Advertorial
Home » Doktor Menjawab » SALURAN FALLOPIAN TERSUMBAT

SALURAN FALLOPIAN TERSUMBAT

SALURAN FALLOPIAN TERSUMBAT

 

 

Assalamualaikum. Sy mohon sedikit pandangan dan nasihat. Saya baru melakukan ujian HSG. Kedua-dua tiub fallapian saya disahkan tersumbat. Adakah cara lain yg boleh saya lakukan untuk atasi masalah ini selain pembedahan laporoskopi? Pengambilan minyak zaitun dan Herbal Kacip Fatimah keluaran UTM bolehkah bantu saya atasi masalah ni? Terima kasih.

Walaikumusalam.

Pemeriksaan HSG menunjukkan kedua-dua saluran fallopian puan telah tersumbat.

Banyak punca sumbatan ini. Selalunya disebabkan jangkitan kuman. Pengambilan antibiotik telah membunuh kuman tersebut tetapi meninggalkan parut (fibrosis) di kawasan tersebut.

Selalunya doktor cuba membetulkan dengan melakukan pembedahan. Saya cadangkan puan berbincang dengan doktor yang merawat teknik yang digunakan.

Tiada masalah untuk mengambil minyak zaitun, vitamin E dan Kacip Fatimah Phytoplus untuk menurunkan tahap keradangan. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembentukan parut semula.

Tetapi ia bukanlah rawatan utama untuk masalah sumbatan saluran fallopian.

Sekian. Semoga menjawab pertanyaan puan.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: