Advertorial
Home » MAJALAH-I » Salah faham mengenai sembelit

Salah faham mengenai sembelit

SALAH FAHAM MENGENAI SEMBELIT

 

TOILET

 

“Doktor, saya mempunyai tabiat untuk membuang air besar seminggu sekali. Adakah ini normal?”

 

“Kebiasaannya, berapa kali sehari kamu ke bilik air untuk membuang air besar?”  tanya saya.

 

“Saya memang dari kecil membuang air, seminggu sekali”

 

“Najis kamu keras? Ada sukar hendak membuang atau terpaksa meneran?” Saya bertanya lagi.

 

“Tiada. Najis saya lembut dan saya tidak menran. Cuma saya buang seminggu sekali?”

 

“Oh kalau begitu, tabiat buang air besar kamu normal. Kamu tidak mengalami sembelit” Saya menerangkan.

 

Ramai yang salah faham dan menyangka bahawa jika tidak buang air besar setiap hari, mereka mengalami sembelit. Sembelit bukanlah penyakit, ia hanya tanda  seseorang itu mungkin mengalami penyakit. Malah “sembelit” pada sesetengah orang adalah normal.

 

APAKAH ITU SEMBELIT?

Sembelit berlaku apabila pergerakan usus (peristalsis) menjadi perlahan dan menyebabkan sesorang itu kurang ke tandas, berbanding dengan hari-hari biasa. Beliau mungkin tiada merasakan “rasa untuk ke tandas” walaupun mengalami ketidakselesaan pada abdomen.

 

Setiap orang pernah merasakan sembelit, dan kemudian sembelit itu hilang dengan sendirinya. Biasanya tidak serius. Ada yang terpaksa makan ubat pelawas, dan apabila najis dikeluarkan, beliau berasa lega. Keadaan begini menunjukkan sembelit yang dialami tidak serius.

 

Saya sering memberitahu pesakit saya, bahawa masa yang diambil untuk membuang air besar, tidak sama jika dibanding antara seorang individu dengan seorang yang lain. Panjang masa yang diambil adalah berbeza-beza.  Ada yang membuang air besar sebanyak tiga kali sehari. Ada pula yang ke tandas hanya sekali atau dua kali seminggu.

 

Walau bagaimana pun, bagi kebanyakan orang, jika tidak membuang air besar lebih dari tiga hari, selalunya ia akan mengalami kesukaran untuk membuang air besar.

 

“Jadi apakah yang dikatakan sembelit, jika masa yang diambil untuk buang air besar, tidak diambil kira?”

 

Sembelit sebenarnya seseorang itu mengalami pergerakan usus yang perlahan, sehingga dia membuang air besar lebih lama dari kebiasaannya.          Jadi ia bergantung kepada tabiat ke tandas. Jangkamasa 3 hari untuk mengalami kesukaran buang air besar itu hanya berlaku pada kebanyakan orang, dan tidak semestinya pada setiap orang.

 

Selain itu beliau mungkin terpaksa meneran di dalam tandas, najisnya keras (seperti batu) dan bersaiz kecil, rasa tidak habis buang air besar (tidak lawas), dan rasa tidak selepas pada abdomen.

 

Jika ia berlaku pada jangka masa yang lama, beliau mungkin mengalami loya, muntah, abdomen menjadi kembung dan tidak selera untuk makan.

 

PUNCA SEMBELIT?

Sembelit hanyalah tanda-tanda seseorang itu mengalami penyakit yang lebih serius. Namun ada juga sembelit yang biasa berlaku, dan normal.

 

Contohnya orang yang musafir dalam cuaca yang panas, tidak cukup minum air, tidak mengambil serat yang cukup dalam makanannya, tidak banyak melakukan pergerakan fizikal dan hanya duduk di atas sofa/kerusi, wanita yang hamil, orang yang menukar cara pemakanan (berdiet) dengan tiba-tiba atau orang yang mengalami stress. Sesetengah orang yang mengambil produk tenusu (makanan yang diperbuat dari hasil susu) juga mengalami sembelit. Namun sembelit ini bersifat sementara. Ia bukan masalah yang serius.

 

Sembelit juga boleh berlaku pada pesakit gastritis yang mengambil ubat ‘antacid’ yang mengandungi kalsium atau or aluminum, sama ada berbentuk pil atau cecair.

 

Orang yang kerap mengambil ubat pelawas untuk buang air besar juga boleh mengalami masalah ini. Penggunaan ubat ini untuk jangka panjang akan melemahkan otot-otot usus untuk melakukan pergerakan peristalsis. Pesakit yang mengalami luka pada dubur (fissure in anus) yang cuba mnegelakkan diri dari membuang air besar (kerana berasa sakit ketika membuang air besar), juga boleh mengalami sembelit.

 

Pesakit anemia (kekurangan sel darah merah) yang mengamalkan pil zat besi (iron), juga boleh mengalami sembelit. Pesakit yang mengambil ubat tahan sakit seperti tramadol atau morphine juga mengalami masalah sembelit.

 

Namun ada kalanya sembelit adalah tanda penyakit yang bahaya. Ada pesakit yang mengalami penyakit ini tanpa menyedarinya. Antaranya penyakit yang berkaitan dengan saraf di otak seperti Parkinson’s atau Multiple Sclerosis. Atau penyakit saraf pada otot-otot usus besar yang mengganggu pergerakan peristalsis otot di situ. Sebagai contoh, pesakit diabetis yang tidak mengawal gula dalam darah dengan baik, saraf-sarafnya akan mengalami kerosakan.

 

Lebih berbahaya, sembelit mungkin tanda awal penyakit kanser usus (rectum cancer atau colon cancer), terutama jika najis yang keluar itu bercampur darah.

 

SEMBELIT BAHAYA VS SEMBELIT TIDAK BAHAYA

 

“Jadi ada sembelit yang bahaya, dan ada sembelit yang tidak bahaya. Bagaimana membezakannya?”

 

Secara amnya, jika seseorang itu mengalami kesukaran buang air besar bersamma-sama dengan rasa sakit pada bahagian abdomen, ia mungkin tanda yang bahaya. Doktor mungkin akan memberikan ubat pelawas bagi memudahkan buang air besar. Jika najis dapat dikeluarkan, mungkin masalah sembelit itu tidak berbahaya.

 

Secara amnya masalah sembelit menunjukkan tanda yang berbahaya apabila ia berlangsung melebihi dua minggu atau mengalami rasa memulas-mulas bersama dengan masalah sembelit. Atau masalah sembelit ini kerap berulang, dan hanya dapat membuang air besar itu hanya selepas mengambil ubat pelawas, ia mungkin tanda bagi penyakit berbahaya.

 

Bagi individu yang mengalami masalah diabetis, multiple sclerosis atau pakinson’s, selalunya masalah sembelit berlaku bersama dengan masalah saraf yang lain, seperti masalah kebas tangan, lemah anggota atau kesukaran berkaitan membuang air kecil.

 

Salah satu tanda berbahaya ialah apabila terdapat darah pada najis. Ia mungkin tanda kanser usus, sama ada kanser kolon atau kanser rectum.

 

Oleh itu, saya sering memberitahu pesakit saya, jika berumur lebih 50 tahun, sembelit yang menyebabkan najis bercampur dengan darah, berkemungkinan besar, bukan penyakit buasir.

 

Buasir adalah penyakit yang tidak berbahaya. Ia hanya disebabkan oleh saluran darah yang mengembang pada sekeliling lubang dubur. Oleh itu ramai yang terlepas pandang, dan menyangka najis yang bercampur darah itu buasir, tetapi sebenarnya adalah tanda kanser usus besar.

 

Oleh itu individu yang mengalami sembelit, yang berulang atau mengalami najis yang bercampur darah, terutama yang berumur 50an, dinasihatkan menjaani pemeriksaan lanjut. Mereka tidak boleh hanya bergantung ubat pelawas saja. Saya bimbang masalah sembelit ini adalah tanda penyakit yang berbahaya itu, terutamanya kanser. Lambat mendapat rawatan yang sempurna akan menyebabkan penyakit kanser menjadi bertambah serius.

 

Selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan darah, pemeriksaan xray yang melibatkan penggunaan bahan barium (barium study) dan pemeriksaan colonoscopy yang melibatkan penggunaan kamera yang dimasukkan ke dalam usus. Dengan ini doctor dapat membezakan sama ada masalah sembelit itu adalah masalah yang serius dan berbahaya atau masalah yang tidak berbahaya.

 

PENCEGAHAN DAN RAWATAN DI RUMAH

“Jadi perlukah saya menjalani pemeriksaan xray, barium study atau colonoscopy, jika saya mengalami sembelit?”

 

Kanser usus besar, jarang berlaku pada individu yang berumur 50 tahun ke bawah. Jadi pemeriksaan tersebut, bukanlah pemeriksaan yang wajib dilakukan. Namun jika masalah sembelit berlaku secara berulang-ulang atau ada darah keluar bersama najis, maka boleh berbincang dengan doctor. Doktor mungkin mencadangkan pemeriksaan-pemeriksaan ini walaupun seseorang itu berumur bawah 50 tahun.

 

Bagi yang sesekali mengalami sembelit, saya mencadangkan agar pastikan minum air secukupnya, terutama ketika cuaca panas. Saya sendiri minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi memastikan tidak mengalami sembelit.

 

Saya selalunya minum segelas air (bersuhu bilik) dicampurkan dengan madu tualang atau sakanjabeen (campuran ramuan beberapa jenis cuka organic) sebaik saja bangun tidur, bagi memudahkan buang air besar dan mendapatkan tenaga.

 

Pastikan mengambil serat dalam makanan (sayur-sayuran) dan dalam minuman (jus buah-buahan) secukupnya. Saya akan mengambil dua sudu oat dikisar dan dimasukkan dalam air kopi saya. Sebelah petang pula saya akan mengisarkan buah-buahan seperti sebiji betik, dan minum jus tersebut tanpa membuang serat.

 

Jika sedang mengalami sembelit, elakkan meminum kafein kerana keffein menyebabkan tubuh kita dehidrasi (kekurangan air). Ini memburukkan lagi masalah sembelit yang dialami. Bagi yang mengambil kafein, jangan melebihi dua cawan dalam sehari.

 

Cuba periksa label pada produk tenusu yang dibeli, kerana ada sesetengah individu mengalami sembelit apabila mengambil produk ini. Dengan mengelakkan pengambilannya, ia akan dapat mengurangkan kekerapan mengalami masalah sembelit.

 

Selain itu jangan menahan dari buang air besar. Jika keadaan sesuai, carilah tandas dan buang air besar. Terlalu kerap menahan dari buang air besar akan menyebabkan kita mudah mengalami sembelit.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi yang mengalami sembelit, saya mencadangkan mengamalkan Khall Manna.

khall manna

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: