Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » SAKIT GINJAL DI USIA MUDA

SAKIT GINJAL DI USIA MUDA

SAKIT GINJAL DI USIA MUDA
 
 
Semalam ada kes pesakit umur 24 tahun ada masalah ginjal. Dia tidak sedar yg dia ada masalah batu dalam ginjal sekian lama. Tiada rasa sakit. Cuma kebanyakan masa, air kencingnya keruh.
 
Bila ditanya rupanya hari-hari minum air gas dalam tin.
 
Mengikut kajian, mereka yang gemar minum air bergas cola lebih mudah untuk mendapat masalah karang di buah pinggang.
 
Ini kerana minuman sebegitu mengandungi asid fosforik yang boleh merangsangkan pembentukan batu.
 
Pembentukan batu karang dalam ginjal tanpa disedari akan melengahkan pesakit unyuk mendapat rawatan segera. Ini akan menyebabkan masalah fungsi ginjal yg tidak normal dan akhirnya menyebabkan kerosakan ginjal secara kekal.
 
Berapa banyak yang dikatakan bahaya?Dengan minum 2 tin soda cola sehari sudah cukup untuk seseorang itu mendapat masalah batu dalam ginjal, dan juga diabetis dalam masa beberapa tahun.
 
Sebab itu saya tegah anak-anak menyimpan air sebegini dalam peti sejuk. Ia akan diminum hari-hari. Ia akan menjadi amalan.
 
Malah mereka akan membenci air kosong. Kalau tiada air cola atau air manis, mereka tak mahu minum. Ini bahaya.
 
Galakkan anak kita minum air kosong setiap hari. Latih mereka semenjak kecil.
 
Satu lagi, sudah latih anak ambil minyak sihat? Pilihan saya minyak zaitun OLIVIE. Ia mengandungi lemak mono tidak tepu dan banyak antioksida polyphenol. Amalan orang tinggal di kawasan Mediterranean dan Asia Barat sejak dahulu.
 
-Dr Zubaidi Hj Ahmad
0197022391
 
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: