Advertorial
Home » Doktor Menjawab » SAKIT BADAN SELEPAS MAKAN DAGING

SAKIT BADAN SELEPAS MAKAN DAGING

SAKIT BADAN SELEPAS MAKAN DAGING

 

 

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya berumur 36 tahun.

Saya pesakit gastritis, dan baru saya sedar, saya tidak boleh makan makanan pedas dan daging. Saya akan mengalami kekembungan dan rasa tak sedap badan. Rasa seperti mahu demam.

Jika saya jaga pemakanan dan tidak ambil banyak makanan bergoreng, serta lakukan Diet Intermittent Fasting, badan saya akan rasa lebih ringan, segar dan bertenaga.

Semalam saya makan daging dan selepas itu badan saya rasa berbisa. Baru sekarang rasa kurang sakit. Mohon pandangan. Terima kasih.

Walaikumusalam.

Penyakit biasa datang melalui pemakanan pada umur 35 tahun ke atas. Apa yang puan rasa adalah tanda-tanda awal sebelum penyakit kronik datang. Selalunya selepas beberapa tahun, sama ada diabetes, hipertensi atau tahap hiperkolestrolemia akan muncul. Satu demi satu.

Kita lebih faham diri kita. Walaupun pemeriksaan kesihatan menunjukkan kita masih sihat dan tiada penyakit, itu tidak bermakna kita bebas dari risiko mendapat penyakit.

Ini lah masa untuk berubah dan memilih makanan kita sebagai salah satu usaha mengekalkan kesihatan.

Badan rasa sakit dan bisa adalah tanda awal keradangan.

Cuba fahamkan istilah Healthy Protein dan Healthy Fat. Ia sangat membantu puan dalam pemilihan makanan.

Minum air kosong secukupnya, dan kurangkan ambil daging merah dan makanan laut (kecuali ikan). Ambil makanan anti-keradangan (anti-inflammatory) yang mengandungi banyak vitamin C dan vitamin E.

Insyaallah banyak perkongsian lain yang saya akan bincang sedikit demi sedikit.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: