Sakit lutut dan suntikan Orthovisc ketika hamil

knee

“Salam doc, sy berumur 33 thn dah mengalami arthritis. pd 14 june 2013 lalu sy ada telah disuntik dgn orthovisc injection ke atas lutut kiri saya. Sy sekarang merancang utk mengandung anak ketiga. sekiranya sy merancang utk mengandung atau sy disahkan mengandung, adakah othovisc injection itu selamat? utk pengetahuan doctor, next appointment sy utk orthovisc injection adalah 25 june 2013 dan saya telah lewat period selama 3 hari”

Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.

Sebagai pengetahuan umum, Orthovisc adalah sejenis cairan sintetik yang sama seperti cairan sendi (synovial fluid). Ia dibuat daripada bahan hyaluronic acid.

Cairan sendi adalah cairan yang penting dalam sendi terutamanya sendi lutu kerana ia berperanan sebagai pelincir, memudahkan pergerakan tulang peha (femur) dan tulang kaki (tibia dan fibula). Ia juga bertindak sebagai penyerap hendakan yang berlaku ketika seseorang sedang berjalan atau berlari.

Apabila seorang merasa sakit di bahagian sendi lututnya, dan pemeriksaan xray dan MRI menunjukkan kesakitan itu disebabkan masalah kekurangan lendiran synovial fluid, maka selalunya doctor mencadangkan suntikan cecair Orthovisc ke dalam sendi lutut.

Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah apabila terdapat kesan alahan pada bahan hyaluronic acid. Memandangkan puan pernah menjalani suntikan ini, maka saya percaya puan tidak akan mengalami kesan alahan ini.

Pada kebiasaannya doctor akan memberikan tiga atau empat kali suntikan, dengan jarak antara suntikan adalah satu minggu.

Selepas disuntik dan sepanjang rawatan, pesakit dinasihatkan agar mengelakkan dari melakukan aktiviti yang lasak dan lama (melebihi sejam) seperti mengangkat berat, bersukan atau pun berdiri lama.

Setakat ini tiada laporan yang menunjukkan bahawa suntikan Orthovisc boleh memberikan kesan mudarat kepada bayi dalam rahem atau bayi yang sedang menyusu dari ibunya (breast-fed).

Saya mencadangkan agar puan berbincang dengan doctor yang merawat puan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas.

Wallahu a’lam.

 

[IKLAN]

 

Untuk mendapatkan minyak zaitun yang berkualiti dan berkhasiat tinggi keluaran dari Olive House, boleh klik link di bawah:

 

Boleh dapatkan Olivie Plus 30x di S I N I

Pertanyaan boleh wassap ke pada saya Dr Zubaidi bin Hj Ahmad. www.wasap.my/60197022391.

Leave a Reply

error: Content is protected !!