Advertorial
Home » Doktor Menjawab » sakit sendi lutut berulang akibat bersukan

sakit sendi lutut berulang akibat bersukan

SAKIT SENDI LUTUT YANG BERULANG AKIBAT BERSUKAN

 

Related image

 

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkenaan sakit adik lelaki saya ini. Dulu dia kerap bersukan seperti bermain bola, futsal dan takraw. Sekarang dia kerap sakit lutut sebelah kanan dan sampai tak boleh jalan. Gerak sikit je sakit dan kami sudah ke hospital, sudah lakukan pemeriksaan xray dan keputusannya  baik. Doktor bagi dia suntikan. Dan sakit itu datang lagi. Boleh agaknya doctor terangkan apa masalah yang dialami oleh adik saya? Sakit otot ke doktor?

 

WALAIKUMUSALAM

 

Kesakitan pada lutut boleh disebabkan pelbagai punca. Antaranya adalah disebabkan kecederaan tulang pada sendi lutut, kecederaan pada otot di sekitar sendi, atau kecederaan sendi lutut yang (melibatkan ligamen di dalam sendi (cruciate ligements), kecederaan tulang rawan atau cecair di dalam sendi lutut itu) atau ligamen yang berada di luar sendi itu sendiri.

 

Pemeriksaan xray lutut hanya menunjukkan jika ada masalah pada tulang. Jika memlibat masalah sendi lutut, selalunya pemeriksaan xray akan menunjukkan ruang antara dua tulang yang semakin mengecil.

 

Suntikan penahan sakit hanya bersifat sementara. Berdasarkan info ringkas yang puan berikan, saya percaya banyak lagi pemeriksaan yang perlu dijalankan bagi adik puan.

 

Selalu pesakit yang mengalami masalah sakit lutut disebabkan oleh kerosakan pada sendi lutut akibat lasak bersukan. Kecederaan yang biasa berlaku ialah kecederaan pada anterior ligament cruaciate (ACL) yang berada dalam sendi lutut.

 

 

ACL adalah salah satu dari 4 ligamen yang terlibat untuk kestabilan sendi lutut.  ACL adalah ligament yang kuat dan berfungsi  untuk mengawal pergerakan sendi lutut supaya berada dalam pergerakan yang selamat. Punca kecederaan pada ACL adalah terseliuh yang teruk semasa melakukan pergerakan agresif semasa bermain sukan.

 

Ini boleh berlaku apabila melakukan:

Mengubah arah gerakan dengan pantas.

Berhenti secara mengejut.

Memijak tanah selepas melompat dengan cara yang tidak betul.

Perlanggaran dengan pemain lain (‘football tackle’).

 

Selalunya selepas kecederaan, pesakit tidak sembuh dengan rawatan biasa. Tanda-tanda berikut akan kekal walaupun kecederaan telah berlaku beberapa minggu yang lalu. Antaranya:

 

Sendi lutut berasa ‘longgar’

Sakit dan bengkak.

Pergerakan yang melibatkan sendi lutut menjadi terbatas.

Rasa sakit atau tidak selesa selesa semasa berjalan.

 

Selalunya kecederaan ini diagnosakan dengan pemeriksaan fizikal bagi menilai sama ada ligamen tersebut dapat diregangkan, dan menilai ketidakstabilan sendi lutut.

Pemeriksaan x-ray akan dapat menunjukkan sekiranya terdapat tulang patah yang pada pada sekeliling sendi lutut.

Pemeriksaan MRI akan menunjukkan lebih jelas kecederaan ligament yang alami.

 

Saya mencadangkan puan membawa adik puan untuk menjalankan pemeriksaan pakar orthopaedic bagi mencari punca masalah ini.

 

 

Semoga bermanfaat.

 

Sumber rujukan: Anterior Cruciate Ligament Injuries Stuart J. Fisher (2014)

 

 

Mohon mengunjungi :

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

 

Wakil-wakil kami di seluruh negara.

Klik bendera negeri masing-masing http://needsvenue.com.my/Reseller/

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!