Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Sakit pada kerandut zakar

Sakit pada kerandut zakar

 

testicular pain

“Salam doctor. Saya berumur 40an dan berbadan gempal. Baru-baru ini saya mempunyai masalah rasa senak di kerandut zakar saya. Adakah ini tanda awal bagi penyakit berbahaya? Mohon pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Kesakitan pada kerandut buah zakar boleh berpunca daripada buah zakar (testis) dan struktur di sekelilingnya.

 

Punca sebenar sakit itu hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan doktor.

 

Antaranya adalah:

 

1. Jangkitan kuman pada pundi epididimis (epididymitis) atau buah zakar (orchitis).

 

2. Kecederaan pada kerandut buah zakar seperti tertendang.

 

3. Batu karang pada ginjal dan bergerak dalam saluran ureter.

4. Belitan pada saluran dalam kerandut buah zakar yang dikenali sebagai ‘varikosel’ (varicocele).

 

5. Pengumpulan cecair dalam buah zakar saperti ‘hydrocoel’.

 

testicular torsion

 

Penyebab yang serius bagi sakit buah zakar berlaku apabila buah zakar terpulas atau ‘testicular torsion’. Ini akan mengakibatkan perjalanan darah ke dalam buah zakar tergendala, bahagian itu membengkak dan pesakit merasa sakit.

 

Kanser buah zakar juga menyebabkan kesakitan buah zakar, tetapi ia jarang berlaku.

 

Bagi masalah batu karang, ujian air kencing akan menunjukkan sel darah merah atau serpihan batu.

 

Berjumpalah doktor tanpa berlengah. Jangan biarkan rasa sakit itu menjadi serius.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: