Advertorial
Home » Doktor Menjawab » SABUN MENURUNKAN BERAT BADAN

SABUN MENURUNKAN BERAT BADAN

SABUN MENURUNKAN BERAT BADAN

 

 

Assalamualaikum, Dr. Saya ingin bertanya kerana saya ingin tahu adakah sabun boleh menguruskan badan? Hal ini kerana ada keluarga saya yang promote sabun tersebut. Oleh kerana rasa ingin tahu, saya tanyakan dengan Dr. Terima kasih.

Walaikumusalam.

Saya tidak dapat memikirkan mekanisme bagaimana sabun mandi dapat menguruskan tubuh atau menurunkan berat badan.

Sabun selalunya digunakan untuk membersihkan kulit dari kekotoran atau kulit mati yang berkumpulan pada kulit. Ada juga sabun yang ditambah dengan beberapa bahan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, atau mengelakkan alahan/kekeringan kulit.

Penurunan berat badan selalunya diusahakan dengan mengamalkan pemakanan yang betul. Saya sendiri mengamalkan Diet Intermittent Fasting tanpa senaman dan dapat menurunkan berat dari 120kg kepada 80kg.

Senaman juga membantu menurunkan berat badan. Lakukan senaman berdasarkan kemampuan kita.

Jadi itu saja komen saya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya setakat ini. Sekian.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: