Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Sakit tulang dada di kalangan wanita muda

Sakit tulang dada di kalangan wanita muda

 

wanita sakit dada

 

 

“Assalamu alaikum. Maaf jika saya mengganggu doctor. Saya berusia 19 tahun, masih gadis. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada disebelah tengah dada, lebih tepat lagi di tulang dada. Bila saya Tarik nafas, saya berasa sakit sehingga sukar bernafas. Ia dating sesakli sehingga mengganggu pelajaran saya. Saya sangat bimbang. Apabila saya ke klinik, doctor hanya memberitahu bahawa saya hanya mengalami sakit tulang dada. Boleh saya tahu apa yang dimaksudkan oleh beliau ? Terima kasih”

 

 

Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan kerisauan saudari. Namun tidak perlu dirisaukan. Jika betul apa yang didiagnosakan oleh doctor itu, saya percaya yang dimaksudkan ialah penyakit “Costochondritis” atau juga disebut “Sindrom Tietze”.

 

Sebenarnya saudari mengalami radang dan bengkak pada satu atau lebih tulang rawan yang bersambung ke tulang rusuk saudari.

 

Banyak punca masalah ini, antaranya ialah kecederaan trauma atau batuk yang berpanjangan. Wanita muda lebih muda mengalami masalah ini kerana tubuh mereka lebih ‘fragile’.

 

Cara terbaik untuk mendiagnosa masalah ini ialah dengan menekan tulang rusuk yang berasa sakit. Pesakit akan merasa lebih sakit apabila ditekan.

 

Rasa sakit pada dada disebabkan masalah ini boleh berpanjangan.

 

Pesakit selalunya hanya perlu mengambil ubat penahan sakit untuk masalah ini. Itu pun jika terlalu sakit dan tidak dapat menahan rasa sakit. Selalunya sakit seperti ini akan pulih selepas satu masa tertentu, dan boleh berulang.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!