Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Sakit Dada dan Susah Nafas

Sakit Dada dan Susah Nafas

Serangan_jantung

 

“As salammu alaikum doktor. Saya selalu mengalami  sakit dada, sehingga sampai susah hendak nafas. Rasanya mencucuk-cucuk di tengah dada. Adakah ia petanda sakit jantung? Mohon pencerahan. Semoga ALLAH memberikan rahmat untuk doktor sekeluarga”

 

Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.

 

Sakit dada, tidak bermakna sakit jantung. Walau bagaimana pun,  tidak dinafikan bahawa serangan sakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia . Malah ramai lelaki berumur 30-40 an yang diserang sakit jantung.

 

Orang yang diserang sakit jantung selalunya mengalami rasa sakit pada bahagian kiri atau tengah dada. Malah ada yang menyangka ia adalah sakit gastrik kerana sakitnya berada di ‘hulu hati’.

 

Rasa sakit akibat serangan jantung selalu digambarkan seperti rasa sakit dada seperti ditindih dengan benda berat sehingga rasa sukar bernafas, berdebar-debar dan berpeluh.

 

Ia selalunya bermula apabila seseorang itu melakukan aktiviti fizikal yang berat seperti senaman lasak, mengangkat barang berat atau mendaki anak tangga yang banyak.

 

Perasaan stres dan marah juga boleh menyebabkan serangan jantung berlaku secara mendadak.

 

Selain itu, sakit dada boleh berpunca akibat masalah reflux asid perut yang menyebabkan radang dan bengkak kepada esofagus serta  rasa pedih hulu hati.

 

Ia dikenali sebagai Reflux Gastroesophageal (GERD). Rasa pedih hulu hati dan di bahagian dada mungkin menyebabkan kekeliruan orang ramai menyangka ia adalah serangan sakit jantung.

 

Selalunya reflux berlaku selepas makan terutama bila individu berkenaan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak, terutamanya makanan yang berminyak, pedas dan berlemak.

 

Reflux ini juga boleh menyebabkan simptom batuk yang kering pada waktu malam, sehingga rasa tidak selesa ketika tidur.

Jika puan masih tidak pasti apa yang berlaku dan masih keliru, cara terbaik ialah menjalani pemeriksaan doctor.

 

Wallahu a’lam

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!