clinical Settings. J Nutr Health Aging 22, 664–675 (2018).

 

Sebagai kesimpulan, sarcopenia dapat dirawat dengan lebih baik dengan senaman mengangkat berat, dan mengambil supermen seperti Ca-HMB, Vitamin D dan Vitamin C.

 

Semoga bermanfaat. 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: