Sakit di tempat jahitan luka episiotomy

SAKIT DI TEMPAT JAHITAN LUKA EPISIOTOMY

woman abdomen pain

“Salam doctor. Saya mengalami rasa sakit dan pedih di tempat jahitan luka episiotomy. Saya baru melahirkan anak 3 hari lepas. Oleh kerana saya menyusukan anak, saya bimbang kesan ubat pada bayi saya. Ada cara lain untuk menghilangkan rasa sakit pada tempat jahitan ini. Mohon pencerahan.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak secara normal, mengalami koyakan pada faraj, sama ada disebabkan oleh guntingan episiotomi atau disebabkan koyakan akibat kepala bayi yang agak besar.

 

Selalunya luka yang minima akan pulih tanpa masalah. Calar-lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan jahitan harus pulih dalam tiga hingga empat minggu selepas kelahiran bayi.

 

Rasa sakit yang kuat di bahagian luka jahitan selepas seminggu, bukanlah suatu yang normal. Rasa sakit ini seharusnya berkurangan dari hari ke hari.

 

Jika luka episiotomy dijahit dengan baik dan sempurna, biasanya rasa sakit tidak berpanjangan.

 

Saya bimbang mungkin ada jangkitan kuman di situ atau benang jahitan yang terlalu panjang sehingga mencucuk tisu faraj di sekitarnya.

 

Walau bagaimana pun puan boleh mencuba tip-tip berikut untuk membantu mengurangkan rasa sakit:

 

  1. Tuamkan beg plastik yang berisi air panas yang kecil pada bahagian sekitar jahitan luka itu. Untuk melindungi kulit yang lembut itu, balutkan beg itu dengan kain bersih dahulu.
  2. Bila membuang air kecil, gunakan air suam untuk mencuci kemaluan.
  3. Mandi air suam.
  4. Rendam bahagian yang luka dengan air suam yang dituang ke dalam basin dicampurkan dengan antiseptic. Duduk di dalam basin untuk beberapa minit. Kemudian keringkan jahitan dengan tuala bersih dan lembut.
  5. Penggunaan pil tahan kesakitan seperti Paractamol adalah selamat jika digunakan dengan dos yang dibenarkan.
  6. Minum air yang mencukupi, kerana badan yang kekurangan air akan lebih sensitive pada rasa sakit.

 

Jika rasa sakit tidak berkurangan, berkemungkinan ada masalah yang lebih besar berlaku. Doktor akan memeriksaan kemaluan puan untuk memastikan tiada jangkitan kuman.

 

 

Tanda-tanda jahitan luka mengalami masalah besar dan perlu mendapat pemeriksaan segera doctor ialah:

 

  1. Luka jahitan menyebabkan kesakitan apabila disentuh
  2. Luka jahitan mengeluarkan lendiran yang berbau busuk,
  3. Luka jahitan kelihatan bengkak, dan merah.
  4. Ada rasa seperti mahu demam.
  5. Tidak dapat mengawal kencing atau buang air besar. Terpaksa tergesa-gesa ke bilik air bila untuk kencing dan buang air besar.
  6. Tidak boleh menahan najis yang keluar bila kentut.
  7. Tidak dapat menahan kencing bila ketawa.

 

Tangguhkan dulu niat untuk melakukan hubungan seks bersama suami. Lakukan apabila yakin telah pulih sepenuhnya. Jika tidak wanita itu akan berasa bimbang dan tidak menikmati hubungan itu kerana bimbang rasa sakit atau lukanya lambat sembuh.

 

Berbincanglah dengan suami secara terbuka, lakukan kaedah lain.

 

Saya nasihatkan agar segera berjumpa doctor untuk pemeriksaan, terutama wanita yang berbadan besar dan mempunyai penyakit diabetes. Carilah doctor wanita supaya puan berasa selesa ketika pemeriksaan.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!