Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Beberapa minggu yang lalu, saya pernah ‘highlight’kan tentang masalah sakit kepala yang sebelum ini dipandang remeh oleh beberapa rakan FB. Doktor-doktor yang merawat mereka juga tidak memberikan penerangan yang jelas tentang masalah sakit kepala yang pesakit hadapi.

Saya mencari fakta di beberapa artikel di journal-journal seperti “Brain Tumors N Engl J Med 2001 344: 114-123” oleh Dr Lisa M. De Angelis dan di JAMA, February 2, 2005; 293(5): 557 – 564 “Patterns of Care for Adults With Newly Diagnosed Malignant Glioma” dan artikel S. M, A C Lamont, N A Alias, and M N Win “Red flags in patients presenting with headache: clinical indications for neuroimaging” British Journal of Radioliology, August 1, 2003; 76(908): 532 – 535.

Banyak soalan-soalan yang diajukan oleh rakan-rakan FB, antaranya ialah adakah sakit kepalanya “normal”? Atau adakah sakit kepala yang berpanjangan itu disebabkan oleh “migraine”? Atau disebabkan oleh tumor dalam otak?

Pada saya tidak ada sakit kepala yang normal kerana tanda atau gejala sakit kepala sendiri menandakan sesuatu yang tidak normal sedang berlaku kepada pesakit.

Jadi jika seorang pesakit mengalami sakit kepala, ia tidak normal. Kalau ada doktor atau paramedik yang berkata “sakit kepala awak ini normal”, maka (dengan kemaafan) saya menganggap doktor atau paramedik ini malas untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku dan mungkin juga dia mempunyai tahap pengetahuannya yang tidak mencukupi.

Saya memahami perasaan pesakit yang mengalami sakit kepala yang berpanjangan, bertambah teruk dari masa ke semasa dan tidak beransur sembuh.

Maka ramai pesakit yang tertanya-tanya; adakah sakit kepala yang dialami merupakan suatu tanda kecil bagi penyakit yang lebih besar, contohnya tumor otak?

Sebelum saya menjawab persoalan itu, elok juga kalau kita memahami secara ringkas apa yang dikatakan sebagai tumor otak. Kemudian kita memahami kaitan tumor itu dengan sakit kepala.

 

Apakah Tumor Otak?

Tumor otak adalah perkembangan sel otak secara cepat tetapi tidak normal. Ia bolehjadi kanser (malignant) yang sangat merbahaya atau jenis bukan-kanser(benign) yang kurang bahaya.

Sel-sel abnormal yang membesar dan menjadi tumor itu, bolehjadi berasal dari sel-sel otak itu sendiri yang dinamakan neuron, sel glial, sel astrocytes, sel oligodendrocytes, atau sel ependymal.

Atau mungkin juga ia berasal dari saluran limfatik (lymphatic tissue), atau saluran darah (blood vessel) atau saluran saraf yang dinamakan myelin-producing Schwann cells.

Sel tumor itu juga mungkin berasal dari saraf cranial nerves, atau selaput otak (meninges), atau tempurung kepala (skull) atau dari kalenjar pituitary dan kalenjar pineal , atau merebak dari kanser di organ lain (metastatic tumors).

Saya tidak menafikan bahawa sakit kepala sememangnya tanda bagi tumor otak, namun sakit kepala yag disebabkan oleh tumor otak ini mempunyai sifat-sifat tertentu yang membezakannya dari sakit kepala yang disebabkan oleh masalah-masalah lain.

Harus kita ingat bahawa tumor otak adalah bukan suatu penyakit yang biasa atau kerap berlaku. Alhamdulillah, penyakit tumor otak ini tidak menjadi pembunuh nombor satu di mana-mana negara.

Saya mengambil contoh di Amerika Syarikat kerana di sana teknologi kesihatan seperti CT Scan dan MRI sangat meluas dan kemudahan kesihatannya juga sangat bagus. Ini membolehkan setiap kanser yang dihidapi oleh rakyatnya dapat didaftarkan dengan baik.

Di United States (US), pada tahun 2005, dianggarkan sebanyak 43,800 kes baru yang didiagnosakan sebagai tumor otak (rujukan: Central Brain Tumor Registry of the United States, Primary Brain Tumors in the United States, Statistical Report, 2005–2006). Anggaran ini mewakili sebanyak 1.4 peratus dari semua jenis kanser, 2.4 peratus dari semua kematian disebabkan kanser, dan 20–25 peratus kanser yang dialami oleh kanak-kanak. Oleh itu, tumor otak bukanlah kebiasaan penyebab sakit kepala, kerana kebarangkalian untuk mendapat tumor otak adalah sangat kecil.

Sakit kepala yang kronik biasanya disebabkan oleh masalah lain yang kurang serius seperti migrain, allergik (resdung) atau masalah mata.

 

Apakah kaitan tumor otak dan sakit kepala?

Ruang di dalam tempurung kepala sangat terbatas. Secara asasnya ia mengandungi otak, selaput otak dan cecair cerebro-spinal (CSF). Ruang ini tidak akan membesar walaupun ada sebahagian sel di dalamnya akan membesar (menjadi tumor) atau berlaku pertambahan tekanan di dalamnya.

Ruang di situ bukannya seperti ruang di dalam belon. Jika tekanan di dalam ruang belon itu bertambah disebabkan tiupan udara ke dalamnya, ruang di dalam belon akan bertambah. Sifat kekenyalan dinding getah pada belon itu akan menyebabkan belon mudah bertambah saiznya apabila tekanan di dalamnya bertambah.

Oleh kerana ruang di dalam tempurung kepala dibatasi oleh tulang tengkorak yang keras, maka jika ketumbuhan otak semakin membesar dalam tengkorak, tekanan di dalam tempurung juga menjadi semakin tinggi.

Apabila tekanan dari dalam tengkorak (intracranial pressure) bertambah, tekanan itu akan menekan sel-sel lain kerana keterbatasan ruang. Akibatnya pesakit mengalami sakit kepala. Adakalanya diiringi oleh rasa loya dan muntah.

Jika tekanannya terlalu kuat sehingga menghimpit saraf-saraf yang mengawal anggota badan dan organ lain, sudah tentu ia akan memberikan kesan negatif pada anggota atau organ itu.

Pesakit akan berasa pandangannya kabur (jika menjejaskan saraf mata), pendengaran menjadi kurang (jika menjejaskan saraf telinga), atau anggota badannya (tangan dan kaki) menjadi lemah jika menjejaskan saraf motor yang mengawal otot itu.

 

Bagaimanakah Sakit Kepala yang disebabkan oleh tumor otak?

Harus diingat bahawa, sakit kepala bukanlah tanda awal bagi sebarang ketumbuhan/tumor di dalam otak. Ia selalunya datang bersama dengan tanda-tanda lain, atau pun sakit kepala terasa apabila tanda-tanda lain telah pun muncul.

Mungkin pesakit akan mendapat sawan dahulu, atau perubahan pada pandangan mata atau pendengarannya. Pesakit juga mungkin akan terasa tangan atau kakinya lemah, seorang-olah sedang menghadapi serangan stroke. Kadang-kadang ingatan (memori)nya menjadi tidak menentu dan seringkali lupa.

Ada pesakit bertanya kepada saya adakah sakit kepala yang disebabkan oleh tumor di kepala menyebabkan sakit kepala di awal pagi. Saya telah meneliti di beberapa jurnal, namun tiada bukti yang menyokong pendapat ini.

Sakit kepala disebabkan tumor otak selalunya akan bertambah teruk apabila saiznya bertambah besar. Walaubagaimanapun tidak semua pesakit tumor otak menghadapi sakit kepala yang kuat, sehingga mengganggu rutine hariannya.

Namun apabila sakit kepala menyerang, pesakit biasanya akan terjaga dari tidur seakan-akan ada sesuatu yang menyucuk di dalam tengkoraknya.

Ada pesakit yang tidak tahan dengan kesakitan ini, lalu menghantukkan kepalanya ke dinding, sehingga luka di dahi dan keningnya berdarah. Hantukan ini menyebabkan terasa seperti suatu kelegaaan sedikit kepada pesakit itu.

Sakit kepala itu selalunya digambarkn sebagai ”sukar digambarkan” atau “susah hendak cerita macam mana sakitnya kepala”.

Kadang kala sakit kepala itu berdenyut-denyut seperti migraine. Semakin hari sakit kepala semakin kerap. Kalau dulu mungkin hanya sebulan sekali, kemudian ia bertambah menjadi seminggu sekali dan akhirnya menjadi setiap hari.

Tahap kesakitan juga bertambah dan seterusnya akan kekal kesakitannya, dan susah mendapat kelegaan. Mungkin kalau dulu dengan sebiji panadol sudah memberikan kelegaan, namun sekarang makan dua biji panadol barulah berkesan. Akhirnya mencuba pula ponstan, synflex, arcoxia dan lain-lain ubat penahan sakit, namun kelegaannya hanya semantara.

Sakit kepala yang disebabkan oleh tumor otak juga bertambah dengan perubahan posisi. Apabila seorang pesakit cuba mengubah kedudukannya, sakit kepalanya bertambah teruk, terutama apabila dia cuba berbaring.

Batuk dan bersin juga menyebabkan tekanan di dalam tekorak (ICP) akan bertambah dan pesakit mengalami sakit kepala yang keterlaluan.

Saya membuat kesimpulan bahawa sakit kepala yang disebabkan oleh tumor otak adalah sangat kompleks dan ianya berbeza dari seorang ke seorang yang lain.

 

Apa yang menyebabkan doktor mengesyaki sakit kepala itu adalah tumor otak?

Pesakit yang mengalami sakit kepala yang kronik perlu mencari seorang doktor yang dipercayainya.

Pesakit mampu menilai tahap pengetahuan doktor dengan bertanyakan beberapa soalan tentang penyakitnya. Jika doktor itu cuba mengelak dari menjawab soalan itu atau memberikan jawapan sambil lewa, bermakna doktor itu tidak menepati kriteria yang saya sebutkan.

Doktor juga harus menunjukkan sikap kopentasi (kemahiran) dan cara komunikasi yang baik. Kriteria yang saya sebutkan tidak semestinya berada pada diri seorang doktor yang pakar.

Ada pesakit mengadu pengalamannya berjumpa dengan doktor pakar neurology (neurologist), melayan pesakitnya dengan lewa, sehinggakan sakit kepala yang tidak serius dikatakan tumor otak manakala sakit kepala yang sangat kuat pula dikatakan tidak apa-apa.

Malah ada doktor dengan mudah melabel seseorang itu mengalami sakit kepala sebagai migraine menyebabkan pesakit sudah mati akal, tidak tahu apa yang harus diharapkankan lagi selain makan ubat penahan sakit sahaja untuk sakit kepalanya.

Seorang doktor yang baik akan memerhatikan kekerapan pesakit berjumpa dengannya, terutama jika pesakit telah datang beberapa kali pada waktu yang dekat. Bagi saya sendiri, kalau pesakit datang dua kali dalam masa sebulan, saya berpendapat sakit kepalanya adalah serius.

Selain itu pesakit haruslah bersabar menjawab soalan yang dikemukakan oleh doktor walaupun pada masa itu mungkin pesakit itu tidak mampu menahan kesakitannya. Tanpa menjawab soalan-soalan itu pihak doktor sebenarnya tidak menemukan “clue” kerana sakit kepala itu mungkin bukan bergantung pada satu sebab sahaja.

Pihak doktor dapat mengelak dari melakukan keseluruhan ujian yang mungkin tidak perlu jika pesakit memberikan kerjasama dengan menjawab soalan-soalan itu dan menjaga kesabarannya.

Alangkah baik kalau pesakit sendiri dapat menyimpan buku kecil di mana dia boleh mencatatkan pada waktu apa dia mengalami sakit kepala dan apakah yang dilakukan ketika itu sebelum sakit itu menyerang.

Ini akan mengurangkan soalan-soalan yang dikemukan oleh pihak doktor dan pesakit boleh memberikan jawaban yang tepat. Jika tidak, pesakit akan memberikan jawaban “saya tak tahu” atau “saya tidak ingat” menyebabkan pesakit dan pihak doktor bakal sama-sama kecewa.

Maka tidak hairanlah saya mendapat ”feedback” dari pesakit yang kecewa dengan konsultasi dengan pakar saraf kerana diberitahu sakit kepalanya “tak ada apa-apa” atau “ ini disebabkan angin dalam kepala”. Saya kira semua jawapan yang diberikan doktor ini sebenarnya menggambarkan kekecewaan doktor terhadap kerjasama dari pesakit ketika menjawab soalan yang diberikan, lalu jawaban yang diberikan doktor ini pun berbunyi sambil lewa atau malas.

Doktor perlu tahu daripada pesakit, ‘apakah yang menyebabkan punca sakit kepla yang tiba-tiba’. Adakah tatkala itu, pesakit sedang melihat skrin komputer, atau sedang berehat tiba-tiba terdengar bunyi muzik yng kuat dimainkan oleh jiran menyebabkan sakit kepala terus menyerang, atau adakah selepas memakan makan berminyak, atau pelbagai situasi penggalak lain.

Doktor juga mahu tahu ‘berapa kekerapan pesakit itu mengalami sakit kepala’. Adakah setiap hari? Setiap minggu? Atau di waktu malam atau di waktu tengah hari?

Kadangkala doktor akan bertanya beberapa soalan yang mungkin ‘menyakitkan hati’ pesakit. Namun ia sebenarnyanya penting seperti:

1. Adakah sakit kepala ini pernah terjadi sebelum ini atau adalah ini pertama kali?

Pesakit yang sebelum ini mempunyai sejarah sakit kepala, kali ini sakit kepalanya mungkin disebabkan oleh allergi dan migraine yang biasanya tidak membimbangkan.

Namun bagi mereka yang tidak pernah sakit kepala yang terlalu kuat seperti ini, ia seharusnya diselidik lebih mendalam.

Bagi pesakit yang sebelum ini pernah dan kerap mengalami sakit kepala, biasanya pesakit dapat memberitahu sama ada kesakitannya bertambah kuat, atau berubah tempat, dari depan kepala ke bahagian kepala, atau mungkin menyebabkan gejala/ tanda-tanda yang lain seperti pendengaran dan pemandangannya menjadi kurang atau anggota badannya menjadi lemah. Perubahan-perubahan ini mungkin disebabkan oleh tumor otak.

 

2.Apakah nama ubat yang selalu diambil untuk mengurangkan sakit kepala?

Saya sering menerima rungutan pesakit apabila soalan ini saya tanyakan. Mereka menjawab dengan marah (mungkin sambil menahan sakit kepala),

Manalah saya tahu, saya bukannya doktor!”. Menguji iman doktor yang ingin membantu.

Ada juga yang memberitahu saya warna ubat yang diambil untuk melegakan sakit kepala.

Walaupun ia memberikan sedikit clue tentang ubat yang diambilnya, namun ia sebenarnya tidak cukup bagus. Ini kerana banyak ubat generik yang dihasilkan oleh beberapa buah syarikat pharmaseutikal memberikan warna-warna yang berlainan pada ubat-ubat mereka.

Tujuan soalan ini ditanyakan ialah untuk mengetahui sama ada ubat yang diambil oleh mereka itu adakah di tahap biasa, atau sudah mulai menggunakan ubat-ubat yang agak kuat.

Pesakit sewajarnya haruslah berkata dengan jujur jika ada mengambil ubat-ubatan dari farmasi secara “over-the-counter” seperti Panadol atau Ponstan. Malah beritahulah juga jika ubat yang diambil merupakan ubatan herba, atau dipreskripsikan oleh doktor lain.

Apa yang penting, doktor mahu mengetahui sama ada ianya berkesan atau tidak. Adakah ianya berkesan buat sementara atau tidak berkesan langsung. Selalunya sakit kepala yang disebabkan oleh tumor otak tidak akan mendapat kelegaan daripada ubat penahan sakit. Kalaupun ada kelegaaan, selalunya ia bersifat sementara. Jika ini berlaku, doktor akan berpendapat sesuatu yang lebih serius sedang melanda pesakit.

Secara ringkas sakit kepala yang disebabkan tumor otak biasanya akan menyebabkan tanda-tanda lain seperti pandangan semakin berkabur, atau anggota badan menjadi lemah.

Selain itu, sakit kepala menjadi bertambah kuat dan tidak mendapat kelegaan walaupun telah mengambil ubat penahan sakit. Apa yang boleh saya nasihatkan, eloklah berbincang dengan doktor secara jujur dan tenang jika pesakit masih rasa keliru dan resah dengan penerangan ringkas saya.

Jika pesakit mahukan pengesahan yang meyakinkan, bolehlah menjalani imbasan CT Scan dan MRI otak, kerana tumor otak sekecil 1cm dapat dikesan melaluinya.

Wallahuálam.

 

Susunan Dr Zubaidi b Hj Ahmad (010610)

http://www.facebook.com/drzubaidi

  50 comments for “Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

  1. Hamidah Saaid
    01/06/2010 at 6:37 pm

    Info yg cukup bagus. Saya disahkan mengidap tumor otak setelah 4 tahun dirawat sbg pesakit mystenia gravis.Dlm masa 2 minggu slps keputusan MRI saya menjalani pembedahan membuang tumor tsb dan dlm masa setahun dr tarikh pembedahan saya selesai menjalani rawatan radioterapi.Alhamdulillah, sakit kepala tu tiada lagi dan skrg masih tetap dlm pemeriksaan susulan dan pemantauan melalui imbasan MRI.

    • drzubaidi
      27/06/2010 at 6:14 am

      Semoga uan sentiasa dalam keadaan sihat. Nasihat saya teruskan rawatan dan banyakkan berdoa.

  2. Jala Mas
    03/06/2010 at 10:38 pm

    Saya sedang mengalami sakit kepala yang amat serius sekarang. Walaupun pernah menjalani rawatan MRI dan tiada tanda-tanda tumor, saya masih lagi sangsi akan keadaan sakit saya ini. Sejal kebelakangan ini setiap hari saya mengalami sakit kepala yang amat serius sehingga mengganggu rutin harian saya. Apabila ia menyerang, mata saya jadi berair, telinga saya berdengung dan seluruh anggota saya menjadi kebas. Otot-otot juga menjadi lenguh dan nafas saya menjadi sesak.Saya telah mencuba berbagai ubatan moden dan tradisional antaranya, propanolol,cafergot, synflex, sumatriptan, arcoxia, meloxicam dan beberapa jenis lagi malangya semua itu tidak lagi memberi kelegaan kepada sakit saya. Sekarang ini saya sedang berikhtiar secara tradisional dan mengamalkan herba2 tempatan. Pohon jasa baik pembaca semua untuk berkongsi cara atau teknik rawatan untuk memulihkan derita saya.

    • drzubaidi
      27/06/2010 at 6:12 am

      Salam, elok buat pemeriksaan darah. Buat sementara waktu minum air secukupnya. Hantar result darah puan ke e mail saya. Insya Allah saya cuba bantu.

  3. Jala Mas
    04/06/2010 at 8:57 am

    Assalamualaikum Tuan Doktor, saya juga meminta nasihat dripada tuan doktor tetntang masalah saya ini. Saya cukup risau tentang kesan sampingan akibat terlalu kerap mengambil ubat penahan sakit yang saya sebutkan di komen saya sebelum ini.

  4. Muhamad Hazwan bin Alias
    12/06/2010 at 4:02 am

    salam.. sejak sy msuk SBP di cheras kuala lumpur, sy mgalami skit kepala yg teruk.. byk kli medical check up, then doc said, ‘myb u tension sgt kt skula’. sy pn fkir mcm tu, byk cra sy da try utk hilangkan stress. skit kpala ni mula myerang sy pd feb 2010, smpi skrg msih skit kpala (12 june 2010). ape yg sy tlah usaha utk hilangkan skit kpala, msih x bjye. sy risau dgn keadaan sy utk mnghdpi plbgai peperiksaan sekolah. ape yg sy rse, skit kepala pd wktu skrg ni da dialami pleh byk pihak. ini mgkin disebabkn cuaca yg telampau pnas di bandar Kl/ di bndar2 besar. adakah sy mghidapi tumor otak? sy bru brusia 16 thun.. sy takut…

    • drzubaidi
      27/06/2010 at 6:09 am

      Salam, pengalaman yang sama ketika saya belajar di matrikulasi UKM di Cheras. Sakit kepala sangat merisaukan saya sehingga saya tidak mampu menghafal nota. Sakit kepala terus berlarutan sehingga masuk ke UKM.
      Nasihat saya : banyak minum air, pastikan 1.5 L sehari atau air kencing menjadi jernih, (biar kerap kencing, tak mengapa). Selain itu amalkan bacaan ayat2 ruqyah.

  5. suhana
    22/06/2010 at 6:02 pm

    amalkan sembahyang sunat tahjud, dan sunat hajat,,insyallah dengan izin ALLAH awk akn sembuh

  6. nisa
    28/06/2010 at 1:01 pm

    salam dr…saya slalu mgalami skit kpala yg truk..
    bla pg jmpa dktor sume kta mgkin sb sya slalu mnum kopi atau pn stress …
    tp sya pnah skit kpala skali smpaikn tpksa hntukkan kpala kt dnding sb xdpt mnahan skit…tp pastu da krg skit…jd utk elakkan sya skit blik sya bli ubt di frmasi…

  7. 29/06/2010 at 4:52 pm

    saya hampir 3 minggu kena migrain, sakit sangat. dah 3 kali jumpa doc bulan ni, ubat pn xde effect, semalam dah buat ct scan, just tunggu result skrg. tp skrg cuba alternatif buat terapi elektrostatik..

    kalau setakat sakit kepala saya boleh tahan lg, tp kalau dah sakit bahagian muka kiri- mata telinga hidung, gigi gusi semua sakit, memang susah lah.

    saya cepat sejuk skrg, suhu aircond 22 degree celcius pun buat saya pakai baju 3 4 lapis, terketar2 lg.

    dr saya nak tanya, semua ni mungkin disebabkan kesan bahan2 kimia yg carcnogen jugak ke doc, sebab saya buat praktikal di jab kimia yg buat analisis kimia.. terima kasih.

  8. liyana
    20/07/2010 at 9:13 pm

    salam,dr saya dah lama mengalami sakit kepala sehinggakan sakit kepala saya kerap sekarang ni,saya akan mula rasa sakit dan senak di bahgian kiri mata diikuti rasa mual dan nak muntah hinggakan kepala rasa berpusing.bila mkn panadol 3 biji dlm beberapa jam slps itu ok.tapi kpla still rasaberat je .saya nak tahu apakah jenis dan penyakit saya ni dan apa saranan doktor terima kasih

  9. nor azliza
    21/07/2010 at 10:31 pm

    salam doktor sya da lma mengalami sakit kepala pada rya taun lepas sya jatuh tga slpas itu dua tiga hari kejadian tu telinga sya berdarah sya telh membuat pemeriksaan kt klinik swsta dan dokt memberithu telinga sya key ia suh sya pergi ospital untuk rawatan lanjut krna mungkin da pendrhan dlm otak . .slps itu sya mengalmi sakit kpala berterusan dulu 2 bulan sekali sakit panadol 1 biji trpksa sya teln 2 bji tok kelegaan . . da juga sya trpksa antuk kpla didinding seb terlalu skit ia menyucuk dlm kpla sya . .sya telah dimsukkan kewad seb sakit kpla yg amat sngt smpaikan doktr kat ospital bgi ubat than sakit x berkesan pda kpla sya . .msih agi menyucuk . . slps tu dokt tya smada kpla da key atau tak tpi sya mgeleng kpla tngan memegag rmbut akibat skit yg amat . .doktr mengambil sampel darh dan slps itu doktr bgi ubat thn sakit skli lagi tpi kpla sya msih berdenyut . .dokt telh wat tmujji tok sya dan memeriksa keadaan sya tpi ia apa yg sya dapti dokt gtau sya migrain . .dokt telah pesan makann dgig.nescafe,kopi dan coklat tidak boleh mkn . .sya muntah kdg2 kuar drah . .kpla sya cm menyucuk2 kedlm kpla . pndgan mta sya kdg2 xbpa jelas pendgran pom ada kurng . . kdg2 sya lupa . .sya xleh dgr byi kuat sb ia mberi ksan pda kpla sya sampai nk pitam . .sya cuma nk tau adakah sya boleh mengalami tumor otak akibat sakit kepala memjang?sekrng ni rmbut sya byk yg gugur . .sya sekrg msih agi bljr ipts sya cuma nk tau pda pndgan doktor sdri keadaan sya ini . . terima ksih

  10. Mohd Shafie Md Ali
    25/07/2010 at 9:54 am

    Salam doc, saya terlalu kerap sakit kepala, setiap pagi ketika bangun dari tidur kepala saya sgt sakit, yg peliknya kenapa ianya berlaku setiap kali bangun dari tidur dan akan berpanjangan jika saya tidak mngambil ponstan, skrg saya mesti akan bergantung pada ponstan bg mngelak kepala ini mnganngu kerja saya. Saya jga sudah berulang kali pergi klinik swasta, tpi doc hnya ckp saya terlalu stress, tekanan darah ok.. cuma stress, tpi xkan stress shingga setiap pagi mngalami kapala sakit.. boleh doc tolong bg cadangan..

  11. shazleen
    26/07/2010 at 1:22 am

    salam…doktor..izinkan saya bertanya …
    kepala saya sakit di bahgian kiri. semakin teruk..mgambil masa yg lama tuk pulih…dulu sakit kepala sy skjap sahaja….tapi skrng….waktu saya berjalan.solat buat aktiviti lain.cam pening .berdenyut..kepala saya tetap juga sakit…kalau saya bngun pagi kpala saya akn berdenyut….bolehkah doktr terangkan…adakah itu hnya sakit biasa…tima kasih

  12. NORAFIDAH
    28/07/2010 at 2:41 pm

    Salam doktor,
    saya ada keraguan pada masa ini…
    saya mengalami sakit kepala (berdenyut & berpusing2) sejak minggu lalu dan sehari dua ni ia makin teruk di mana saya rasa badan saya tidak balance dan badan menjadi lemah…
    saya telah membuat pemeriksaan di klinik dan doktor mengatakan mungkin masalah hormon saya yang tidak stabil kerana berhenti dari makan pil perancang..
    masalahnya saya berhenti memakan pil tersebut sudah 3 bulan dan sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah…
    kini saya juga berasa loya dan seperti nak muntah…(tapi tak muntah). doktor juga mengsahkan saya tidak mengandung dan saya juga yakin saya tidak mengandung atas alasan saya sendiri.
    isunya, saya tak pernah berasa sakit kepala sebigini dan hari ini ia semakin teruk di mana saya rasa sekeliling saya berpusing secara perlahan2 dan badan saya terasa sangat lemah…saya juga ada rasa satu part di kepala yang sangat2 sakit..
    apa yang perlu saya lakukan?
    untuk makluman doktor saya juga pernah mengalami mirain satu waktu dulu masa saya belajar dulu..itu dah lama… dan sakit yang saya hadapi sekarang tak sama macam tu…
    apa yang perlu saya lakukan doktor ye? adakah ini sakit kepala biasa atau saya perlu dapatkan second opinion?
    saya risau kerana pakcik saya telah meninggal kerana brain tumor ni…dia dapat tahu mengenai penyakit tersebut apabila sudah di stage ke-4….
    terima kasih

  13. Anis
    27/09/2010 at 11:17 pm

    Salam Dr..
    sudah seminggu saya mengalami sakit kepala yg berterusan. saya tak pasti sama ada saya migrain @ pun simpton drpd kelewatan period.walaupun telah mkn pronstan namun masih lg skt kepala. utk pengetahuan dr, hampir 7 bulan sy berhenti mengambil pil perancang ‘mercilon’,period dtg sikit & tak menentu, pernah tak period 3 bulan. sy ingin mengandung lg.Dr,apakah yg perlu sy lakukan bg memastikan perjalanan period sy kembali normal & petua agar mudah mengandung.skt

    • 30/09/2010 at 12:09 pm

      Wsalam, anis. Saya harap puan telah membaca dan memahami artikel saya mengenai kompliasi penggunaan pill perancang. Antaranya yang seperti puan hadapi. Ini dikenali sebagai post-pill amenorrhoea, iaitu masalah kedatangan darah haids (ada kalanya tidak datang langsung), selepas berhenti mengamalkan pil perancang. Sakit kepala yang puan hadapi boleh disebabkan amenorrhea ini. Namun perlu pemeriksaan lanjut terutama tekanan darah puan. Tunggulah kedatangan haids secara biasa. Memakan ubat untuk ‘menurunkan’ darah haids mungkin memburukkan keadaan. Fahamkan artikel saya mengenai cara untuk menentukan kesuburan. Wsalam.

  14. atie perak
    14/10/2010 at 4:06 pm

    adakah saya normal bila waktu untuk period saya akan mendapat sakit kepala yang kuat selama beberapa hari. ini berlaku setiap bulan.

  15. omey
    22/10/2010 at 10:35 am

    salam~
    saya slalu mengalami sakit kepala yang berpanjangan untuk mengurangkan sakit kepala saya, saya akan mengambil penadol, walaupun hakikatnya sakit itu tidak hilang. setiap kali saya pergi ke klinik doktor akan tanya awak bekerja mengadap komputer ke? saya kata ya, tp saya kurang bekerja mengadap skrin. sekarang bila saya sakit kepala, dada saya pun rasa agak sakit seolah saya susah nak bernafas..sedangkan saya tiada masalah semput atau penyakit yang berkaitan..harap bole bantu~ terima kasih ^_^

  16. iela mail
    06/11/2010 at 9:27 pm

    Assalamualaikum doktor, saya mengalami beberapa simptom di bawah:
    1. kepala sering berdenyut seperti mahu pecah
    2. tahap penglihatan saya terkadang semakin kabur walaupun saya baru menukar cermin mata saya
    3. terkadang saya tidak perasan jika kawan-kawan saya memanggil saya kerana pada saya suara mereka sangat perlahan
    4. tangan kiri saya selalu berasa kebas dan menyebabkan saya tidak dapat merasai apa-apa di bahagian tangan kiri saya(dari bahu hinggalah ke jari)
    Doktor tempat merawat saya cuma mengatakan saya mengalami stress. tetapi sakit kepala saya datang walaupaun ketika itu saya sedang bersantai tanpa melakukan apa-apa pekerjaan. tekanan darah saya juga sentiasa rendah dalam linkungan 90/70 hingga 110/70. adakah gejala in normal?

    • iela mail
      06/11/2010 at 9:40 pm

      selain itu, saya sekarang mudah lupa akan apa yang saya pelajari. yang lebih teruk, saya tak dapat bezakan untuk kejadian waktu dahulu sama ada ianya kenyataan ataupun sekadar mimpi saya sahaja…
      saya benar-benar bimbang dengan keadaan ini semua

  17. suraya
    20/11/2010 at 5:13 pm

    salam dr..

    saya ingin bertanya napa saya sering sakit kepala.bila sujud terasa amat sakit n berat n terasa telinga berdesing tp xmuntah n xmual..tp akhir2 ini rambut saya gugur dgn banyak sekali..untuk pengetahuan dr sy bekerja di dalam lab yang banyak menggunakan bahan kimia berbahaya…saya takut sy mungkin kena tumor otak…adakah tanda2 tumor pd diri saya dr?

  18. norzila
    04/12/2010 at 2:16 pm

    sy ada masalah kerap sakit kepala kadang-kadang 1 minggu 3 ke 4 kali..ia brlaku secara tiba-tiba, lagi 1 saya ada masalah mata, apabila memandang saya akan nampak bintik hitam seperti nyamuk terbang, mula-mula 1 bintik, sekarang ni makin banyak. ape yang perlu saya buat, adakah ia merbahaya..serius..

  19. Hanida Imran
    24/02/2011 at 5:04 pm

    hai doc….
    sejak 6 bulan kebelakangan ni, saya sering mengalami sakit kepala yg teramat sgt dan muntah setiap kali makan. saya pernah membuat pemeriksaan di klinik kerajaan, doktor menyatakan mungkin saya mengalami tekanan dan memberi saya pil elak muntah.
    namun kepala saya masih sakit, akhirnya saya ke farmasi dan membeli pil migrain… barulah saya lega…

  20. Rosmawati Md Razali
    28/02/2011 at 4:33 pm

    Salam Doktor,
    Mengapakah setiap bulan saya mesti sakit kepala semasa/selapas period… mohon bantuan…

  21. 31/03/2011 at 7:55 pm

    Assalam Dr,
    Abah saya disahkan mempunyai tumor dalam otak di pangkal brain stem. Hari ni Dr di Neurosurgical, HKL dah advice untuk buat biopsy. Tapi abah x setuju dan kami sekeluarga pun x setuju memandangkan takutkan risiko selepas pembedahan nanti. Actually, saya buntu sama ada nk teruskan biopsy atau tidak. Since abah masih sedar cuma keadaan fizikal die dah lemah sebelah badan, x boleh jalan, membuatkan kami tak mau memaksa abah. Sekarang abah nk cuba cara tradisional yg saya sendiri tak pasti keberkesanannya. Dalam masa yg sama saya risaukan keadaan abah yg xboleh nk makan dan susut berat badan. Apakah tumor tu nanti akan membesar dengan cepat dan akan melemahkan abah ke tahap maksimum dalam masa terdekat ini? Apa pendapat Dr. Terima kasih.

  22. Myzra
    09/04/2011 at 4:10 pm

    Saya berusia 42 thn…Saya dapati ada benjolan di tempurung kepala di sebelah kiri atas kening. Bila saya mengalami sakit kepala kesakitan tertumpu pada benjolan tersebut. pada7.4.2011 sy tlh mndptkan rawatan selepas 2 hari sakit kepala kerana rupanya tekanan drh naik. Saya tidak mengalami loya, cuma sy merasa lengan kiri saya lenguh2(mgkn urat sraf)namun lenguh2 tgn sdh berkurang selepas pengambilan ubat drh tinggi).APA PENDAPAT DOKTOR TTG BENJOLAN TERSBT DAN PERLUKAH SYA MENJLNI CT SCAN, ADAKAH BENJOLAN SEPERTI INI BOLEH DIUBATI DGN MKN UBAT2AN?

  23. kaza
    21/04/2011 at 9:28 am

    to Abie:
    Ucapan takziah terhadap apa yang dilalui oleh abah awk..apa jenis rawatan tradisionL Yng abah awk lakukan?

  24. liana
    21/04/2011 at 10:59 am

    salam doktor..
    sy risau dgn keadaan sy skg ni,hampir 3 mgu sy mengalami sakit kpla..macam2 ubt tlh sy ambil tp kesan nya ttp sm..dr panadol,paracetamol,ponstan dan jg cafegot…kpla sy trasa sakit dbahgian blkng kpla shgga ke tgkuk..adakah sy mghidap tumor atau kanser?dan ape yg perlu sy lakukan…

  25. supri
    09/10/2011 at 5:43 pm

    Saya berumur 28 th,sy sudah sakit kepala selama 14 hari dibagian kiri atas kepala saya, saya sudah ke dokter dan sudah diberi obat tapi sampai sekarang belum juga sembuh.
    Kalau rambut saya dipegang atau ada goncangan, rasa sakitnya muncul.
    Apakah ini sakit kepala yg berbahaya?
    Terimakasih dok.

  26. Rafidah
    21/11/2011 at 4:03 am

    bapa mertua sy mengalami ketumbuhan tumor yg serius….telah disahkan oleh doktor setelah scan MRI mndpti ketumbuhan mmg wijud tetapi lokasi sebenar ktumbuhan trsebut sukar dikesan dgn lebih detail (smad diselaput otak atau puncanya dari bhgn2 lain) dan pada hari ini, bapa mertua sy perlu buat scan untuk keseluruhan anggota badan untuk lebih kepastian. Soalan sy, adakah dgn menunggu giliran dan menunggu masa untuk scan akan lebih memudaratkan lagi kerana pesakit sudah lama menahan kesakitan sedangkan untuk dpt appoinment di hospital harus menunggu beberapa hari….

    soalan kedua, bapa mertua sy ada penyakit kencing manis, sekiranya doktor mengatakan ketumbuhan itu perlu dibuang, adakah pembedahan boleh dilakukan kerana dikhuatiri luka akan lambat baik…

    kami adik beradik sepakat nk cuba cara traditional, kami beri bapa makan buah apricot yg dipercayai boleh mengecut tumor tersebut. adakah cara ini berkesan doktor? kerana bg kami pembedahan adalah jalan terakhir kerana masalah penyakit kencing yg dihidapi oleh bapa mertua sy… Harap2 sgt doktor dpt membantu…

    Terima kasih..

  27. mohamad azwan hafiez
    09/12/2011 at 12:32 am

    tuan doktor.. saya hendak ty berkenaan dgn tumor otak..sekarang tahp tumor otak pada state 3..sahabat sya ade tumor pada tahap 3.. dia slalu penink kepala.. kadang2 dia da muntah berdarah.. so adakah ini normal bagi seserg yg mengidap penyakit barah otak..?? doktor.. saya minta jasa baik doktor untuk memberi kata2 nasihat supaya dapat menolong sahabat saya..

  28. am
    16/12/2011 at 6:42 pm

    salam dr.
    adik sepupu sy mempunyai tumor yang tidak boleh dibuang kerana kedudukannya yang bahaya.
    maaf sy xbegitu pasti akan jenisnya.
    namun, tumor yg wujud di otaknya, menekan salah satu hormon yang menyebabkan pertumbuhan tubuh badannya menjadi terlalu pantas.
    usianya cuma 6 tahun namun sudah seperti usia 12 tahun. bahkan sepatu yang dipakainya juga bersaiz 37.
    apa alternatif lain yang dia ada selain pembedahan, kemoterapi?
    dan mengapa dia tidak dibenarkan makan roti, kacang dan macam2 lg?
    tq dr.

  29. 22/12/2011 at 3:33 am

    salam doktor, saya selalu sakit kepala.. yang menyebabkan mata saya akan kabur bila sakit tu menyerang.. dan dah hampir dua minggu saya demam, sakit kepala, and telinga pon sakit seakan kena block.. bila batuk and bersin.. mesti sakit sangat2 sampaikan saya rasa takut nak batuk and bersin.. sejak saya demam and sampaila sekarang dah 4 doktor saya jumpa.. semua kata.. saya kena demam panas.. and ada yang bagitahu.. saya ni muda lagi.. sebab tu risau sangat.. sampai satu tahap saya dah nak berputus asa… saya harap doktor boleh reply comment saya ni..

  30. meera
    23/12/2011 at 4:41 pm

    salam dr, saya selalu mengalami sakit kepala. hampir tiap hari kepala saya sakit dan saya rasa hampir setiap bulan saya mengalaminya..pernah sekali saya sakit kepala selama seminggu dan muntah-muntah. untuk menghilangkan rasa sakit tersebut saya cuba mengambil analgesik PONSTAN,VOLTAREN, tramal, panadol tetapi setelah mengambilnya sakit kepala masi berterusan sehinggakan saya nak mengulangkaji pelajaran pun terganggu. saya nak tanya dr, adakah ini normal ataupun x? saya belum pernah membuat apa-apa pemeriksaan.

  31. zura83
    07/02/2012 at 11:14 am

    salam,doc….sy mgalami skit kapala masuk hari ke-3…sy blom prnah mgalami skit sperti ni…sy mrasakan urat di tengah2 antara mata hingga ke kening skit…ia sgt mnggangu rtin harian sy..mrasakan bdan trlalu lmah dn trkadang rse nk demam….

  32. hariani
    08/03/2012 at 9:45 am

    asslamualaikum..doktor suami sy setiap hari sakit kepala..pagi tengah hari ,petang&malam…kadang kadang sampai saya pening fikirkan ape sebenarnya sakit suami saya…sudah hampir 2 minggu dia asyik sakit kepala..mula2 waktu kena sampai muntah2 cirit birit..bantu saya doktor…suami sudah pergi hospital klinik sg.buloh tapi doktor sane ckp sakit kepala biasa,ubat mcm2 sudah makan,ubat tahan sakit pon sudah makan…tp tetap sakit jgk..

  33. zt
    27/06/2012 at 3:32 pm

    salam doktor…
    sy nk b’tanya pd doktor ttg mslh sy.
    sy b’umur 21 thun dan bru shj bkerja, sy slalu mgalami mgrain hmpir stiap bulan n sy aggp pkra biasa. tp bulan 2 bulan y lpas sy srig mgalami sakit kpala shgga mggu rutin hrian sy. dan sy telah bjmpa dgn doktor n doktor telah bg ubt utk sy consume mkn everyday tp sakit tdak jgk bkurag tkanan drh sy 90/70, dan sy sorg y b’bdn bsar,sy tgah cuba mnurunkn berat bdn sy. sy mgambil produk kesihatan utk turunkn brat. sejak bbrp mggu ney kpala sy sgt sakit, apabila bgun pgi dan tgah bkerja shgga mmbawa ke mlm, sy juga slalu sakit d bhgian tgan dan kaki spt kebas ttpi kdag sakit menekan2 urat, mata mjd kbur dan sy fikir myb kna tkar crmin mata, mnta jasa baik doktor utk tragkn mslh sy. terima kasih.

  34. shee
    08/07/2012 at 3:15 am

    assalamualaikum Dr.. saya mengalami sakit kepala yang kerap, boleh dikatakan dalam seminggu 2 3 kali sakit kepala.. rasa sakit kepala macam menyucuk2 otak diiringi dengan senak pada mata.. kadang2 rasa sakit kepala pada satu bahagian shj dan paling kerap sebelah kanan, senak mata pula mengikut sakit kepala, kalau bahagian kanan yang sakit, mata sebelah kanan terasa senak.. saya sudah mengalami sakit kepala bermula 2 tahun lepas, tapi saya anggap sebagai migrain. tapi baru2 ni, sakit kepala saya ni merisaukan saya kerana terlalu kerap dan sakitnya berterusan..

  35. 01/08/2012 at 4:47 pm

    kwn sy selalu mngadu pd sy yg dy selalu rasa sakit kepala.sy pon jwb yg sakit kpale tu mungkin disebabkan tekanan n stress je tp smpi ari ni dy stil rse sakit kepala.sy nasihatkan dy supaya wt pemeriksaan cz sy bkn doktor.jd,soalan sy,sekiranya seseorg 2 sakit kepala pd bahgian sblh kiri,apa mksudnya?adakh ia mmg disbbkan tekanan?

    • 02/08/2012 at 3:36 pm

      kwn sy selalu mngadu pd sy yg dy selalu rasa sakit kepala.sy pon jwb yg sakit kpale tu mungkin disebabkan tekanan n stress je tp smpi ari ni dy stil rse sakit kepala.sy nasihatkan dy supaya wt pemeriksaan cz sy bkn doktor.jd,soalan sy,sekiranya seseorg 2 sakit kepala pd bahgian sblh kiri,apa mksudnya?adakh ia mmg disbbkan tekanan?

      Saya bersetuju dgn puan bahawa sakit kepala yang berpanjangan harus membuat pemeriksaan.

  36. Syahirah
    09/08/2012 at 8:48 am

    Saya selalu sakit kepala apabila berada dlm keadaan terlampau pns Dan letih,tapi sejak kebelakangan ini saya mengalaminya setiap hari Dan pandangan sy mula kabur(sebelum ini tidak pernah rabun).adakah kerana sy terlalu byk berfikir atau sakit kepala hny disebabkan tekanan?sakit kepala saya hanya hilang sekiranya saya tidur.

  37. atikah
    23/10/2012 at 9:44 pm

    assalamualaikum dr. saya ni student lagi. saya seringkali mengalami sakit kepala yang teruk. kadang-kadang, dalam masa seminggu, saya akan mengalami sakit kepala dalam 4-5 kali. saya pernah berjumpa doktor lain, dan mereka mengesahkan yang saya mempunyai masalah migrain. bila sakit kepala teruk, saya terpaksa ke klinik dan diberi suntikan. pada masa itu, badan saya seakan lemah dan pucat. saya sudah seringkali bertukar ubat tahan sakit. selagi saya tidak makan ubat, selagi tu la sakit saya tak hilang. kalau boleh, saya tak mahu bergantung hidup dengan ubat-ubatan. apa pendapat dr?

  38. qeerajeff
    03/12/2012 at 5:11 am

    As Salam Dr.
    saya kini berusia 20 tahun. saya kerap pening kepala semasa di bangku sekolah rendah lagi.. pada mulanya saya anggap itu perkara biasa saja. dan sekarang, sejak kebelakangan ini, kepala saya selalu sakit, kadang-kala di sebelah kanan. kiri, belakang, atau di dahi. dan sekarang penglihatan saya semakin teruk. dan kadang kala saya dah tak mampu mengingat sesuatu perkara seperti mengeja sesuatu perkataan tersebut.
    dr rasa adakah ia merupakan sakit kepala yang biasa2 saja??

    • 03/12/2012 at 6:26 am

      As Salam Dr. saya kini berusia 20 tahun. saya kerap pening kepala semasa di bangku sekolah rendah lagi.. pada mulanya saya anggap itu perkara biasa saja. dan sekarang, sejak kebelakangan ini, kepala saya selalu sakit, kadang-kala di sebelah kanan. kiri, belakang, atau di dahi. dan sekarang penglihatan saya semakin teruk. dan kadang kala saya dah tak mampu mengingat sesuatu perkara seperti mengeja sesuatu perkataan tersebut. dr rasa adakah ia merupakan sakit kepala yang biasa2 saja?? lagi satu saya selalu blackout ataupun pandangan saya kelam..

      Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah saudari. Saya mencadangkan saudari membuat pemeriksaan yang lengkap. namun begitu untuk
      sementara saya mencadangkan saudari mengamalkan suplemen yang mengandungi Q10 dan elemen zinc. Ia boleh di dapati farmasi. Jika ingin mencuba suplemen Q10 30mg dan keterangan lanjut mengenainya, boleh email saya drzubaidiahmad@gmail.com atau di hp 019 268 5654.

