Advertorial

Sakit pinggang dan abdomen semasa hamil 32 minggu.


Soalan:

Salam doctor, saya  bernama XXX dari Pulau Pinang.

Saya ingin bertanya masalah yang saya hadapi. Saya sedang hamil 32 minggu. Masalah saya ialah saya kerap mengalami lenguh dan sakit pinggang, terutama di tulang punggung. Sesekali saya mengalami sakit di bahagian bawah abdomen apabila berjalan dalam masa yang agak lama. Sakitnya seolah-olah rahem saya mengeras dan rasa mahu rasa kencing.

Kadang kala di tengah malam saya rasa bahagian vagina saya rasa berdenyut dan merasa sakit di bahagian sekitarnya. Saya ada pergi melakukan pemeriksaan tetapi semuanya okay.

Apa yang saya bimbangkan ialah saya akan lahir secara pramatang, dan pernah gugur dua kali. Saya mohon pendapat doctor.

terima kasih…

 

Jawapan:

Wa alaikum mus salam.

Tanda-tanda yang puan rasakan ialah tanda-tanda kontraksi (contraction) pada rahem. Ia bukan tanda mahu melahirkan, tetapi rahem puan mula bersedia memulakan proses kelahiran. Oleh itu rasa sakit yang dirasakan di pinggang, di bahagian bawah abdomen dan bahagian kemaluan adalah  merupakan suatu peringatan agar puan berhati-hati.

Tanda-tanda ini dinamakan sebagai  Braxton Hicks Contraction . Rasa-rasa sakit ini tidak tetap masanya dan rasa sakit semakin kuat dari masa ke semasa. Lama kelamaan apabila mendekati waktu melahirkan, puan rasa sakit bermula dari bahagian rahem dan merebak ke bawah abdomen. Itu menandakan proses kelahiran sedang bermula.

 

Secara amnya “Braxton Hicks Contractions” adalah sebahagian tanda-tanda awal di mana rahem sedang bersedia untuk proses kelahiran. Ini tidak bermakna bahawa proses kelahiran telah bermula kerana pembukaan rahem belum lagi dibuka.

 

Untuk mengurangkan rasa sakit saya nasihatkan puan bertukar posisi duduk atau berbaring. Boleh tuankan dengan tuala yang direndam dengan air suam ke bahagian yang sakit. Tetapi jika kesakitan yang dirasa semakin kuat, mungkin puan sedang mengalami proses kelahiran pramatang. Pergilah berjumpa dengan doctor agak doctor dapat memantaukan keadaan puan.

Wallahu a’lam.

Susunan:  Dr Zubaidi Hj Ahmad (280512)

 

Klik sini untuk memudahkan proses kelahiran dan mengelak induksi

2 comments

  1. Fauziah Madzelan

    Untuk pengerahuan doktor saya mengalami masalah yang sama ketika ini.
    Sekarang saya hamil 28 minggu. Kadang2 rasa sukar nak bergerak. Bolehkah
    Saya melegakan rasa sakit terutama di bahagian punggung dengan minyak angin
    atau yokoyoko? Ataupun adakah masalah saya ini akibat sakit tulang ekor (seperti info
    Doktor sebelum ini akibat kelahiran anak sulung seberat 4.1kg). Terima kasih.

  2. assalamualaikum Dr,

    bagaimana pula jika sakit dibahagian tulang pinggul ketika kandungan br mencecah 19 minggu? adakah simptom ini normal?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top