  39. missy
    03/12/2012 at 10:49 am

    stakat brkongsi pengalamn..sy prnsh mgalami migraine cronic.sms bljr f dahulu..tidi o smat kurang.. tkde rutin tdo yg betul n sy constantly on diet so troiggrr d migrsine badly..once dah bkrja….sy dapati then..bile bkrja d high stress environmt sy akn dpt migraibe shingga prlukan suntikan painkiller..vrty often.then sy bljr jdk org yg lbh tenang…memaafkan org lain..tdk brdrndam dn tukar profesyen yg kurang stresss levrl. .also mk sure to eat during mealtimes…jgn skip any meals eesp bresalfast..sy amalkn pemakanan sunnah spt madu setiap hari..utk pelawasan..dn exercise regularly dn supplement spt multivitamin dn spirulina..pastikan.tdo yg cukup alhamdulillah tiada lg serangan migraine..

  40. aca
    18/02/2013 at 3:16 am

    salam dr zubaidi.sya sekarang berumur 18 tahun.pertama kali saya mengalami sakit kepala yang teruk ialah semasa di tingkatan 2 slps merentas desa.nk cakap saya tak tahan panas,selama ni saya okay je latihan sukan..saya tak tahu kenapa kepala saya sakit sgt sehingga saya hentak kepala di dinding.kemudian berlalu beberapa tahun saya alami sakit kepala biasa.sewaktu f5 saya pernah alami skit kepala yg teruk lg sampai tak boleh pergi sekolah.hentak di dinding pun tiada rasa.sya merupakan pljr asrama.makan panadol 2 biji pon tiada kesan.sekrang ni sya da hbis sek tapi sakit kepala lebih byk berlaku dri kebiasaan.die dtg scra tiba2.slalunye wktu mlm.terasa kepala pusing2,pening,nampak kelabu,semut-semut(kebas) terasa merayap satu kepala,bahagian tenga kepala (ubun-ubun)sakit and rasa sampai tengkung.adakah ini bahaya?tp skrg xsakit kepala pulak

    • 18/02/2013 at 9:30 am

      salam dr zubaidi.sya sekarang berumur 18 tahun.pertama kali saya mengalami sakit kepala yang teruk ialah semasa di tingkatan 2 slps merentas desa.nk cakap saya tak tahan panas,selama ni saya okay je latihan sukan..saya tak tahu kenapa kepala saya sakit sgt sehingga saya hentak kepala di dinding.kemudian berlalu beberapa tahun saya alami sakit kepala biasa.sewaktu f5 saya pernah alami skit kepala yg teruk lg sampai tak boleh pergi sekolah.hentak di dinding pun tiada rasa.sya merupakan pljr asrama.makan panadol 2 biji pon tiada kesan.sekrang ni sya da hbis sek tapi sakit kepala lebih byk berlaku dri kebiasaan.die dtg scra tiba2.slalunye wktu mlm.terasa kepala pusing2,pening,nampak kelabu,semut-semut(kebas) terasa merayap satu kepala,bahagian tenga kepala (ubun-ubun)sakit and rasa sampai tengkung.adakah ini bahaya?tp skrg xsakit kepala pulak

      Salam alayk..
      Pertamanya sakit kepala saudari bukanlah jenis kanser, kerana ia telah berlarutan beberapa tahun.
      Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan darah dan air kencing, serta pemeriksaan xray kepala dan CT scan otak.

      Sakit kepala seperti yang diberitahu itu, boleh juga disebabkan oleh migraine. Untuk mengetahui sama ada ia disebabkan oleh migraine atau bukan, kenalah lakukan pemeriksaan doctor.

      Selalunya doctor akan memberikan ubat penahan sakit atau ubat migraine. Bagi mereka yang bimbangkan kesan sampingan ubat-ubatan itu, bolehlah mengamalkan Q10. Ada beberapa kajian yang mengatakan Q10 boleh mengurangkan sakit kepala akibat migraine.

      CoQ10 biasanya dibina dalam badan dan ia juga boleh didapati dalam makanan yang dimakan. Kekurangan CoQ10 dalam tubuh boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu ahli saintis di hospital itu mencadangkan pengambilan suplemen CoQ10 sebagai salah satu rawatan mencegah sakit kepala akibat migraine.

      Dalam kajian mereka, CoQ10 diukur dalam darah 1550 pesakit dan mereka diberikan suplemen CoQ10 dengan dos 1 to 3 mg/kg sehari. Apabila darah mereka diukur semula, didapati tahap elemen CoQ10 dalam darah mereka meningkat dan sakit kepala mereka menjadi kurang.
      (rujuk: Hershey AD, ‘Coenzyme Q10 deficiency and response to supplementation in pediatric and adolescent migraine’. Headache 2007 Jan;47(1):73-80)

      Kajian yang sama mengenai manfaat CoQ10 juga telah dikaji oleh sekumpulan saintis di Clinical Biochemistry Unit, Canterbury Health Laboratories, Christchurch, New Zealand.

      (rujuk: Molyneux SL, ‘Coenzyme Q10: is there a clinical role and a case for measurement?’ Biofactor. 2003;18(1-4):79-89)

      Hal yang sama dipersetujui oleh sekumpulan saintis di Thomas Jefferson University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Mereka menggunakan coQ10 sebagai suplemen pencegahan migraine dengan dos sebanyak 150mg sehari, di mana kajian mereka mendapati bahawa CoQ10 amat berkesan.

      (rujuk:Rozeb TD, ‘Open label trial of coenzyme Q10 as a migraine preventive’. Cephalgia. 2002 Mar;22(2):137-41)

      Untuk keterangan lanjut boleh melayari di http://drzubaidi.com/blog/?p=3018 . Jika berminat membeli Q10 boleh menghubungi saya di drzubaidiahmad@gmail.com

      Wallahu a’lam.

  41. bonda
    07/05/2013 at 12:07 pm

    assalam Dr. Sy dah jalani CPA Brain tumor surgery Julai 2012. 4 cm. After operation alhamdulillah tinggal 5%. After 9month dah mula rasa pening2, loya, nak muntah. Kenapa ya? TQVM

    • 07/05/2013 at 12:15 pm

      assalam Dr. Sy dah jalani CPA Brain tumor surgery Julai 2012. 4 cm. After operation alhamdulillah tinggal 5%. After 9month dah mula rasa pening2, loya, nak muntah. Kenapa ya? TQVM

      Dr Zubaidi: Saya percaya puan masih lagi dalam rawatan dan follow up. Perkara ini (pening, loya dan muntah) perlu diberitahu kepada doktor yang merawat, dikhuatiri akibat kesan pembedahan atau recurrent.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *